Make Me Strong - Sami Yusuf

Wednesday, October 22, 2014

Morning Scenery

View from Hospital Sultanah Bahiyah
Plus Gunung Jerai From Afar

Monday, October 20, 2014

Allahyarham Kekanda Ku

Hujan turun, guruh berdentum. Saya tiba-tiba teringatkan arwah abang. Sudah lebih 8tahun abang pergi.

Sesuatu yang amat-amat melemahkan semangat saya sebaik kami semua berlalu meninggalkan tanah perkuburan yang hampir kesemua peghuninya adalah ahli keluarga.

Selama menjadi seorang anak kedua dan seorang adik, tidak pernah difikiran saya untuk tiba-tiba memikul beban seorang anak sulung.
Selama ini, harapan, kebergantungan kami adalah pada arwah abang.

2 minggu sebelum pemergian Muhammad Syukur bin Mansor, beliau kelihatan semakin melemah. Kurus sekali, dulu dengan ketinggian 5kaki 10 inci, abang nampak tegap, gagah dan kacak. Hari itu, aku sedar arwah akan dijemput Ilahi pada bila-bila masa sahaja. Sedang aku menonton tv sambil bersandar di sofa, arwah pula sedang berbaring di atas katil bujang yang Ngah belikan khusus untuknya. Kami sama-sama menonton tv, ceritanya sudah aku lupa. Tiba-tiba, abang memanggil ku.

"Siti, siti.... " suara abang dalam dan lemah. Aku berpaling kerana aku fikir abang inginkan apa-apa. "Ya, abang nak apa? Nak minum ka?"jawBku selembut dan sesahaja mungkin. Tapi abang diam sambil pandang aku.
"Siti, kalau abang takdak nanti, Siti janji naa uruskan urusan-urusan abang. Nanti Siti la kena jadi anak sulung."
Ya Allah, bagaikan dihempap gunung saat mendengar ucapan itu.
Aku gagahi juga menjawab sambil cuba sedaya upaya senyum padanya,
"Iya, in sya Allah Siti tau lah. Tak dak apa aih".
Kemudian aku cepat-cepat berlalu berpaling dan menuju ke dapur rumah Ngah dengan berpura-pura berniat nak buat air untuk minum petang. Setibanya di dapur, airmataku sudah meleleh laju ke pipi dan kelihatan arwah Ngah ku ketika itu juga turut menangis kerana sedih mendengar kata-kata anak saudaranya. Tangan di dadanya seolah olah menggenggam jantungnya, "Ya Allah, anak menakan aku nak pi dulu dari aku!"

Di hari yang telah ditugaskan pada malaikat Izrail untuk menjemput abang ke pangkuan Penciptanya, setelah aku papah mak kepangkuan satu-satunya anak lelakinya, aku duduk disisi abang sambil menggenggam erat jari-jemarinya. "Siti mintak ampun abang, siti janji siti akan sambung semua urusan abang yang tak selesai." Sebaik sahaja emak cium wajah abang dan bisikkan kalimah perpisahan, "syukur, Emak redha kot pi dulu. Mak ampunkan dan halalkan semuanya". Nafas abang yang tadinya kencang, perlahan-lahan semakin reda. Akhirnya dadanya berhenti bergelombang. Tiada lagi nafas turun naik yang penuh kepayahan.
Subhanallah, suasana sangat tenang. Begitu juga aku, emak dan ahli keluarga yang lain. Pelik, emak tidak lagi menangis begitu juga aku.
Redha, lega dan bersyukur abangku Syukur tidak lagi menderita.
Ma sya Allah, wajahnya manis sekali. Kelihatan setitis airmata mengalir di hujung kedua-dua belah matanya. Air mata terakhir tanda perpisahan. Abang, syukur nama mu Syukur. Engkau pergi mengadap Ilahi dengan penuh kesyukuran kerana mengurniakan mu ujian yang  juga nikmat sebagai bekalan di hari pengadilan.

Terima kasih ya Allah kerana memberiku peluang untuk memikul tanggungjawab kekandaku, Muhammad Syukur bin Masharah.
Abang, Siti mohon maaf jika tidak melaksanakan tugas yang abang amanahkan dengan sempurna. Maafkan Siti ya.

Wassalam.

To: Suka Hirup Asap Hari2
( jagalah diri sebaik mungkin. Saya tahu, awak pemegang amanah yang sangat besar. Janganlah biarkan dirimu terlalu kurus. Sudah cukup saya lihat insan yang saya sayang berkeadaan demikian.lagipon awak nampak x hensem bila kuus keding.) ¤♥¤ ···

Rindu

Bila rindu bertandang, hati jadi tak senang.
Jiwa rasa tak keruan.
Oh, bilakah semua ini akan benar benar berakhir?
Aku menghitung hari, detik demi detik.
Masa tidak akan menunggu,
Biarpun aku ingin terus begitu.

Awak,
Saya Ingatkan Tak Ilok
Selalu Utamakan Kerongkong Awak
Suka Hisap Asap Hari2

2014... SOON WILL BE GONE

Believe it or not, i have left this blog for ages to be filled with spiderweb.

Ah, there was nothing to share about me. Nothing interesting and beneficial for everyone to know.

I have gone through a very challenging path that sometimes i feel that it is endless. Well of course it is not endless. Sooner or later, everything is going to its end.

I, you, they will die. It ia just a matter of sooner or later.

Indeed, many people are dying everyday.

My only wish is to die as a faithful muslim.

But for the time being, i just want to have peacefulness and serenity.
In sya Allah. Aamiiin. Ya Robbal Alamiiin.

Sunday, May 11, 2014

Kesayangan Makngah

Alhamdulillah. Ma sya Allah, Tabarakallah
Inilah sahaja kata2 yang mampu aku lafazkan di atas kurniaan ilahi. Walaupon si cilik Nur Hana Diniah tidak lahir dari rahimku, hatiku sentiasa berbunga sayang padanya. Inilah satu-satunya anak saudaraku @puteri kesayangan adinda bongsu ku dan suaminya.

Terima kasih adik kerana mengizinkan kekandamu menumpang kasih puteri mu. Bukan sahaja aku terhibur dengan kehadiran Nana Nia, bonda dan ayahanda juga semakin ceria.

Kalaulah arwah kekandaku masih hidup pasti dia juga seperti kami. Mengasihi dan menyayangi si kecil ini.

Nur Hana Diniah, kesayangan makngah pengubat duka makngah ¤¤¤ ♥♡♥

Thursday, March 6, 2014

Sharing is caring?

Tomorrow is Friday. So, tonight is Friday night!! xoxo ♡♥♡;-b hahaha
I don't know how to explain what i am feeling right now. It is so abstract and full of energy and emotion. So here i would like to share a video that really mesmerizes me. This is what i feel right now..
Please watch.... mmmuaahhssss....
Yuna Kim's performance.. enjoy..
http://youtu.be/L7MiDoHzajk

Saturday, March 1, 2014

Kehebatan Tentera Malaysia----- weeewiit cayalah

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama tak tulis apa-apa, saya rasa nk kaongsi sesuatu hari ni.

Tahun 2013, telah memahat satu memori yang sangat mengharukan seluruh rakyat Malaysia. Iya, kejadian di Lahad Datu. Pertama sekali dalam sejarah negara Malaysia millenium, di cerobohi dan digangu gugat kedaulatan dan kedamaian nya. Selebihnya saya tahu anda semua semua maklum dengan apa yang telah berlaku.

Lahad Datu, bukanlah aksi kehebatan anggota keselamatan Malaysia yang pertama. Sejak dahulu lagi, semangat jitu tentera dan polis Malaysia amat digeruni oleh musuh samada di dalam mahupon luar negara.

Oleh itu, marilah sama-sama menghayati kisah kehebatan mereka..... sila baca di bawah.... :P

lagi kisah di somaliaPeristiwa Pertempuran Di Mahkamah Agung BenadirMajlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di negara itu.Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan dan undang-undang.

Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di negara itu. Bagi kumpulan ini, penubuhan Mahkamah Agung itu adalah sebagai suatu usaha menafikan kuasa dan pengaruh kumpulan mereka keatas rakyat Somalia. Salah satu kumpulan tersebut termasuklah kumpulan yang di ketuai Jeneral Farah Aideed. Mereka merancang hendak menculik pegawai perundangan UNOSOM II yang menghadiri majlis pembukaan tersebut. UNOSOM II sedar tentang ancaman yang mungkin di hadapi telah mengarahkan pasukan pengaman dari Negara Ameriyah Arab Bersatu (UAE) membuat kawalan di sekitar kawasan mahkamah ketika majlis berlangsung. Pasukan Pengaman Malaysia (Malaysia Batalion-MALBATT) pula di kehendaki membantu pasukan pengaman UAE membuat kawalan. Pasukan Pengaman Pakistan bertanggung jawab menjadi pengiring kepada Pegawai Perundangan UNOSOM II. Pembahagian tugas seperti ini adalah biasa di kalangan pasukan pengaman pelbagai negara. Mereka saling bekerjasama antara satu sama lain dalam memikul tanggungjawab berat memulihkan keamanan ke atas negara yang hampir musnah akibat persengketaan berlarutan hampir 3 tahun itu.

Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, 26 September 1993. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam .Mejar Abd Rashid bin Ahmad, Ketua Kompeni B masih di pejabatnya apabila dia di datangi timbalannya, Kapten Mohd Halim bin Khalid. “Assalamualaikum, Tuan!” kata Kapten Mohd Halim sambil memberi tabik hormat kepada Mejar Abd Rashid. Beliau menjawab salam dan mempersilakan Kapten Mohd Halim duduk. “Ada apa Mejar?” Tanya Kapten Mohd Halim “Kompeni B di arahkan menghantar satu platun bagi membantu kawalan di Mahkamah esok” jawab Mejar Abd Rashid.

Kapten Mohd Halim teringat kepada arahan yang di terima sebelum itu dari Markas UNOSOM II meminta satu platun MALBATT bagi membantu pasukan UAE membuat kawalan esok. Di sebabkan komander pasukan MALBATT tiada, Leftenan Kolonel Mohd Rozi bin Baharom selaku Timbalan Komander telah mengarahkan Mejar Abd Rashid menyiapkan satu platun dari kompeni B untuk melaksanakan tugasan itu. “Siapa yang akan pergi esok Tuan?”tanya Kapten Halim “Platun 5”. “Tapi tuan, Ketua platun 5 sedang bercuti” Kapten Halim mengingatkan “Ya saya tahu, sebab tu saya panggil awak.Saya dah arahkan Leftenan Salmi ambil alih platun 5, tapi memandangkan tugas ini penting saya nak awak ikut sekali esok” “Baik Tuan” dengan senang hati Kapten Halim menerima amanah yang diberikan. Di dalam hatinya sedikit bimbang juga kerana sejak akhir-akhir ini serangan ke atas pasukan pengaman makin menjadi-jadi.

Walau pun Leftenan Salmi bin Istikh Ahmad masih baru dalam bidang mekanis tapi ini tidak bermakna beliau tidak mampu memimpin platun tersebut. Tetapi operasi esok walaupun hanya sebagai pasukan bantuan sangat penting sebab itu Kapten Halim ikut serta. Setelah selesai membincangkan tentang kelengkapan dan persediaan operasi Kapten Halim pun beredar. Lebih kurang pukul 6.30 pagi 27 September 1993, Kapten Halim dan Leftenan Salmi bersama 34 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Platun 5 bergerak dari Markas MALBATT yang terletak di Kem Lapangan Terbang ke kawasan Sea Port. Di situ Kapten Halim melapor diri  Pegawai Memerintah Batalion UAE iaitu Leftenan Kolonel Mal untuk diberikan taklimat operasi.

“Kapten, saya mahu platun awak untuk buat kawalan di sekitar kawasan mahkamah. Pasukan UAE sudah berada di sana. Kawasan sekitar sudah di ‘bersihkan’ oleh mereka” arah Leftenan Kolonel Mal. Kapten Halim merasa kurang senang dengan arahan yang di terimanya yang berbeza dengan permintaan asal iaitu membantu pasukan UAE sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Sesuai dengan peranan Pasukan MALBATT sebagai Pasukan Tindakan Cepat (Quick Reaction Force-QRF). “Kalau begitu saya minta Leftenan Brand bersama saya bagi memudahkan perhubungan dan bantuan, sekiranya perlu” cadang Kapten Halim.

Leftenan Brand adalah pegawai perhubungan udara Tentera Amerika. “Oh, tidak! Saya rasa Leftenan Brand lebih baik berada di sini. Dari sini lebih senang untuk selaraskan bantuan udara” sanggah Leftenan Kolonel Mal. Biarpun tidak setuju, Kapten Halim hanya mendiamkan diri kerana tak mahu mengeruhkan suasana. “Saya mahu awak kawal kawasan ini. Letakkan Armoured Personnel Carrier (APC) awak di sini, sini, sini dan di sini” perintah Leftenan Kolonel Mal sambil tangannya menunjuk-nunjuk di atas satu lakaran kawasan bangunan mahkamah. “Ada apa-apa soalan? Tanya Leftenan Kolonel Mal. “ Bagaimana saya hendak berhubung dengan pihak Tuan?” tanya Kapten Halim “Gunakan gelombang ini” jawab Leftenan Kolonel Mal sambil menulis beberapa saluran gelombang yang boleh di hubungi.

Senarai itu kemudian diserahkannya kepada Kapten Halim. Kapten Halim dan Platun 5 tiba ke kawasan mahkamah lebih kurang pukul 8.00 pagi. Masih ada tempoh sejam sebelum upacara perasmian bermula. Kapten Halim mengatur kereta perisainya di empat penjuru bangunan. Satu di setiap penjuru seperti yang dirancang. Dia kemudian membawa kereta perisainya ke dalam kawasan mahkamah. Bagi menguatkan lagi pertahanan pasukan MALBATT, Kapten Halim mengambil keputusan meletakkan 3 kumpulan penembak tepat (sniper) di atas bumbung mahkamah. Kedudukan yang lebih tinggi di atas bumbung memberi mereka pemandangan kawasan sekitar yang lebih baik.

Setiap kumpulan mengandungi 2 orang anggota. Kumpulan 1 di anggotai oleh Koperal Halim dan Prebet Rosli. Mereka di bekalkan dengan Mesingan Pelbagai Guna dan Raifal M16 lengkap dengan Pelancar Grenad M203, juga sebuah Set Radio Komunikasi. Kumpulan 2 pula di anggotai Lans Koperal Ramli dan Prebet Zaini. Lans Koperal Ramli membawa Raifal M 16 manakala Prebet Zaini dibekalkan dengan Sub Mesingan HK MP5. Prebet Zaini mengambil kedudukan di penjuru berhampiran tangga manakala Lans Koperal Ramli jauh di belakang.Kumpulan 3 pula terdiri daripada Lans Koperal Rosli dan Prebet Jamari. Kedudukan mereka di tepi tangga besi di luar bangunan. Mereka kemudian dibekalkan Radio Komunikasi bagi memudahkan perhubungan. Ketika menyusun Kumpulan Penembak Tepat, Kapten Halim tak bertemu dengan seorangpun Pasukan UAE di sekitar kawasan mahkamah seperti dakwaan Leftenan Kolonel Mal.

“Jangan kata orang, bayangnya pun tak nampak” fikir Kapten Halim. Sebagai seorang pegawai yang berpengalaman, beliau mengambil tindakan proaktif. Bersama beberapa orang anggota, beliau memeriksa sendiri kawasan sekitar bagi memastikan ia benar-benar bebas dari sebarang ancaman berbahaya. Penduduk sekitar tidak menunjukkan apa-apa reaksi mencurigakan. Mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa, urusan jual beli sedang rancak berjalan dan kanak-kanak sedang bermain di tepi-tepi jalan. Kanak-kanak dan orang awam cuba berkomunikasi dengan anggota-anggota MALBATT. Permandangan biasa di mana saja mereka di tugaskan mereka di sambut dengan baik.

Setelah pasti semuanya selamat dan pasukannya dalam kedudukan sepatutnya beliau menghubungi Leftenan Kolonel Mal mengunakan saluran gelombang yang di berikan. Tiada jawapan. Setelah beberapa kali beliau bertukar ke saluran kedua, pun tiada jawapan. Setelah semua gelombang yang di berikan Leftenan Kolonel Mal gagal di hubungi, Kapten Halim terpaksa menghubungi Markas MALBATT untuk melaporkan keadaan pasukan. Setelah itu dia pergi berjumpa pegawai awam mahkamah. “Pasukan saya sudah berada dalam kedudukan.” beritahu Kapten Halim “Terima kasih, Tuan. Saya akan maklumkan” jawab pegawai itu “Pukul berapa upacara bermula?” “Pukul 9.00 pagi.”

Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi apabila 3 pegawai perundangan UNOSOM II tiba menaiki dua buah Land Rover awam di iringi dua buah APC Pasukan Pakistan. Mereka terdiri dari Micheal Aradika dari Ghana selaku ketua kumpulan serta dua orang lagi Jim Acally dan Kenneth Lain. Sebaik tiba mereka terus masuk ke dalam bangunan mahkamah untuk meneruskan upacara. Kapten Halim masih terus berhubung dengan Markas MALBATT. Beliau di beritahu sumber perisikan yang memperolehi laporan dari helikopter yang membuat tinjauan udara, terdapat pergerakan sekumpulan militia Somalia bersenjata mara ke kawasan Mahkamah Agung Benadir. Mengikut laporan itu lagi, di anggarkan kekuatan kumpulan militia itu antara 10 ke 15 orang.

Sebaik menerima maklumat itu, kapten Halim terus menyalurkannya kepada anggota-anggota lain sambil memberi ingatan agar terus berwaspada. Upacara itu selesai pukul 11.00 pagi dan seramai 50 orang pegawai perundangan dan Hakim Somalia mula beredar meningalkan bangunan mahkamah. Tiga orang Pegawai Perundangan UNOSOM II tidak terus beredar tapi masih berbual-bual di perkarangan mahkamah. Menyedari bahaya yang kemungkinan berlaku sekiranya mereka di serang, Kapten Halim segera mendapatkan mereka dan menasihatkan mereka supaya beredar dengan segera. “Tuan, saya rasa lebih baik tuan kembali ke kawasan penjara dengan segera. Kami mendapat laporan ada militia Somalia dalam perjalanan ke sini” Kapten Halim memberitahu dengan sopan. Ketiga-tiga Pegawai Perundangan UNOSOM II masih belum berganjak sebaliknya terus berbual-bual. Setelah menunggu seketika, Kapten Halim pergi mendapatkan mereka dan memberitahu sekali lagi supaya mereka kembali ke kawasan penjara. Kali ini dengan nada yang sedikit tegas.

“Tuan, keadaan semakin bahaya, lebih baik beredar sekarang juga” tegur Kapten Halim. “Tak apa, suruh pasukan pengiring pergi dahulu. Tak payah tunggu kami” jawab Micheal Aradika. “Tak boleh tuan, mereka di arahkan untuk mengiringi tuan-tuan kembali ke kawasan penjara kalau terjadi apa-apa mereka akan di persalahkan” bantah Kapten Halim. Geram juga hatinya melihatkan kerenah mereka. Ketiga-tiga pegawai itu mula berbelah bahagi mengenai pasukan pengiring.Mereka mula bertengkar sesama sendiri. Micheal beriya-iya tidak mahu mengunakan khidmat pasukan pengiring dari pasukan tentera Pakistan. Kapten Halim hanya memerhati gelagat mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan agar Pasukan Pengiring Pakistan menunggu di penjara. Mereka akan pergi ke penjara dengan menaiki Pajero tanpa pengiring. Dari Penjara mereka akan di iringi ke Markas UNOSOM II. Kapten Halim terpaksa akur dengan keputusan mereka. Dia kemudian di minta untuk memandu Pasukan Pakistan ke Penjara kerana mereka tidak tahu jalan hendak ke sana.

Kapten Halim terus keluar menemui Pasukan Pakistan untuk mengatur pergerakan. Pada masa yang sama, di luar orang awam Somalia yang tadinya ramai kini beransur-ansur kurang dan akhirnya terus hilang dari kawasan sekitarnya. “Ada yang tak kena ni” fikir Sarjan Sarizan. Dia terus memberitahu perubahan keadaan kepada anggota-anggota lain sambil mengingatkan mereka agar jangan leka dan terus berwaspada. Tiba-tiba dia di datangi oleh seorang pemuda Somalia yang menunjuk ke arah sebuah rumah. Di tingkat atas rumah tersebut kelihatan seorang wanita. Di sebabkan batasan komunikasi wanita itu cuba memberitahu sesuatu melalui isyarat tangan. Sarjan Sarizan faham wanita itu cuba memberitahunya sesuatu sedang berlaku di dalam rumahnya.

 Dengan penuh berhati-hati Sarjan Sarizan cuba merapati dinding rumah itu. Baru sampai ke tangga, BAM! BAM! Dua das tembakan di lepaskan dari tingkat atas rumah itu. Serentak dengan itu tembakan bertubi-tubi seperti bertih goreng kedengaran dari pelbagai arah. Sarjan Sarizan terus berlari mendapatkan perlindungan di dalam kereta perisainya. Dia terus membalas tembakan dari dalam kereta perisainya. Lans Koperal Ramli yang berada di atas bangunan mendengar tembakan yang di lepaskan dan tembakan balas APCMALBATT dari arah hadapan bangunaan. Ketika itu juga terdengar bunyi riuh rendah suara orang di bahagian belakang bangunan. Beliau mengangkat kepala untuk melihat dari belakang tembok dan dia mendapati ada tujuh Militia Somalia di situ.

Dia mengangkat senjata dan menenang untuk menembak mereka. Ketika baru hendak menarik picu senjatanya, BAM!BAM!BAM! tembakan bertubi-tubi dari bangunan sebelah. Nasib baik Militia Somalia kebanyakan tidak terlatih, tembakan itu mengenai tembok batu tempat beliau berlindung. Beliau mengangkat kepala sekali lagi untuk membalas tembakan, tapi sekali lagi dia di hujani dengan tembakan bertubi-tubi. Beberapa kali dia cuba membalas tembakan tetapi setiap kali itulah dia menjadi tumpuan tembakan. Dia berubah kedudukan dengan merangkak ke bucu sebelah kiri bangunan. Tetap sama dia menjadi tumpuan tembakan bertubi-tubi militia Somalia. Sahlah! Dia sedang di perhati dan di awasi oleh penembak hendap Militia Somalia. Kapten Halim yang sedang berbincang dengan ketua pasukan Pengiring Pakistan apabila mendengar bunyi tembakan Mesingan dan Pelancar Roket Granade 7 (Rocket Propelled Granade 7-RPG 7). Dia terus berlari mendapatkan Kereta Perisainya. Dari dalam Kereta Perisainya berhubung dengan anggota melalui radio komunikasi untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Mereka melaporkan belum dapat melihat arah kemaraan musuh dan tembakan dilepaskan dari pelbagai arah.

Kumpulan Penembak Tepat juga melaporkan mereka tidak dapat memastikan arah kemaraan musuh kerana menjadi sasaran tembakan penembak hendap Militia Somalia. Menyedari Kumpulan Penembak Tepat menjadi sasaran tembakan bertubi-tubi Militia Somalia menyebabkan mereka sukar memainkan peranan dengan berkesan, Kapten Halim mengarahkan mereka segera turun ke bawah. Kumpulan 1 yang di anggotai Koperal Halim dan Prebet Rosli berjaya turun setelah pertempuran berlangsung beberapa minit. Mereka kemudian menaiki APC3 dan membalas tembakan dari dalam kenderaan. APC2 melaporkan kepada Kapten Halim pergerakan segerombolan Militia dari arah laut menuju ke mahkamah. Tembakan di lepaskan secara membabi-buta dari celah-celah tingkap dan lubang-lubang di dinding ke arah mahkamah (Rumah dan bangunan di Somalia banyak yang berlubang bekas tembusan peluru hasil perang saudara yang berlarutan). Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas tembakan ke arah musuh dan tidak menembak secara melulu demi menjaga keselamatan orang awam yang tinggal di kawasan sekitar. Walaupun di hujani peluru, pasukan MALBATT masih dalam pertimbangan Kapten Halim membawa kereta perisainya masuk ke dalam perkarangan Mahkamah mencari tiga orang pegawai perundangan UNOSOM II yang kini sudah terperangkap di dalam bangunan mahkamah.

Di dalam bangunan beliau menemui mereka di dalam sebuah bilik bersama beberapa pegawai perundangan Somalia. Pegawai Somalia itu berjanji akan menjaga ketiga-tiga pegawai UNOSOM II yang kini mula tergambar perasaan cemas di muka masing-masing. Kapten Halim kemudian bergegas pula pergi mendapatkan Kereta Perisainya untuk menyampaikan laporan terkini kepada Markas MALBATT. Beliau berulang-alik beberapa kali dari kereta perisainya ke dalam bangunan mahkamah kerana pegawai UNOSOM II yang ketakutan memintanya bersama-sama menemani mereka. Tembakan Militia Somalia terus menembak dengan mengunakan mesingan, senjata ringan, RPG 7 dan bom tangan. Anggota MALBATT mempertahankan kedudukan mereka dengan membalas tembakan dan membaling bom tangan ke arah Militia Somalia.

Setelah bertempur dengan sengit selama lebih kurang sejam, Kapten Halim kemudiannya memdapat tahu salah seorang Pegawai perundangan Somalia cuba berhubung dan berunding dengan kumpulan Militia. Pegawai Somalia itu memberitahu sekiranya pasukan MALBATT menghentikan tembakan mereka juga akan berhenti menembak. Kapten Halim segera mengarahkan anggotanya menghentikan tembakan, tetapi Militia Somalia masih terus-menerus melepaskan tembakan. Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas kembali tembakan. Pegawai Somalia tersebut kemudian memberitahu Kapten Halim pihak Militia Somalia mahukan ketiga-tiga pegawai UNOSOM II sebagai tebusan barulah mereka berundur.

Kapten Halim berasa tercabar dengan permintaan pihak Militia Somalia. Dia tidak akan sekali-kali menyerahkan pegawai UNOSOM II sebagai tebusan. Ini prinsip yang di junjung tentera darat dalam Sumpah Kesatria ‘Tidak sekali-kali mengenal menyerah’. Biar putih tulang jangan putih mata. Dengan sikap pantang menyerah sebelum bertarung, permintaan Militia Aideed tersebut ditolak mentah-mentah.

Permintaan tersebut dijawab dengan tembakan berterusan oleh Kapten Halim dan anggotanya Menyedari keadaan yang semakin merbahaya dan genting Kapten Halim mengambil keputusan untuk berundur segera. Beliau menghubungi Leftenan Salmi “Salmi, beritahu Ketua Pengiring Tentera Pakistan masuk ke dalam perkarangan mahkamah sekarang. Ambil Pegawai UNOSOM dan berundur ke penjara”perintah Kapten Halim. “Tuan, Pasukan Pakistan dah cabut” Jawab Leftenan Salmi “ Bila?!! Tanya Kapten Halim terkejut. “Masa mula-mula pertempuran lagi Tuan” balas Leftenan Salmi Kini mahu tak mahu keselamatan pegawai-pegawai UNOSOM II menjadi tanggungjawab beliau. Beliau dengan berani menggerakkan APC menghampiri bangunan mahkamah bagi menyelamatkan para pegawai UNOSOM II yang sedang terperangkap di bangunan tersebut.

Tanpa berlengah lagi, semua pegawai UNOSOM II di arahkan masuk ke dalam Kereta Perisainya. Pegawai-pegawai itu yang pada mulanya banyak kerenah kini umpama lembu di cucuk hidung, mengikut sahaja arahan yang di berikan. Ketika pegawai UNOSOM II sedang berlari menuju ke kenderaannya, Kapten Mohd. Halim dengan tidak menghiraukan keselamatan diri terjun dari kenderaannya sambil melepaskan tembakan balas secara bertubi-tubi ke arah Militia Aideed bagi memberi perlindungan rapat kepada para pegawai UNOSOM II. Dua Kumpulan Penembak Tepat masih di atas bangunan. Kapten Halim mengarahkan mereka turun dengan mengunakan pembesar suara.

Lans Koperal Rosli yang mendengar arahan itu berlari secara taktikal bersama rakannya Prebet Jamari menuju ke tangga. Bagai manapun mereka menghadapi kesukaran untuk turun kerana menjadi sasaran tembakan setiap kali menghampiri tangga. Sebagai ketua pasukan Kapten Halim mesti memastikan kesemua mereka dapat turun sebelum berundur. Kapten Halim bergerak ke bawah tangga besi sambil memanggil anggotanya turun. Walaupun tindakan beraninya mengundang bahaya menjadi sasaran tembakan Militia Somalia dia terpaksa berbuat demikian kerana dia tiada pilihan lain untuk menyelamatkan anggotanya. Lans Koperal Rosli dan Prebet Jamari mengelunsur turun melalui tangga besi. Mereka kemudian di bawa menaiki APCKapten Halim.

 Kapten Halim seterusnya pergi mendapatkan Lans Koperal Ramli. Lans Koperal Ramli sebaik mendengar arahan untuk turun dari pembesar suara terus bergerak ke arah tangga. Tetapi itu bukanlah mudah, di samping tembakan bertalu-talu dia terpaksa merangkak dan melompat dengan cepat dari satu tembok ke tembok yang lain.Tujuh tembok semuanya. Setiap tembok setinggi dua kaki. Tembok terakhir adalah yang paling lama untuk di lintasi kerana Militia menumpukan tembakan ke situ. Akhirnya setelah bersusah payah dan mengadai nyawanya dia berjaya merapati tangga besi. Prebet Zaini telah tiada di situ. Mungkin telah turun sebaik menerima arahan. Lans Koperal Ramli menghulurkan senjata sebagai menjawab panggilan Kapten Halim di bawah. Dia tidak mahu menyahut kerana masih menjadi sasaran Militia Somalia.Dia kemudian mendengar Kapten Halim menyuruhnya turun sambil berhati-hati kerana mereka akan berundur.

Bagi memudahkannya turun Lans Koperal Ramli menyilangkan tali sliang senjata ke belakang dan turun dengan memeluk tiang tangga lalu mengelungsur ke bawah. Di bawah dia di sambut oleh Kapten Halim dan dibawa masuk ke dalam Kereta Perisainya. Apabila semua anggotanya telah selamat Kapten Halim pun mengarahkan Pasukannya berundur di bawah hujan peluru, RPG 7 dan bom tangan pihak Militia Somalia. Tayar salah sebuah nombor ZA 9360 bocor terkena serpihan bom tangan tetapi masih boleh bergerak. Kerana tindakan berani Kapten Mohd. Halim, usaha hendak membantutkan proses keamanan yang dirancang melalui satu tindakan nekad oleh puak Militia Aideed telah dapat digagalkan.

Setelah bertempur hebat dengan Militia Aideed beliau akhirnya pulang bersama anggota dan para pegawai UNOSOM II dengan selamat ke pangkalan. Mereka sampai ke Markas MALBATT lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Ketiga-tiga pegawai UNOSOM II dibawa Kapten Halim ke Bilik Gerakan MALBATT bertemu Leftenan Kolonel Rozi.

Ketiga mereka yang masih terkejut dan berpeluh-peluh bertanya kepada Leftenan Kolonel Rozi “Er..Siapa Komander pasukan ini?” tanya salah seorang dari mereka dengan nada yang gementar “Kolonel Latif, dia tak ada di sini dan saya timbalannya” jawab Leftenan Kolonel Rozi.

Ketika itu Kapten Halim pergi berjumpa dengan anak buahnya di samping memeriksa keadaan kenderaan dan peralatan yang di gunakan untuk membuat laporan nanti. Dia bersyukur kerana tanggungjawab melindungi Pegawai UNOSOM II berjaya di laksanakan tanpa ada seorang pun anak buahnya yang terkorban atau tercedera. “Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak tahu macamana apa cakap. Kalau tak ada pasukan MALBATT tak tahu apa yang terjadi.” Kata salah seorang dari pegawai UNOSOM kepada Leftenan Kolonel Rozi

“Siapa nama Kapten tadi?”tanya yang lain pula “Kapten Mohd Halim” balas Leftenan Kolonel Rozi “Ya, dia patut di berikan pingat atas keberaniannya. Kami nak beri dia pingat, atau awak patut bagi kepadanya?”cadang yang lain. “Baiklah, baiklah, kami akan sampaikan cerita ini ke Mindef (Kementerian Pertahanan Malaysia), mereka akan tentukan siapa yang layak dapat pingat akan menerimanya” kata Leftenan Kolonel Rozi. Sebenarnya tak payah di beritahu memang itulah yang akan di buatnya. Dia tumpang bangga dengan pencapaian yang di tunjukkan oleh anak buahnya.

Sejak itu nama pasukan MALBATT makin harum di kalangan pasukan pengaman dan rakyat Somalia. Mereka memuji dan menghormati MALBATT sebagai satu pasukan tentera yang tangkas, berani dan profesional. Tindakan berani serta semangat taat setia yang sedia tertanam dijiwa Perwira RAMD ini telah mendapat pujian tidak hanya daripada para pegawai kehakiman terbabit malah turut mendapat pujian daripada para pegawai lain yang berkhidmat dengan UNOSOM II. Menurut para pegawai kehakiman terbabit mereka tidak hanya terhutang budi malah berhutang nyawa kepada Kapten Mohd. Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupai hingga ke akhir hayat mereka. Inilah kata-kata yang sungguh bermakna dan secara langsung turut menaikkan imej negara "Harimau Malaysia di Somalia

Dipetik dari:
http://www.panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=25&id=309&limit=15&limitstart=30&Itemid=337

Monday, February 24, 2014

Tazkirah

Tazkirah dari Habib Ali Zainal Abidin....

Tuesday, December 3, 2013

2013....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bulan November baru sahaja berlalu dan Disember mula menjengah. Maknanya, 2013 akan berlalu pergi tidak lama lagi. Sejuta kesyukuran tidak akan dapat membayar segala nikmat daripada Allah yang Maha berkuasa.

Tahun ini, perjalanan saya semKin membawa makna kerana persoalan dan kemusykilan yang bermain difikiran selama ini, mula terjawab. Walaupon, langkah kali ini berubah rentak yakni harus dimulai semula dari permulaan. Kadangkala saya menangis, marah, benci mahupon pasrah. Seringkali juga saya menyalahkan takdir.

Saya selalu tertanya-tanya, kenapa aku mesti melalui semua ini? Kenapa hidupku dari dulu hingga kini tak pernah sunyi dari kepayahan ujian? Kenapa mesti aku melalui perjalanan ini? Kenapa aku tidak bisa merasa bahagia seperti insan lain? Salah satu suara ku berkata, jangan engkau pandang,ukur dan hisab apa yang engkau tidak dapat. Tapi hayatilah apa yang telah engkau miliki.

Aku ingat lagi kata-kata ustazahku, ustazah faisaliza ketika menuntut di Al-Maahad Mahmud. Aku bukanlah budak pandai sebab tak pernah lepas dari kelas tercorot. Subjek2 seperti Hadis, Ulum Quran, Tauhid, Fikah, UsulFiqh dll adalah sesuatu yang amat sukar bagiku berbanding subjek akademik. Begitu juga bagi kebanyakan rakan2 kelasku. Kata ustzah faisal, kalau anti semua rasa susah nak belajar subjek2 ni, niatlah di dalam hati agar ia menjadi pedoman buat kamu semua  suatu hari nanti.

Ustazah, terima kasih atas kata2 ustazah itu. Alhamdulillah, selepas itu saya tidak lagi menganggap subjek2 agama sesuatu yang asing wLaupon saya sangat2 jarang lulus. Hari ini, saya sedar betapa ilmu yang saya tuntut dulu bagaikan sebutir bintang di malam yang gelap pekat. Walaupon tidak menyinari seluruh alam, ia telah membantu saya mencari jalan dengan sedikit kerlipannya. 
Sungguh saya rindu zaman itu.

Hari ini, saya sedar saya sangat2 beruntung kerna telah lahir sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud.  Ilmu yang saya tuntut dulu, hari ini adalah sesuatu yang ramai sedang tercari cari. Rugilah mereka ynag mempelajarinya tetapi tidak memahaminya. Dan saya, masih belajar memahaminya dan kembali mencarinya. In sya Allah. Semoga dipermudahkan.

