Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, July 23, 2012

Gambar Di Pagi Ramadhan Dan Mutiara Kata

sitimaizurah's
Dawn of 1st Ramadhan 7.03 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.04 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.19 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.20 am

Dawn of 1st Ramadhan 2012 7.21 am

Penjelasan: Gambar-gambar di atas diambil diantara pukul 7.00 pagi hingga pukul 7.21 pagi. Matahari mula terbit bermula 7.15 pagi dan gambar terakhir  adalah pada pukul 7.21 pagi. Indahkan ciptaan Allah. Saya ingin ambil lebih banyak gambar tapi malangnya memori dah penuh. Apa pun Alhamdulillah dan Subhanallah.

Mutiara Al-Quran : SABAR


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214 



 Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30
FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Surah AlBaqarah : Ayat 286

Kredit= http://hikmatun.wordpress.com/2009/06/26/mutiara-hadith2-agar-kita-sabar-menempuh-ujian-dalam-kehidupan/

p.s# sepanjang bulan Ramadhan ini saya mungkin akan jarang update dengan kisah-kisah hidup saya. Jadi saya akan gantikan dengan petikan-petikan dari Al-Quran maupon Hadis Rasulullah SAW. InsyaAllah.
p.s#semoga kita sama-sama dapat kebaikan. InsyaAllah. Ameen.

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA DAPAT JUGA SAYA MENIKMATI RAMADHAN. APAPUN SAYA TAKLEH BERGEMBIRA LAGI SELAGI SAYA TIDAK DAPAT MENGECAPI KEMANISAN BULAN MULIA INI. DENGAN IZIN NYA SUDAH TENTU.

SEMPENA BULAN MULIA DAN BULAN IBADAH, SAYA MENYERU KEPADA PEMBACA BLOG HINA INI UNTUK MULA MEMBUAT SATU ANJAKAN PARADIGMA (INI JUGA DITUJUKAN PADA DIRI SAYA).

INILAH MASANYA UNTUK KITA BERUBAH JANGAN BERLENGAH LAGI. MARILAH KITA SAMA-SAMA MELAKSANAKANNYA.  KERANA RAMADHAN KALI INI MUNGKIN JUGA YANG TERAKHIR BUAT KITA (ya Allah semoga hamba Mu ini bisa bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya Ameen).

SEBENARNYA BANYAK YANG INGIN SAYA CORETKAN DI DADA BLOG INI, TAPI TIBA-TIBA SAHAJA SAYA KETANDUSAN KATA-KATA. JADI, LEBIH BAIK SAYA 'DIRECT TO THE POINT'..


  1. Doakan saya bertemu dengan cinta dan kerinduan pada Nya di bulan mulia ini.
  2. Doakan saya berjaya mengharungi Ramadhan ini dengan sempurna dan mengecapi kemanisannya.
  3. Doakan saya berjaya mengharuni ujian kehidupan ini.
  4. Doakan saya istqomah dengan ibadah bukan sahaja sepanjang Ramadhan ini malahan hingga ke akhir hayat.
  5. Doakan saya menjadi anak & wanita solehah  seperti yang diinginkan Allah dan Rasulullah (isteri solehah jika diizinkan Allah).
  6. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat dan doa saya dimabulkanNya juga.
  7. Doakan bonda dan ayahanda, adik-adik saya, guru-guru saya, sahabat-sahabat saya, anak-anak murid saya, semua ahli keluarga saya, seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia mendapat kejayaan, kecemerlangan dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan kali ini. 
  8. Doakan kita semua bebas dari kemurkaan Allah, dari musibah dan bala, juga doakan agar negara bertuah ini selamat dari fitnah dunia dan fitnah Dajjal. Semoga Allah memberkati negara bertuah ini sentiasa di Rahmati Allah SWT.
  9. Doakan semoga Allah memanjangkan umur mereka-mereka yang DEKAT dengan Nya agar kita dapat menuntut ilmu dengan mereka dan semoga doa MEREKA sentiasa ada bersama kita. Semoga Allah melindungi kita. InSyaAllah. 
  10. Semoga sempena bulan Ramadhan ini yang penuh berkah dari NYA, segala yang tercatit di atas di makbulkan Allah Subhanauwataala.
Ameen ya Rabbal A'alamiin..

Wassalam.

Wednesday, July 18, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SAINA KALI KE 16

Assalamualaikum,
Hari ini havoc sangat dengan kemeriahan hari kejohanan olaharaga tahunan SAINA.Fun sangat- sangat walaupon ia dibuat secara tertutup. Tugasan saya sebagai pengacara majlis dibuat secara bidan terjun telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah. Pengetua pulak beri kebenaran pada semua untuk balik awal. Apalagi saya pon cau cin cau lah. Sekali lagi Alhamdulillah. Yang lagi best, malam ini kita ada high-table. Makannya sangat best. Nanti saya dapatkan gambar dari bebudak BB aka Briged Bestari.

Syukur Alhamdulillah sekali lagi, rumah cengal berjaya memenangi beberapa acara. Walaupon secara keseluruhan Cengal hanya mendudki tempat kedua, tapi jumlah pingat hampir sama yakni, Merbau tempat pertama dengan 18 emas, Cengal kedua dengan 16 emas, jati ketika dengan 15 emas dan angsana sedikit corot dengan 6 emas. Apapun, masih belom terlambat untuk Cengal mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut. InSyaAllah... Mara Tetap Mara, Rumah Cengal Pasti Juara....

Jom kita tengok gambar KOT SAINA 2012 kali ke 16...

1. Wajah-wajah Cengal - Tema: Halloween Night - Count Dracula





2. Wajah-wajah Merbau - Tema: Ninja aka Samurai X






3. Wajah-wajah Jati: Tema: Sarkas aka Funfair







4. Wajah-wajah Angsana - Tema: Harimau Malaya aka Thunder Cat oooo





5. Wajah-wajah KOT



  

p.s# banyak lagi gambar dalam koleksi, tapi disebabkan saya online pakai baby saya yang first, jadi proses uploading sangat lambat. nanti kalau pakai netbook cepat sikit kerja... so adois amigos...
p.s.s#clown tuh adalah A.T.A