Salam ukhwah di pagi Jumaat.
alhamdulillah, entah mengapa hari ini hati saya berasa ceria sedikit. Jadi inginlah saya kongsikan sedikit pengetahuan buat pembaca blog ini walaupon saya tahu tidaklah seramai mana. Apa-pun jemputlah membaca ya.. :-)
Mari membaca...
Eh baca sampai habis tau. Jangan skip-skip!
Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri
wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut
paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan
rumah tangga muslim yang bakal dibina.
Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah.
Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini
tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada
pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat.
Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan
sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta
lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur:
26.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali
seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa
menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan
seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan
diperakui oleh agama.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat
wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk
berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim
dan Ibn Hibban.
Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan
beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya
Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan
pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan
sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya.
Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.
Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba
perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding
wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati
lelaki mukmin.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada
perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah
al-Baqarah: 221.
Ma-Sya-Allah indahnya jika hambaMu ini Ya Allah menjadi wanita solehah. Ampunilah segala dosa-dosa hambaMu yang hina ini Ya Allah...
Mari kita teruskan membaca...... ini adalah bahagian yang paling saya sukai... Alhamdulillah...
Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang
terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas
terhadap dakwah dan kerjaya suami.
Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik
dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w.
Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkorban
jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam
menyampaikan dakwah.
Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat
pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan
Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di
syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala kebaikan,
layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.
Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana
baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak:
“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah
telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau
minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam
TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah
mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan
keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim. - Ya Allah jadikanlah hambaMu ini sepertimana Saidatina Khadijah.Ameen.
Sentiasa Bersih dan Kemas
Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu
pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan
sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik
kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan
seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias
untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika
berada di hadapan suami.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat
tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam
ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak
elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih.
Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk
suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan
wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:
Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita.
Baginda menjawab: Yang
menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga
rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.”– Riwayat Ahmad dan selainnya dan
dihasankan oleh al-Albani.
Wassalam.
Diharap bagi putri-putri teacher akan turut mengambil pengajaran dari artikel di atas. Semoga kita sama-sama menjadi wanita solehah. Kita hidup dalam dunia yang sedang menuju ke pengakhirannya. Tiada yang mampu menjadi benteng pertahanan kita di zaman ini melainkan Allah dan Islam yang dibawa kekasihNya, Muhammad Rasulullah. Jadi, marilah sama-sama kta berusaha menjadi wanita solehah. Jom... =)
Selamat membaca!!