Sungguh saya masih bayi dalam perjalanan ini. Masih banyak yang harus dibaiki dan dipelajari. Saya hanyalah insan lemah. Impian saya hanya mudah dan ringkas. Tapi yang mudaH dan ringkas itulah yang sangat payah dan rumit. Semoga impian saya terlaksana jua. In sya Allah.

# buaT juragan hatiku, semakin aku ingin lepaskanmu pergi, semakin engkau berakar di hati. Mungkin ia ujian dan mungkin juga ia nikmat. Keletihan dihati ini, sering membuatku rasa ingin kembali kepada Ilahi. Sampai masa, pasti tiba giliranku pergi. Amin.





Tuesday, November 5, 2013

PBS - PENDIDIKAN BEBANKAN SEGALANYA?

Dengarlah keluhan para guru
Dr Mohammad Agus Yusoff
OLEH: PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Tarikh: November 3, 2013
Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan.

Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara.

Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah.

Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini.

Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini?

Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik:

(i) untuk menilai potensi murid,
(ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan
(iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam.

Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.

Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.

Aduh!!! Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.

Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.

Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?

Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?

Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?

Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD.

Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan.

Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan.

Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.

Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching’. Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna.

Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.

KPM tlg fahami guru2..jgn cuba nak tegakkan benang yang basah..yg tk betul katakan tak betul..

#di kopi dari whatsapp...

Monday, October 28, 2013

Sahabatku, Andai Kamu ke Syurga....

Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah  mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ.  يَا رَبَّ العَالَمِينْ  

Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga  & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAHABATKU

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI 

Friday, October 25, 2013

AL-QURAN KALAMULLAH = MUKJIZAT RASULULLAH

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.hanya berkongsi ilmu

#Kopi pasta dari whatsapp...

Saturday, October 19, 2013

Random Thoughts

Malam ini (Sabtu, 19 Oktober2013 ), hujan dan cuaca sejuk. Hati saya tak keruan. Saya terfikir, sampai bila saya akan begini?  Mendengarkan dendangan Sharifah Khasif melagukan asmaul husna, fikiran saya turut tenang.

Saya terfikir, bilakah rindu ini akan berakhir.? Ia bukan lagi ssesuatu yang mengasyikkan tetapi melelahkan. Saya sangat rindu untuk rindu pada yang SATU. Hati saya letih.

Himgga saat ini, saya sudah tidak tahu apa beza realiti dan fantasi. Walaupon saya faham apa itu realiti dan fantasi, tapi saya masih tercari cari makna sebenar kedua duanya. Benarkah saya dalam realiti? Tapi kenapa saya merasakan realiti ini seperti ilusi.

Saya tak tahu apa yang saya percaya. Apakah yang saya percaya ini sesuatu yang tidak boleh dipercayai? Atau apa yang saya tak percayai adalah sepatutnya saya percayai?

Malam ku sering diganggu. Aku dikejutkan untuk sesuatu yang sukar dipercayai. Aku tak ingin mempercayainya, tapi rasa itu terlalu nyata untuk aku menidakkan kenyataannya.

Kata katanya kadangkala mengejutkan. Apakah itu, si dia yang ku harapkan. Atau ia hanyalah permainan minda ku yang sangat cekap mencoret kisah memgikut keinginannya?

Aku mencari cari kebenaran. Aku bertanya kepada mereka yang ku fikir memahami alam tersembunyi. Tapi kenapa mereka sering berdolak dalik denganku. Berdiam diri dan terus membiarkan aku dalam kegelapan keliru antara hitam dan malam.

Si dia pula terus berteka teki. Hina sangatkah aku untuknya menjawab segala pertanyaan ku? Aku tahu hidupnya penuh warna dan rahsia. Sudah kunyatakan padanya aku sanggup menerima kata kata yang maha perit. Tapi jawapannya hanya kebisuan. Siapalah aku untuk memaksanya.

Tuhanku, apakah sudah tiada insan yang bisa menyatakan kebenaran kepadaku? Aku kini melangkah kelesuan menanti bantuan dari yang Esa. Walaupon ku tahu aku terlalu jauh dari Nya. Ku tahu, inilah ujian untukku.

Jika aku bisa terbang kepada Nya, sudah lama aku pergi. Inilah fikiran rawakku untuk malam penuh syahdu. Esok aku belum tentu lagi adalah aku.

Selamat malam. Salam Aidil Adha untuk semua.

Thursday, September 12, 2013

Lawak@Lelucon@Joke

Jom gumbirakan hari dengan kisah lucu... moh le bace... :D

¤¤¤♥♡♥¤¤¤         

1. KERJA RUMAH

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

2. IKUT JIRAN SEBELAH

Isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

Suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

Isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

Suami: habis tu kenapa?

Isteri: kenapa abang tak buat macam tu….?

Suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

Isteri : *&#$%^&*%**%

3. TAK BERANI CURI

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

4. PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…

5. ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”

6. PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..

Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

7. 3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

8. SEDARA KITA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?

Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???

Thursday, August 22, 2013

RINDU.. ANUGERAH ATAU SATU UJIAN?

Rindu...

Semua orang pernah melalui perasaan rindu. Tak kiralah rindu pada siapa atau apa, tapi apabila sesuatu itu kita terkenang-kenangkan, ingat-ingTkan dan harap-harapkan ia dipanggil rindu.

Seorang yang benar-benar beriman akan sentiasa menyebut dan merasa merindui akan Penciptanya dan kekasih Nya, Allah Robbul Jalil dan Rasulullah SAW. Seorang anak yang kehilangan ibubapa atau berjauhan dari mereka akan merindui belaian kasih sayang mereka. Pasangan yang belum direzekikan cahayamata sentiasa merindui gelak tangis seorang anak. Seorang pencinta keamanan akan merindui kedamaian. Inilah sedikit contoh rasa rindu yang wujud dalam diri setiap makhluk bernama insan.

Adakalanya rasa rindu itu sesuatu yang indah. Tapi adakala juga ia bagaikan satu ujian yang sangat susah untuk lulus. Terutama sekali apabila si empunya diri tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi diri dan tiada kekuatan untuk menahan limpahan rasa yang membuak-buak di dalam hati. Sehinggakan ia bermain-main di dalam mimpi. Adakah berdosa jika perasaan ini hadir? Ia mungkin kerana kerinduan itu melebihi rindu pada Ilahi. Tapi bagaimana, bagaimana mengatasi rasa ini?

Oh Tuhanku, hamba Mu ini malu. Amat malu pada Mu kerana tidak mampu mengawal perasaan di hati ini. Bantulah daku ya Allah, bantulah daku agar rindu itu berlalu pergi. Hamba Mu ini sangat lemah. Janganlah Engkau biarkan, kerinduan ku ini melebihi rindu ku pada Mu Allah. Ampunilah daku ya Allah, ampunilah daku.

# angin lalu bawalah pergi rinduku agar aku bisa menenangkan diri.
#Lafaz assalamualaikum ku sampaikan pada si dia.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤♡♥♡

Wednesday, August 21, 2013

SYAWAL.. Semoga Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum.

Sempena Syawal ini, saya ingin memohon ribuan keampunan pada semua jika ada terlanjur kata dan terkasar bahasa. Ramadhan yang berlalu pergi akankah sempat untuk ku lalui lagi? Ya Allah sungguh hamba Mu ini telah mensia-siakan Ramadhan yang lalu. Ampunilah daku Ya Allah.

Sepanjang minggu lepas, bermula hari pertama Syawal hinggalah hari Sabtu yang lalu, saya sungguh sibuk menguruskan hal ehwal di rumah. Memandangkan adik saya masih dalam tempoh berpantang, saya jadi patah sebelah tangan kata orang. Ada hal-hal yang emak saya boleh buat tapi disebabkan usianya yang udah menginjak 65 tahun, aktiviti atau tugas berat terpaksalah saya buat. Ditambah pulak dengan kehadiran tetamu silih berganti, tak cukup tangan jugak dibuatnya. Tapi Alhamdulillah ramai yang datang berkunjung dan bertemu sua.

Kerana kesibukan jugaklah saya hanya sempat keluar beraya pada hari raya keempat dan jugak ketujuh. Itu pon hanya 2 buah rumah untuk kedua dua hari. Haih banyak lagi nak berkunjung, entah sempat ke tak.. dah masuk kerja ni makin busy lah teman.

Setelah hari raya berlalu, baru saya perasan sesuatu. Rupa-rupanya saya lupa nak ambik gambar keluarga. Yang ada dalam koleksi pon sikit sangat. Yang banyak gambar Nur Hana Diniah, anak saudara saya.

Wednesday, July 31, 2013

BERBUKA BERSAMA PARA PELAJAR SAINA 2013

Alhamdulillah tahun ini saya masih diberi kesempatan oleh Nya untuk berpuasa dan dapat pula berbuka bersama pelajar-pelajar SAINA 2013. Walaupon makanan tidaklah semeriah orang lain, tapi semua pelajar gembira sekali setiap kali berbuka bersama. Saya ingin letakkan video aktiviti pelajar sebelum berbuka, tapi ada maslah untuk upload. Saya akan update kemudian nanti ya. Ok kat bawah ada beberapa gambar yang diambil selepas berbuka puasa. Para pelajar perempuan bersiap ke surau manakala, 2 pelajar lelaki tingkatan 5 sedang mengambil air dari tong air pelajar perempuan sebagai bekalan ketika prep malam...

Here is the video link.... jom tengok!!! http://m.youtube.com/watch?v=xA_Hpjr-jJA&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3DxA_Hpjr-jJA



P.S# nasib baik tak nampak tong air tu... boys are always kids.
P.s# saya da letak link video kat atas.... tengok nooo..♡♥♡


Saturday, July 27, 2013

New member in the family

Assalamualaikum wbt....

Lama kan saya tak update. Allah, malasnya tak terkata... ah dah tak tau nak cakap apa...
Okay, saya just nak share sesuatu... i have just got a new member in the family!! Oh no...
Not as what you thought... i am not married yet...but in sya Allah..
Please pray for me okay..

Okay back to the topic. 2 weeks ago my sister had just given a birth to a beautiful daughter... so, now i have a new niece... she is the latest  member of our small family. Alhamdulillah.. now here i include some pixies for you guys to see...
Wassalam... bye..

P.s# as you wish, i have posted the pictures of Nur Hana Diniah specially for you..  ♡♥♡

Tuesday, June 25, 2013

Perasan Tak Yang Kita Selalu Tak Perasan....

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata
3. Kesempatan

 Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

 Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan  ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan &  lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd insan2 yg kamu ingati...

#p.s- maaf takdak sumber sebabnya imi adalah ,esej yang kawan saya forwardkan melalui whatsapp...

Tuesday, June 18, 2013

HERE I AM

Assalamualaikum.

Hampir 3 bulan saya tak tulis apa-apa kat sini. Sebenarnya banyak yang berlaku, tapi saya rasa terlalu penat nak tulis. Setiap kali fikir nak tulis pasti ia sekadar berakhir di dalam kotak fikiran. Akhir-akhir ini saya rasa sangat penat. Saya tak tahulah kenapa. Yang pasti saya rasa mood nak menulis dah hilang. Dulu, saya suka benar mencatat apa-apa saja dalam diari atau blog. Kini, semua saya dah jarang buat. Harini baru saya mula menulis sebabnya bosan menunggu Nadia bawak Zahra pergi kelinik. Macam itulah rutin seorang ibu. Kadang-kadang saya cemburu sangat dekat nadia bila melihatkan dia melayan karenah Zahra dan Adam. Saya ada cakap dekat dia, kami tumpang kasih-sayang anak-anak hampa. Tapi, tak lama lagi cik mai nya akan rindu kan adamzahra. Haih bila lah cikmai akan dapat curahkan kasih sayang kat anak-anak cikmai. Hehe depa kata macam mana hang nak dapat anak, ayah dia pon takdak lagi. Mmm apa pon, saya bersyukur dengan segala pemberian Nya. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Amiin. Oklah itu sahaja untuk kali ini. Doakan saya ada mood untuk terus menulis dan untuk berjumpa dengan bakal ayahanda anak-anak saya nanti yer. Wassalam. ♡♥♡ :D