Make Me Strong - Sami Yusuf

Tuesday, June 18, 2013

HERE I AM

Assalamualaikum.

Hampir 3 bulan saya tak tulis apa-apa kat sini. Sebenarnya banyak yang berlaku, tapi saya rasa terlalu penat nak tulis. Setiap kali fikir nak tulis pasti ia sekadar berakhir di dalam kotak fikiran. Akhir-akhir ini saya rasa sangat penat. Saya tak tahulah kenapa. Yang pasti saya rasa mood nak menulis dah hilang. Dulu, saya suka benar mencatat apa-apa saja dalam diari atau blog. Kini, semua saya dah jarang buat. Harini baru saya mula menulis sebabnya bosan menunggu Nadia bawak Zahra pergi kelinik. Macam itulah rutin seorang ibu. Kadang-kadang saya cemburu sangat dekat nadia bila melihatkan dia melayan karenah Zahra dan Adam. Saya ada cakap dekat dia, kami tumpang kasih-sayang anak-anak hampa. Tapi, tak lama lagi cik mai nya akan rindu kan adamzahra. Haih bila lah cikmai akan dapat curahkan kasih sayang kat anak-anak cikmai. Hehe depa kata macam mana hang nak dapat anak, ayah dia pon takdak lagi. Mmm apa pon, saya bersyukur dengan segala pemberian Nya. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Amiin. Oklah itu sahaja untuk kali ini. Doakan saya ada mood untuk terus menulis dan untuk berjumpa dengan bakal ayahanda anak-anak saya nanti yer. Wassalam. ♡♥♡ :D

2 comments:

zurinazakaria said...

Salam kak mai..

sejuknya tgk kak mai dukung baby..
zrin doakan semoga kak mai akan bertemu jodoh secepat mungkin..
nanti anak kita blh main sama2..

oh ye..zue dgn nad ada kirim slm kat k.mai..

ctmy said...

Thanz zurin... waalaikumsalam. Hehe ramai cakap mcm tu, yer akak selau doa semoga akak dapat bertemu dengan jodoh akak. Zurin pon dah nak masuk 2 kan.. seronoknya. Alhamdulillah, gembira tengok kawan2 bahagia dengan anak2. Sqmpaikan salam akak kat zue and nad yer. Rindu kat korang.