Make Me Strong - Sami Yusuf

Friday, July 27, 2012

Ramadhan Ke- 7

Assalamualaikum,

Jemputlah menghayati wajah-wajah pagi Ramadhan ke-7. Sebenarnya saya bercadang nak ambil gambar matahari terbit seperti sebelum ni, tapi disebabkan suasana pagi agak berkabus maka saya hanya dapat ambil gambar mentari sedang muncul di celahan kabus yang makin menipis. Maaflah gambar kali ini tak cantik sangat.

Pagi 7 Ramadhan - 7.23 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.27 am

Eh gambar bunga! 7.28 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.52 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.53 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.55 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.55 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.57 am

Pagi 7 Ramadhan - 7.58 am

Pagi 7 Ramadhan - 8.00 am

Pagi 7 Ramadhan - 8.00 am

Pagi 7 Ramadhan - 8.01 am

Pagi 7 Ramadhan - 8.03 am
Alhamdulillah, Allah masih memberkati kita dengan keindahan, kedamaian, keamanan dan kemakmuran. Marilah kita sama-sama hargai semua ini sebelum terlambat. Ya Allah, berkat kemuliaan Ramadhan ini Engkau berkatilah negara kami. Ameen.

Wassalam. =D

Tuesday, July 24, 2012

Novel Rabiatul Adawiyah

http://pts.com.my/index.php/buku/rabiatul-adawaiyah/

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Ya seperti tajuk di atas, saya ingin mengulas sedikit tentang novel tersebut. Saya telah hampir habis membaca novel ini dan syukur pada Allah ia banyak memberi kesedaran dan motivasi pada saya.

Sebenarnya saya memang telah lama mengagumi Rabiatul Adawiyah.Sejak sekolah lagi nama ini sering mewujudkan rasa kekaguman dalam hati ini. Saat apabila terpandang novel ini di awal tahun lalu, terus saya membelinya walaupon 2 bulan kebelakangan ini baru saja saya membacanya =D. Saya memang mengesyorkan agar sesiapa sahaja yang sering mendambakan sebuah buku motivasi, untuk membeli buku ini. Harganya pon sangat berpatutan. Anda boleh KLIK di sini untuk mendapatkannya secara online. Ataupon terus sahaja ke kedai buku POPULAR atau MPH. 

Baiklah kita teruskan ke menu utama. Saya ingin berkongsi sedikit kisah dari buku ini. Kata-kata Sang Sufi Rabiatul Adawiyah ini sangat menyentuh hati saya (malahan banyak sekali kata-katanya yang sangat mendalam maksudnya)

Satu hari Hasan Al-Basri disebabkan kekagumannya pada darjat Rabiatul Adawiyah, beliau mengutara kan 3 soalan kepada wanita mulia ini.

Soalan Hasan Al-Basri:
" Wahai Rabiah, bagaimanakah kamu mencapai darjat yang tinggi ini?"
"Bagaimanakah kamu mampu mencapai makam dengan meletakkan setiap perbuatan adalah ketentuan dari Allah?"
"Apakah caranya untuk meletakkan setiap tindakan dan kelakuan adalah berdasarkan Ilham dari Allah?"

Jawapan Rabiah:
" Semua persoalan itu akan terjawab apabila kita sebagai hamba Allah berjaya melawan dan menewaskan nafsu".

Pandangan  saya:

MaSyaAllah. Hebatnya beliau. Patutlah di akhirat kelak beliau diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk memberi syafaat pada 70 000 orang.

Ya Allah, sekalipon sekecil-kecil nafsu pon hamba Mu ini tewas dan tak mampu melawannya, apatah lagi yang lebih besar. Ampunilah dosa-dosa ku ya Allah.

Jadi, dibulan Mulia ini, marilah kita sama-sama perangi nafsu. Doakan saya berjaya ya! Amin. :-)
Wassalam.

p.s# soalan-soalan dan jawapan yang dipetik di atas, saya ubah sedikit agar tidak plagiat.

Monday, July 23, 2012

Gambar Di Pagi Ramadhan Dan Mutiara Kata

sitimaizurah's
Dawn of 1st Ramadhan 7.03 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.04 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.19 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.20 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.21 am

Penjelasan: Gambar-gambar di atas diambil diantara pukul 7.00 pagi hingga pukul 7.21 pagi. Matahari mula terbit bermula 7.15 pagi dan gambar terakhir  adalah pada pukul 7.21 pagi. Indahkan ciptaan Allah. Saya ingin ambil lebih banyak gambar tapi malangnya memori dah penuh. Apa pun Alhamdulillah dan Subhanallah.

Mutiara Al-Quran : SABAR


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214 



 Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30
FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Surah AlBaqarah : Ayat 286

Kredit= http://hikmatun.wordpress.com/2009/06/26/mutiara-hadith2-agar-kita-sabar-menempuh-ujian-dalam-kehidupan/

p.s# sepanjang bulan Ramadhan ini saya mungkin akan jarang update dengan kisah-kisah hidup saya. Jadi saya akan gantikan dengan petikan-petikan dari Al-Quran maupon Hadis Rasulullah SAW. InsyaAllah.
p.s#semoga kita sama-sama dapat kebaikan. InsyaAllah. Ameen.