Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, January 28, 2013

RINDU

Rindu

Rindu itu bertandang lagi.
Semakin hari berlalu,
Semakin ia mendalam,
Semakin ia bertaut di sanubari.

Rindu itu tidak pernah pergi.
Ia bagaikan parut luka yang dalam
Begitu sukar dihakisi
Biarpun pelbagai cara diubati.

Apakah rindu ini sesuatu yang nyata?
Atau ia hanya sekadar fantasi?
Yang sentiasa bermain-main diminda
Seseorang yang keliru dengan ilusi dan realiti.

Jika benar, dimanakah bukti?
Jika palsu, kenapa ia sering bertamu di hati?
Katakanlah padaku, aku tidak bermimpi
Agar penantianku sesuatu yang pasti.

No comments: