Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, January 31, 2011

Isu Tentang Syiah-Mari Renungkan bersama

Dibawah ini adalah penjelasan berkenaan ajaran dan isu Syiah yang sedang melanda negara kita dewasa ini. Semoga dengan penjelasan yang di berikan oleh ustaz berkenaan, akan memberikan kita pencerahan serta ilmu agar kita tidak terkeliru dengan pegangan ASWJ.InsyaAllah.Amiin.

Sejak bila pulak Malaysia ada mazhab Syiah Imam 12?

copied from: http://mufakkir-islami.blogspot.com/

Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Sememangnya Syiah Imamiyah Ithna 'Asyriyyah tidak pernah bertapak di Malaysia sebagai sebuah 'mazhab' kecuali selepas Revolusi Syiah oleh Khomeini tahun 1979. Sejak bila pulak Tanah Melayu ini ada 'mazhab' Syiah Imam 12? Kalau ada apa bukti-buktinya? Apa kitab Syiah Imam 12 yang pernah diterjemah di Tanah Melayu? Di mana hauzah Syiah pertama yang dibina di Tanah Melayu? Di mana komuniti Syiah Imam 12 yang pertama? Negeri mana? Daerah mana? Kampung mana? Siapa tokoh ulama Melayu Syiah Imam 12 di Tanah Melayu zaman dulu? Takkan sejak dahulu Syiah Imam 12 bertapak di Tanah Melayu, baru hari ini kita dengar ada Hujjatul Islam Kamil Zuhairi.(Agak-agaknya sama tak ilmu beliau dengan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, wafat 505H?)

Adapun pengaruh umat Melayu terhadap kecintaan kepada Alul Bayt sememangnya tidak pernah luput kerana Islam yang datang ke Tanah Melayu ini adalah Islam Ahli Sunnah yang tidak pernah meminggirkan kecintaan kepada Alul Bayt. Ahli Sunnah bukan nawasib sehingga mereka membenci Alul Bayt, tetapi Ahli Sunnah juga bukan rawafidh seperti Syiah Imam 12 yang mengutuk dan menolak para sahabat.

Kalaupun ada teori yang mengatakan Islam sampai ke Tanah Melayu melalui Arab Yaman, Arab Yaman itu bermazhab Syiah Zaidiyyah bukan Syiah Imam 12. Bahkan orang yang mengkaji Syiah memang sedia maklum, Syiah Zaidiyyah tidak seperti Syiah Imam 12 yang menolak khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak seperti Syiah Imam 12 yang menerima taqiyyah, kemaksuman para imam, keghaiban imam, nikah mut'ah dan lain-lain. Apa yang pasti, Syiah Zaidiyyah pun tidak pernah diketahui penganutnya di Tanah Melayu. Inikan pula Syiah Imam 12! Namun, penulis tidak nafikan unsur-unsur Syiah memang ada dalam sesetengah amalan tasawwuf dan tariqat di Malaysia yang masuk melalui pelbagai faktor. Tetapi Syiah Imam 12 sebagai sebuah 'mazhab' di Tanah Melayu? Memang ini tidak pernah diketahui oleh ahli sejarah Melayu, dan ia berlangsung dari semasa ke semasa hinggalah ke hari ini. Itu sebab, Syiah Imam 12 adalah sesuatu yang sangat asing kepada umat Islam di Malaysia! Analoginya mudah, mengapa umat Islam di Malaysia tidak hairan dengan Mazhab Hanafi anutan kebanyakan India muslim? Jawabnya mudah, kerana mereka memang telah lama wujud dan bertapak di negara ini walaupun hanya minoriti.

Oleh kerana itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) telah menarik balik fatwa berkenaan Syiah pada tahun 1984 yang mengatakan bahawa "hanya Syiah Zaidiyyah dan Ja'fariyyah sahaja boleh diamalkan di Malaysia". Fatwa ini dimansuhkan dengan fatwa Syiah pada tahun 1996 kerana didapati Syiah Imam 12 telah mengambil kesempatan di atas fatwa tersebut untuk menyebarkan fahaman mereka yang pada asal usulnya memang tidak wujud di Malaysia. Sedia maklum, Syiah Zaidiyyah memang tiada penganutnya, manakala Syiah Imam 12 pula adalah jelas berdasarkan fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) sejak dahulu hingga kini mereka adalah kumpulan bid'ah dan terkeluar daripada Ahli Sunnah. JFK akhirnya memutuskan bahawa hanya faham ASWJ yang dibenarkan untuk diamal di negara ini dari segi aqidah, syariah dan akhlaq.

Hakikatnya, kebangkitan semula Syiah Imam 12 hanya berlaku selepas Revolusi Iran 1979 yang meletakkan dalam Perkara 12 Perlembagaan baru Iran iaitu mazhab rasmi negara adalah mazhab Syiah Imam 12 dan tidak boleh ditukarganti. Di sini bermula pengaruh Syiah Imam 12 ke seluruh dunia Islam dan ia semestinya menyelinap masuk hingga ke negara-negara Sunni. Di Malaysia, hal ini terlihat dengan jelas melalui kajian yang menunjukkan bahawa orang pertama yang menyebarkan Syiah Imam 12 mula-mula dikesan pada 1980 iaitu fulan bin fulan di tempat fulan, termasuk juga bukti-bukti di mana 'sumber rujukan' fulan bin fulan ini iaitu di fulan tempat. Lebih penting dari itu, rujukan-rujukan 'penganut Syiah baru' ini (bukan Syiah keturunan) adalah buku-buku Khomeini seperti Kasyful Asrar, al-Hukumah al-Islamiyyah dan lain-lain. Ini bukti menunjukkan Syiah yang ada di Malaysia ini adalah Syiah yang direkrut (bukan Syiah keturunan) hasil daripada 'tangan-tangan ghaib' yang bekerja 24 jam di negara ini. Jika tidak, masakan Syiah hanya dikenali di Malaysia bermula pada tahun 80-an, sedangkan Tanah Melayu telah menerima Islam seawal abad 7,8 @ 9. Sekurang-kurangnya pun Batu Bersurat di Terengganu pada awal kurun 14. Mana perginya Syiah berkurun-kurun dan berabad-abad lamanya sehingga hanya pada penghujung abad ke 20 baru timbul???

Ringkas cerita, apabila penyebaran Syiah Imam 12 semakin meruncing, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan tindakan ISA ke atas 300 pengikut Syiah pada tahun 1997. Di situ bermulalah usaha agensi dan ulama Islam Sunni untuk berdialog bagi mengembalikan mereka yang telah terseleweng supaya balik ke pangkal jalan iaitu kembali kepada ASWJ. Hairannya, ketika itu tiada pula 'orang yang melenting' mengatakan hak minoriti dicabul, penghapusan etnik Syiah atau pencabulan hak asasi manusia. Mungkinkah kerana pada ketika itu, keahliannya belum ramai? Orang Syiah boleh jawab.

Seperkara lagi, penganut Syiah Imam 12 Malaysia dikatakan mahu berdialog dan bermuzakarah dengan pihak berkuasa. Penulis katakan, Syiah bukanlah ajaran baru untuk didialogkan. Ulama Sunni sudah habis membicarakan di mana letaknya Syiah menurut pertimbangan al-Qur'an dan al-Sunnah. Syiah Malaysia tak perlu cipta versi baru untuk mengatakan kami berbeza dengan Syiah Imam 12 di tempat lain. Mengapa? Adakah anda sudah meninggalkan kitab-kitab rujukan utama Syiah Imam 12 spt al-Kafi, Man la yahdhuruh al-faqih, Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar? Jika ye, kemukakan apa rujukan anda yang baru itu?Adapun bagi ASWJ kedudukan Syiah Imam 12 sudah teramat jelas dan tidak perlu dibahaskan lagi. Ini terbukti melalui karangan-karangan para ulama Ahli Sunnah spt...

Maqalat al-Islamiyyin wa al-Ikhtilaf al-Musollin, Abu al-Hasan al-Asy’ari (w.324H)

Al-Tanbih wa al-Radd ‘ala Ahl al-Ahwa’ wa al-Bida’, Abu al-Hasan Muhammad bin Ahmad al-Malti (w.377H)

Al-Farq bayna al-Firaq, Abdul Qahir al-Baghdadi (w.429H)

Al-Imamah wa al-Radd ‘ala al-Rafidhah, Abu Nu’aim al-Asbahani (w.430H)

Al-Tabsir fi al-Din wa Tamyiz Firqat al-Najiyah ‘an al-Firaq al-Halikin, Tohir bin Muhammad al-Isfirayini (w.471H)

Al-Ghunyah fi Usul al-Din, Abu Sa’id al-Naisaburi (w.478H)

Fadha’ih al-Batiniyyah, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)

Al-Iqtisad fi al-I’tiqad, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)

Nihayat al-Iqdam fi ‘ilm al-Kalam, al-Syahrastani (w.548H)

Al-Milal wa al-Nihal, al-Syahrastani (w.548H)

Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, Ibn Hazm al-Zahiri (w.548H)

I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin, Muhammad bin Umar al-Razi (w.606H)

Ghayat al-Maram fi ‘Ilm al-Kalam, Ali bin Abi Ali al-Amidi (w.631H)

Minhaj al-Sunnah al-Nawabiyyah, Ibn Taimiyyah(w.728H)

Al-Muntaqa min Minhaj al-I’tidal fi Naqdh Kalam Ahl al-Rafdh wa al-I’tizal, Abu Abdillah al-Zahabi(w.748H)

Kitab al-Mawaqif, ‘Adhud al-Din al-Iji (w.756H)

Syarh al-Maqasid fi ‘Ilm al-Kalam, Sa’d al-Din al-Taftazani (w.791H)

Izalat al-Khafa’, Syah Waliyyullah al-Dihlawi (w.1114H)

Al-Tuhfat al-Ithna ‘Asyariyyah, Syah Abdul Aziz al-Dihlawi (w.1159H)

Mukhtasar Izhar al-Haq, Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi (w1306H)

Maknanya, perbahasan mengenai Syiah ini sudah SELESAI di kalangan ulama Sunni. Fatwa Kebangsaan juga sudah muktamadkan perkara itu.Kerana itu sesebuah negara Sunni meletakkan undang-undang supaya Syiah jangan sekali-kali melebarkan sayapnya ke negara Sunni. Itu sahaja. Patuhilah undang-undang tersebut. Malaysia adalah sebuah negara Sunni yang berdaulat, punya perlembagaan sendiri dan pemerintahan sendiri.

Dalam hal ini, peruntukan Fasal (2), (3) dan (5) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kedudukan dan fungsi Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing yang memiliki kesemua hak, hak keistimewaan dan kuasa prerogatif.

Oleh yang demikian, jika YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja telah menjalankan kuasa prerogatif untuk meluluskan undang-undang tertentu seperti Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri (termasuk undang-undang yang mengharamkan Syiah), maka undang-undang tersebut hendaklah dipatuhi dan dihormati oleh semua rakyat Malaysia. Mana-mana tindakan ketidakpatuhan akan dikira sebagai ketidaksetiaan dan ketidakhormatan kepada YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja. Ini adalah selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dan “Keluhuran Perlembagaan”.

Walhasil, di Malaysia, Syiah Imam 12 memang tak dikenali sebagai satu mazhab tetapi lebih dikenali sebagai ajaran menyeleweng berdasarkan tradisi, ilmu dan undang-undang.

Wallahu a'lam

Sunday, January 30, 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH HARI INI HAMBA INI MASIH BISA MENGHELA NAFAS DAN MELANGKAH MENIKMATI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH; PENCIPTA SEKELIAN ALAM.

SEBENARNYA HAMBA TAK MERANCANG NAK MENULIS HARI INI. TETAPI MELIHATKAN TARIKH MALAM INI SUDAH KE PENGHUJUNG JANUARI RASANYA HAMBA HARUS MELONTAR SESUATU. BENARLAH ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN, MASA BEGITU CEPAT BERLALU. RASANYA BARU SEMALAM MASUK 1 JANUARI 2011. MASYAALLAH...

