Make Me Strong - Sami Yusuf

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA DAPAT JUGA SAYA MENIKMATI RAMADHAN. APAPUN SAYA TAKLEH BERGEMBIRA LAGI SELAGI SAYA TIDAK DAPAT MENGECAPI KEMANISAN BULAN MULIA INI. DENGAN IZIN NYA SUDAH TENTU.

SEMPENA BULAN MULIA DAN BULAN IBADAH, SAYA MENYERU KEPADA PEMBACA BLOG HINA INI UNTUK MULA MEMBUAT SATU ANJAKAN PARADIGMA (INI JUGA DITUJUKAN PADA DIRI SAYA).

INILAH MASANYA UNTUK KITA BERUBAH JANGAN BERLENGAH LAGI. MARILAH KITA SAMA-SAMA MELAKSANAKANNYA.  KERANA RAMADHAN KALI INI MUNGKIN JUGA YANG TERAKHIR BUAT KITA (ya Allah semoga hamba Mu ini bisa bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya Ameen).

SEBENARNYA BANYAK YANG INGIN SAYA CORETKAN DI DADA BLOG INI, TAPI TIBA-TIBA SAHAJA SAYA KETANDUSAN KATA-KATA. JADI, LEBIH BAIK SAYA 'DIRECT TO THE POINT'..


  1. Doakan saya bertemu dengan cinta dan kerinduan pada Nya di bulan mulia ini.
  2. Doakan saya berjaya mengharungi Ramadhan ini dengan sempurna dan mengecapi kemanisannya.
  3. Doakan saya berjaya mengharuni ujian kehidupan ini.
  4. Doakan saya istqomah dengan ibadah bukan sahaja sepanjang Ramadhan ini malahan hingga ke akhir hayat.
  5. Doakan saya menjadi anak & wanita solehah  seperti yang diinginkan Allah dan Rasulullah (isteri solehah jika diizinkan Allah).
  6. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat dan doa saya dimabulkanNya juga.
  7. Doakan bonda dan ayahanda, adik-adik saya, guru-guru saya, sahabat-sahabat saya, anak-anak murid saya, semua ahli keluarga saya, seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia mendapat kejayaan, kecemerlangan dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan kali ini. 
  8. Doakan kita semua bebas dari kemurkaan Allah, dari musibah dan bala, juga doakan agar negara bertuah ini selamat dari fitnah dunia dan fitnah Dajjal. Semoga Allah memberkati negara bertuah ini sentiasa di Rahmati Allah SWT.
  9. Doakan semoga Allah memanjangkan umur mereka-mereka yang DEKAT dengan Nya agar kita dapat menuntut ilmu dengan mereka dan semoga doa MEREKA sentiasa ada bersama kita. Semoga Allah melindungi kita. InSyaAllah. 
  10. Semoga sempena bulan Ramadhan ini yang penuh berkah dari NYA, segala yang tercatit di atas di makbulkan Allah Subhanauwataala.
Ameen ya Rabbal A'alamiin..

Wassalam.

No comments: