Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, December 29, 2012

ASSALAMUALAIKUM 2013 DAH TIBA!! :-)

Assalamualaikum, hari ini saya bosan sangat. Saya malas nak chat dengan seorang kenalan yang sangat baik. Lagipon saya tahu dia pon mesti bosan melayan karenah saya sedangkan dia sendiri bergelumang dengan ujian yang lebih berat. Haha maafkan saya ya.

Baiklah, esok hari Ahad. Saya ada mesyuarat pertama untuk tahun 2013. Kemudian hari Isnin semua pelajar akan pulang ke asrama tercinta. Yes, today and tomorrow might be your last days to stay at home and read my blog. Welcome back to school! Then hari Selasa your first day at class. Wow it is a fantastic week isn't it. Tinggal 2 hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2013.

Jadi, sudahkah anda melakar azam baru di dalam fikiran anda? Kalau sudah baguslah. Kalau belom berusahalah. Teacher, tak dak azam sangta. Err maksud teacher bukan teacher tak mempunyai azam cuma azam teacher taklah bombastic, magnificent, fantastic macam korang semua. Teacher cuma harap teacher akan dapat capai apa yang teacher harap-harapkan. Apa yang teacher harapkan?

Selain berjaya menjadi seorang hamba Nya yang sebenar-benarnya, teacher nak sehat seperti orang lain. Dan teacher juga nak tengok awak semua berjaya terutama pelajar tingkatan 5 tahun ini. Teacher harap kita akan sekali lagi melakar kejayaan seperti tahun 2011. In sya Allah, dengan usaha, doa dan tawakal pasti kejayaan itu milik kita.

Iya, teacher sedar ramai yang tertanya-tanya dan pessimistik dengan kemampuan teacher. Batch tahun ini banyak menyaksikan kegilaan teacher. Teacher sangat sedih dan sesal dengan segala yang menimpa kalian dan teacher. Teacher hanya harapkan yang terbaik. Sungguh di benak hati teacher dapat rasa keresahan dan ketakutan kamu. Teacher teringat kata-kata Ikhwan 4Kaizen; "saya selesa teacher mengajar saya tahun depan". Terima kasih Ikhwan. Kamu sungguh bertimbang rasa. In Sya Allah kita akan jumpa lagi.

Jadi, hehe doakanlah teacher yabg terbaik dan baik-baik sahaja ya. Oh jangan lupa, doakan teacher cepat bertemu jodoh. Ini kerana, ramai sangat yang asyik cakap kalau kawen mungkin teacher akan kembali sehat. Entah apa kaitan itu dengan kawen. Doakan teacher bertemu dengan jodoh yang telah Allah tetapkan di Luh Mahfuz. In Sya Allah.

Okay sekarang teacher nak bagi tazkirah sikit. Mmm sepanjang cuti teacher banyak membaca, kebanyakan di internet. Tapi jangan pandang rendah sumber di internet. Kerana banyak yang benar, tulus, telus dan bermanfaat. Kita perlu bijak menapis dan mencernakan maklumat itu. Banyak menceritakan tentang bencana yang akan menimpa pada tahun 2013. Teacher tak boleh cerita banyak, cuma teacher hanya boleh katakan ditahun -tahun mendatang banyak perihal yang tak terjangka dan terjangkau mungkin berlaku. WALLAHU AA'LAM.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hakikat dan kebenaran semua itu. Tapi, cuba fikirkan ketika zaman Rasulullah lagi sudah dikira akhir zaman, apakah kita ini, sekarang ini berada di awal zaman? Back to the future ker..

Lihatlah fitnah sudah terlalu berleluasa. Tak payah nak fikir jauh, kita ambik fesyen semasa  sudah. Macam-macam kan? Bukan tak boleh berfesyen, boleh asalkan menutup aurat dan tidak keterlaluan. Aah kamu tepuk dada, dan kepala (eh jangan kuat ya nanti biol plak) dan tanya iman juga akal. Nanti akan ada yang cakap, ah yang pakai litup pon berdating jugak teacher. Kadamg-kadang yang tak bertudung lagi baik. Betol apa yang kamu katakan tuh. Teacher tak nafi. Teacher pon selalu jumpa orang begini. Nampak biasa jer, pakaian pon sederhana jer. Tapi iman dia fuh mantap.

Eh janganlah buat statement nanti kata yang teacher mai cakap tutup aurat biasa-biasa pun takpa asal iman mantap. Eh jangan sembarangn ya, nanti menambah fitnah. Yang pastinya ialah IsLam bersumberkan Al-Quran dan Sunnah telah menggariskan cara berpakaian yang sepatutnya bagi seorang wanita Islam. Penegasan teacher, ikut apa yang Islam ajar kamu betullah tu. Tak ikut, tak betol lah tu. Eh korang teacher cakap nih untuk diri teacher jugak tau. Jom kita sama-sama berusaha menjadi muslimah sejati. IN SYA ALLAH.

Baiklah bila cakap pasal aurat,tudung semua tuh hanya luaran ja. Dalaman pulak macam mana? Haa yang inilah yang paling penting. Kalau pakai bukan main ala ala orang arab berpurdah bagai tapi, solat kemana, maksiat lah, dll yang seangkatan dengannya, betol ker? Yer tak guna jugak kan. Sama ajerlah macam orang kafir. Cuber kamu cari di internet cara rahib kristian berpakaian, tutup aurat tau. Jadi, bukti seorang itu Islam adalah pelaksanaan rukun Islam nya. Apa yang utama anak-anak dan adik -adik semua? Ya solat. Isu solat nih kat Saina memang tak pernah basi. Terutama geng ruggers, tapi tak semua. Teringat teacher kat Alif Sofi. Walaupon ruggers sibuk, plus dia tu pengawas ( masa tingkatan 4 ) sempat jer bersiap, makan dan jadi imam solat maghrib lagi. Teacher memang harap dia dapat straight 9A+. Amiiin.

Ok sambung ya. Dengan keadaan yang akan berlaku pada tahun mendatang, kita tak akan kuat dengan benda duniawi sahaja. Dikatakan ketika sang dajjal laknatullah muncul, makanan dan minuman sangat sukar sehingga ramai yang kebuluran. Sebab itu, hanya insan-insan yang benar-benar beriman mampu menghadapi ujian ini dan berjaya dengan tipu daya si dajjal ini. Kenapa? Kerana jika persiapan iman tidak ada dan lemah, kita tidak dapat melihat penipuan dan fitnah yang dibawa makhluk ini. Sebab itu Rasulullah tekankan supaya kita banyak membaca surah Kahfi 1-10 dna menghafalnya ( huhu kerana terlalu banyak dosa, teacher sangat susah nak hafal ). Alahai nanti bukan main lagi budak-budak SAINA hafal surah Kahfi tapi tak solat pulak. Pastilah pemantapan iman dan beberapa petua yang diajarkan Kekasih Allah akan dapat membantu kita nanti in sya Allah. Bagaimana nak mantapkan iman?

Yang paling pokok dan utama ialah solat 5 waktu sehari semalam. Sebab itu dalam kelas teacher selalu sebut, kan Yusran? Inilah perisai utama kita. Kemudian bolehlah kita gilap dan improve perisai ini dengan amalan-amalan tambahan yang diajarkan Rasulullah SAW. Contohnya zikir, selawat, baca Quran, puasa dan solat sunat. Ini adalah perkara-perkara asas yang perlu menjadi amalan kita selain daripada sentiasa mempunyai hati yang bersih dan penuh sifat-sifat mahmudah. Tapi semua ini tidak akan berkesan jika kita tidak sulaminya dengan IKHLAS dan KHUSYUK serta TAWADHUK. Jangan lupa ya untuk istiqamah. Ingat biar sedikit amalan kita asalkan ikhlas, khusyuk, dan tawadhuk .

Wah banyak betol teacher berceloteh. Sebelum teacher undur diri, teacher ingin tegaskan, mulakanlah pemantapan iman dari perkara-perkara kecil dahulu iaitu solat 5 waktu dan gilaplah solat kita itu seelok-eloknya. Kemudian boleh ditambah amalan mengikut kemampuan dan penuh kesederhanaan dengan istiqamah dan ikhlas. Sentiasalah berdoa pada Allah in sya Allah, kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

P.s# kata-kata di atas juga sebagai peringatan kepada sang penulis.
P.s.s# ingat biar sedikit tapi istiqamah, sederhana dan ikhlas. In Sya Allah, Allah sentiasa bersama kamu. AMIN.
P.p.s.s# banyak yang teacher nak cakap tapi ini sahaja yang termampu buat masa ini. In sya Allah, saya akan berceloteh lagi. Doakan ya.

No comments: