TUNTUTLAH ILMU KERANA ALLAH JUA.
KERANA DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI..
Bersabda Nabi saw:“Barangsiapa menuntut ilmu di antara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperoleh harta benda duniawi, maka orang itu tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat”– Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.233.
Pernah satu hari aku memanggil semua pelajar-pelajar tingkatan 5 ke dewan sekolah. Niat di hatiingin menyampaikan sedikit pesanan. Pesanannya ialah belajarlah kerana Allah. oleh itu inginlah hamba yang hina dan dina ini menyeru sekali lagi kepada pelajar-pelajar(termasuklah kepada semua bekas pelajar saya dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini)
Dalam kita menuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah. Sesungguhnya ilmu yang kita dapati itu bukanlah milik kita tetapi Allah jua.
Sekalipon kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, kejayaan itu jua milik Allah yang Esa. Tanpa izinnya, setiap kejayaan itu takkan dimiliki.
Sesungguhnya segala sesuatu di alam ini milik Allah yang Esa jua. TanpaNya, siapalah kita.Hanya makhluk lemah ciptaan Tuhan Sekelian Alam.
No comments:
Post a Comment