Make Me Strong - Sami Yusuf

Thursday, February 28, 2013

Nonsensical thoughts

Tahun ni saya tak banyak post entries kat blog. Last year ada saja cerita saya nak tulis. Walaupon last year saya sakit, saya masih ada kemampuan untuk mencoret-coret pelbagai cerita di sini. Tahun ini berbeza sedikit. Saya memang berkeinginan nak post macam-macam, tapi entah mengapa kata-kata itu bagaikan terpendam dalam fikiran. Lebih teruk, ia bagaikan hilang saat saya ingin menaip dalam erti kata lain clueless dan lupa.

Sekarang saya sedamg duduk dalam kereta bawah garaj kkereta kat sekolah. Hehe saya warden bertugas malam ini sampai hari Sabtu. Haih malam Jumaat ni tak tau nak buat apa. Bosan sungguh. Saya hanya ditemani dendangan Hafiz Hamidun.

Hidup saya bila dikenang-kenang mcam katun saja rasanya. Eee apalah tcer mai mengarut ni? La nama pon nonsensical thoughts. Sebab apa saya kata begitu? Ini kerana banyak benda pelik-pelik berlaku dalam hidup saya. Bila saya fikir, saya tertanya-tanya, aku ni mimpi kah? Esok aku akan terjaga kah dari mimpi ini? Kadang-kadang, mimpi saya nampak lebih normal dari hidup saya. Percaya tak? Haha. Saya selalu berharap yangesok saya akan terjaga dari tidur, dan berkata "fuh alhamdulillah, mimpi jer". Saya pon melalui hidup macam orang lain.

Saya sebenarnya rasa sangat letih. Tapi sebagai makhluk, saya takdak kuasa nak buat sesuka hati. Saya kena jugak teruskan kehidupan saya ini dan sentiasa yakin dan berbaik sangka dengan Allah. Allah Maha mengetahui akan segala sesuatu. Tapi itulah nak memiliki yakin yang sebenar-benarnya bukan mudah. Kena melalui banyak jalan. Ya Allah Engkau sahaja yang tahu.

Kat atas blog ni saya letak video lagu Sami Yusuf bertajuk Make Me Strong. Kali pertamasaya dengar lagu ni, saya bagaikan dilanda satu perasaan aneh. Lagu ini bagaikan menyatakan sesuatu pada saya bagaikan PREMONITION dan ia juga seperti suara hati saya. Saya sampai pernah terfikir, eh Sami Yusuf ni boleh baca fikiran aku ka. Setiap baris ayat lagu ini adalah gambaran hati saya.

Iya, sampai sekarang saya tertunggu-tunggu apakah akhir cerita hidup saya. Dan saya saat ini sangat-sangat mengharapkan sesuatu. Tapi apakan daya saya tiada kuasa apa-apa pon. Dan dalam penantian ini, saya sentiasa rasa lemah. Saya sangat-sangat mengharapkan kekuatan dari Nya. Kan senang kalau saya tahu cerita akhir saya, tapi hidup ini bukan begitu. Saya harus melalui cubaan dan cabaran untuk berjaya. Dan sungguh saya perlukan kekuatan. Kekuatan dari Allah.

Rasanya itulah sahaja fikiran mengarut saya untuk malam ini. Saya rasa letih dan perlukan rehat. Malam ini sangat melankolik dan penuh rasa rindu. Saya harap dapat tidur dengan tenang. In sya Allah.

Wassalamualaikum.
Tcer Mai @ SAINA: 9:39 pm

No comments: