Make Me Strong - Sami Yusuf

Thursday, September 12, 2013

Lawak@Lelucon@Joke

Jom gumbirakan hari dengan kisah lucu... moh le bace... :D

¤¤¤♥♡♥¤¤¤         

1. KERJA RUMAH

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

2. IKUT JIRAN SEBELAH

Isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

Suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

Isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

Suami: habis tu kenapa?

Isteri: kenapa abang tak buat macam tu….?

Suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

Isteri : *&#$%^&*%**%

3. TAK BERANI CURI

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

4. PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…

5. ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”

6. PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..

Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

7. 3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

8. SEDARA KITA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?

Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???

Thursday, August 22, 2013

RINDU.. ANUGERAH ATAU SATU UJIAN?

Rindu...

Semua orang pernah melalui perasaan rindu. Tak kiralah rindu pada siapa atau apa, tapi apabila sesuatu itu kita terkenang-kenangkan, ingat-ingTkan dan harap-harapkan ia dipanggil rindu.

Seorang yang benar-benar beriman akan sentiasa menyebut dan merasa merindui akan Penciptanya dan kekasih Nya, Allah Robbul Jalil dan Rasulullah SAW. Seorang anak yang kehilangan ibubapa atau berjauhan dari mereka akan merindui belaian kasih sayang mereka. Pasangan yang belum direzekikan cahayamata sentiasa merindui gelak tangis seorang anak. Seorang pencinta keamanan akan merindui kedamaian. Inilah sedikit contoh rasa rindu yang wujud dalam diri setiap makhluk bernama insan.

Adakalanya rasa rindu itu sesuatu yang indah. Tapi adakala juga ia bagaikan satu ujian yang sangat susah untuk lulus. Terutama sekali apabila si empunya diri tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi diri dan tiada kekuatan untuk menahan limpahan rasa yang membuak-buak di dalam hati. Sehinggakan ia bermain-main di dalam mimpi. Adakah berdosa jika perasaan ini hadir? Ia mungkin kerana kerinduan itu melebihi rindu pada Ilahi. Tapi bagaimana, bagaimana mengatasi rasa ini?

Oh Tuhanku, hamba Mu ini malu. Amat malu pada Mu kerana tidak mampu mengawal perasaan di hati ini. Bantulah daku ya Allah, bantulah daku agar rindu itu berlalu pergi. Hamba Mu ini sangat lemah. Janganlah Engkau biarkan, kerinduan ku ini melebihi rindu ku pada Mu Allah. Ampunilah daku ya Allah, ampunilah daku.

# angin lalu bawalah pergi rinduku agar aku bisa menenangkan diri.
#Lafaz assalamualaikum ku sampaikan pada si dia.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤♡♥♡

Wednesday, August 21, 2013

SYAWAL.. Semoga Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum.

Sempena Syawal ini, saya ingin memohon ribuan keampunan pada semua jika ada terlanjur kata dan terkasar bahasa. Ramadhan yang berlalu pergi akankah sempat untuk ku lalui lagi? Ya Allah sungguh hamba Mu ini telah mensia-siakan Ramadhan yang lalu. Ampunilah daku Ya Allah.

Sepanjang minggu lepas, bermula hari pertama Syawal hinggalah hari Sabtu yang lalu, saya sungguh sibuk menguruskan hal ehwal di rumah. Memandangkan adik saya masih dalam tempoh berpantang, saya jadi patah sebelah tangan kata orang. Ada hal-hal yang emak saya boleh buat tapi disebabkan usianya yang udah menginjak 65 tahun, aktiviti atau tugas berat terpaksalah saya buat. Ditambah pulak dengan kehadiran tetamu silih berganti, tak cukup tangan jugak dibuatnya. Tapi Alhamdulillah ramai yang datang berkunjung dan bertemu sua.

Kerana kesibukan jugaklah saya hanya sempat keluar beraya pada hari raya keempat dan jugak ketujuh. Itu pon hanya 2 buah rumah untuk kedua dua hari. Haih banyak lagi nak berkunjung, entah sempat ke tak.. dah masuk kerja ni makin busy lah teman.

Setelah hari raya berlalu, baru saya perasan sesuatu. Rupa-rupanya saya lupa nak ambik gambar keluarga. Yang ada dalam koleksi pon sikit sangat. Yang banyak gambar Nur Hana Diniah, anak saudara saya.