BILA KUBUKA BLOGKU INI, TERPERASAN ADA MESEJ DARI PELAJARKU, MOHON DIKUNJUNGI BLOG MEREKA. SATU ENTAH APA SILAPNYA TAK DAPAT BUKA PON. SATU LAGI ALHAMDULILLAH, BERJAYA DENGAN MUDAHNYA (SIA2LAH KALAU SLOW, INTERNET DIRUMAH KONONNYA 4Mbp). MASYA ALLAH, AGAK MENGKAGUMKAN BLOG MUKHRIZ. MACAM TAK PERCAYA IA DI CIPTA OLEH SEORANG REMAJA BERUSIA 15TAHUN. ALHAMDULILLAH SEMOGA ADA LAGI PELAJAR-PELAJAR SEBEGINI. HARAPANNYA MEREKA TIDAKLAH MENJADI EXTREMIST.

KEPADA PELAJAR-PELAJAR TEACHER YANG SEDANG DALAM PENCARIAN MENCARI 'CAHAYA NYA' BERHATI-HATILAH. KERANA SEMAKIN KITA BERUSAHA SEMAKIN BANYAK GANGUAN DARI MUSUH ALLAH(JIN&SYAITAN). JADI SENTIASALAH BERSEDERHANA. WASATIAH ITU SANGAT DITUNTUT OLEH ISLAM.

PESAN TEACHER JUGA, SENANTIASALAH MERENDAH DIRI. KERANA SETIAP ILMU YANG DIMILIKI ADALAH MILIK ALLAH JUA. SIAPALAH KITA TANPA ILMU NYA ITU.
YANG PALING PENTING IKHLAS. KEIKHLASAN LAH YANG MEMBERI KITA PETUNJUK DAN CAHAYA NYA. IKHLASKANLAH SETIAP PERBUATAN KITA KERANA ALLAH SEMATA-MATA JUA.

LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH...

Tuesday, January 18, 2011

Keletihan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, nampaknya awal tahun ini saya sudah bersemangat nuntuk sentiasa update blog ini.
Memanglah saya agak jarang meletakkan entry karya sendiri. Sungguh saya ini belom mampu untuk menulis penulisan yang hebat-hebat yang mampu memberi impak besar dan positif pada seseorang. Jadi, oleh kerana saya juga ingin menumpang membuat sedikit pahala, saya meletakkan hasil penulisan orang lain yang saya rasa baik untuk di kongsi bersama.

Harapnya penulis-penulis yang saya ambil penulisan mereka tidak keberatan. Benar, ada diantara entry tersebut, tidakpon saya minta izin terlebih dahulu. Ini adalah kerana, ada diantara mereka yang awal2 lagi telah memberikan kebenaran asalkan diletakkan link ke blog mereka. Manakala sesetengah pula, apabila saya ingin memohon kebenaran untuk meletakkan penulisan mereka, ada pula yang terlebih dahulu memohon dan si penulisnya telah pon memberi kebenaran. Melihatkan begitu saya pon malaslah nak minta kebenaran kerana ramai yang sudah memohon sebegitu. Kiranya, mereka telahpon mewakili saya. hehehe =)). Jadi harapnya tak adalah sesiapa yang tetiba memarahi saya pulak. InsyaAllah.

Apa kaitan tajuk entry hari ini dengan cerita saya diatas ek? mm mungkin kerana akhir-akhir ini saya terlalu letih sehinnga saya rasa penat sangat untuk membuka internet dan membuat post baru. bukannya tak ada artikel baru untuk dikongsi. Tapi saya terlalu letih untuk berbuat sesuatu. Entahlah, harap-harapnya saya akan semakin sehat InsyaAllah..

Rasanya itu jelah kot.. letih la nak menaip lama-lama.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Tuesday, January 4, 2011

NIKAH+KAHWEN



a y a t ~ a y a t n i k a h
DI

Maha Benar Allah yang telah berfirman :

"Kami akan perlihatkan tanda-tanda kebesaran kami di ufuk-ufuk dan dalam diri mereka, sehingga mereka dapat mengetahui dengan jelas bahwa Allah itu benar dan Maha Melihat segala sesuatu".
"Janganlah kalian mendekati zina, karena zina adalah perbuatan yang buruk lagi kotor" (Qs. Al Israa' : 32).


Dari Al Quran dan Al Hadits :
"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. JIKA MEREKA MISKIN ALLAH AKAN MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN KARUNIANYA. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui." (QS. An Nuur (24) : 32).


"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz Dzariyaat (51) : 49)



¨Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui¡¨ (Qs. Yaa Siin (36) : 36).


Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik (Qs. An Nahl (16) : 72).


Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Qs. At Taubah (9) : 71).


Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali. (Qs. An Nisaa (4) : 1).


Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga) (Qs. An Nuur (24) : 26).


..Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja..(Qs. An Nisaa' (4) : 3).


Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berbuat kesesatan yang nyata. (Qs. Al Ahzaab (33) : 36).


Anjuran-anjuran Rasulullah untuk Menikah :

Rasulullah SAW bersabda: "Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku !"(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).


Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul yaitu : berkasih sayang, memakai wewangian, bersiwak dan menikah (HR. Tirmidzi).


Dari Aisyah, "Nikahilah olehmu kaum wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan mendatangkan harta (rezeki) bagi kamu¡¨ (HR. Hakim dan Abu Dawud).

Jika ada manusia belum hidup bersama pasangannya, berarti hidupnya akan timpang dan tidak berjalan sesuai dengan ketetapan Allah SWT dan orang yang menikah berarti melengkapi agamanya, sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa diberi Allah seorang istri yang sholihah, sesungguhnya telah ditolong separoh agamanya. Dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separoh lainnya." (HR. Baihaqi).


Dari Amr Ibnu As, Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita shalihat.(HR. Muslim, Ibnu Majah dan An Nasai).


"Tiga golongan yang berhak ditolong oleh Allah (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim) : a. Orang yang berjihad / berperang di jalan Allah. b. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. c. Pemuda / i yang menikah karena mau menjauhkan dirinya dari yang haram."


"Wahai generasi muda ! Bila diantaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, karena mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara." (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud).


Kawinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak (HR. Abu Dawud).


Saling menikahlah kamu, saling membuat keturunanlah kamu, dan perbanyaklah (keturunan). Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya jumlahmu di tengah umat yang lain (HR. Abdurrazak dan Baihaqi).


Shalat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik, daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan) (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah).


Rasulullah SAW. bersabda : "Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah" (HR. Bukhari).


Diantara kamu semua yang paling buruk adalah yang hidup membujang, dan kematian kamu semua yang paling hina adalah kematian orang yang memilih hidup membujang (HR. Abu Ya¡¦la dan Thabrani).


Dari Anas, Rasulullah SAW. pernah bersabda : Barang siapa mau bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih lagi suci, maka kawinkanlah dengan perempuan terhormat. (HR. Ibnu Majah,dhaif).


Rasulullah SAW bersabda : Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian diantaramu. Sesungguhnya, Allah akan memperbaiki akhlak, meluaskan rezeki, dan menambah keluhuran mereka (Al Hadits).

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru 1432=2011

Assalamualaikum.

Tahun Ini tak ada ucapan tahun baru. Ada sorang dua kawan2 yang hantar mesej tahun baru (baguslah tak ramai yang hantar mesej, kalau tidak jenuh jugak), tapi saya balas salam Muharam jer. Ini kerana setelah membaca artikel berkenaan dakyah tahun baru (klik sini untuk baca) saya rasa saya harus berhenti menyokong. Bukanlah saya nih baik sangat tapi sedikit usaha untuk mengubah diri.

Apapon sebai seorang yang di panggil teacher, setelah cuti lelama jadik malas la pulak nak pegi sekolah.Kalau saya masih sekolah rendah darjah satu, mesti esok nak pegi sekolah meraung-raung taknak pegi sekolah. Huhu, banyak lah nak kena buat tahun nih. yang pasti nak naik kan rekod yang jatuh tahun nih. Aduh sapa kata jadik cekgu kerja senang? Susah tau especially bila nak deal dengan macam2 manusia. adoi...

Apapun rasa bersyukur dapat menjalankan tugas sebagai guru Alhamdulillah. Semoga Allah menguatkan hati ini untuk terus menyumbang bakti pada agama, bangsa dan negara. Semoga Allah memudahkan urusan saya tahun ini dan saya dapat bekerja dengan penuh gembira.Ameen.

SO kepada semua yang membaca blog hamba ini, semoga penghijrahan tahun yang baru ini yakni 1432/2011 (tahun Hijrah lebih cepat) kita jadik manusia yang lebih baik. InsyaALLAH..