Hari ini kita lihat pelbagai aliran mula bertapak di dalam negara kita. Aliran ini pula peliknya semakin di minati oleh ramai ahli masyarakat kita.Antaranya ialah pemikiran Liberal.
Maafkan saya kerana kurang mahir dalam menghuraikan isu ini. Tapi jelas kita lihat generasi hari ini sangat sembrono dalam mengikuti dan mempercayai pelbagai aliran mahupon pemikiran. Adik saya, yang merupakan seorang penuntut di sebuah universiti tempatan, menceritakan bahawa ramai dalam kalangan rakan sekelasnya yang menerima pemikiran liberal ini. Memandang kan adik saya dan suaminya adalah pelajar dewasa, mereka tidaklah dengan mudah terbawa-bawa dengan keadaan sedemikian.
Apa pun saya berpendapat Liberalisasi dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Ia tidak boleh dipandang enteng kerana ia akan memberi kesan kepada agama, bangsa dan negara kita. Jadi, nasihat saya, walau apa pun yang anda dengar, janganlah dengan mudah mempercayainya. Biarpon ia berkenaan agama, politik juga kemasyarakatan atau apa sahaja, berfikirlah dengan sedalam dalamnya adakah ia benar dan dinyatakan dalam Al-Quran dan Assunnah.
Kajilah setiap kenyataan dengan merujuk kepada kedua-kedua sumber atau seperti yang selalu saya buat, saya akan banyak membaca dan memerhati persekitaran dengan seluas luasnya bersetta hati yang terbuka. Ingat, kita tidak ingin menjadi salah seorang ahli dari 72 golongan yang sesat itu.
Jadi, apakah kaitan empat perenggan di atas dengan tajuk di atas? Ya, antara aliran yang sedang menular dengan pantasnya di negara kita hari ini adalah Syiah. Syiah mungkin pada sesetengah orang adalah sebuah lagi mazhab dalamIslam, tapi pada saya ia adalah satu aliran pemikiran.
Ini adalah kerana Ahlissunnah wal jamaah sendiri tidak menerimanya kerana kesesatan pemikiran yang dibawa golongan ini (maafkan saya jika kata-kata saya tidak disokong fakta). Saya tidak perlu menyatakan bukti berjela-jela di sini kerana anda sendiri boleh dengan mudah mencarinya. Saya di sini ingin mengingatk
an anda semua akan bahaya sikap mengikut secara sembrono. Berpeganglah kepada sumber utama Islam yakni Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah tercinta.
Wahai anak-anak murid teacher semua, berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah. Itulah sahaja jaminan Baginda untuk selamat di sana. Bersederhanalah dalam setiap tindakan dan pemikiran kamu semua. Jangan mudah mengikut hati. Gunakanlah akal yang dianugerahkan Allah pada kamu. Ingatlah pesan tacher ini. Oleh itu, bacalah petikan yang teacher cedok dari blog http://mahatera.blogspot.com ini. Jemputlah baca dengan mata hati dan akal. Wassalamualaikum sayang semua.
KESESATAN SYIAH
1. Aqidah Syirik Dengan Allah
Muhammad bin Yaaqub Al Kulayni meriwayatkan dalam Usul al-Kafi daripada Abi Abdillah dan berkata, “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam, dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran daripadapihak Allah kepadanya (‘al-Kafi J.1 Hal.409, Bab Dunia ini semuanya kepunyaan Imam).
2. Aqidah bahawa Al-Quran tidak sempurna. Al-Quran yang ada dalam tangan umat Islam hari ini sudah diubah, di tokok tambah dan di selewengkan.
3. Aqidah Al-lmamah dan Al-Walayah, iaitu kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma'sum(tidak buat dosa) serta wajib dita'ati.
4. Aqidah Takfir al-Sahabah, Akidah yang mengkafirkan kebanyakan para sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa sahabat sahaja.
5. Aqidah al-Raj'ah, Aqidah dan kepercayaan Syiah bahwa imam mereka akan dibangkitkan sebelum qiamat untuk menuntut bela(membalas dendam) dan menghukum orang-orang yang kononnya zalim yang telah merampas hak-hak mereka yang dikatakan terdiri daripada kalangan sahabat dan ahli Sunnah.
6. Perkahwinan mut'ah, Perkahwinan yang tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan, la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini (Tahdhib Al-Ahkam, J.
7 hal 254; An-Nihayah, hal 489) 7. "Taqiyyah". Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman dahulu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka Al-Imam Asy-Syafie berkata, "Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".
8. Menyifatkan Allah memiliki sifat al-Bada' Bererti jahil, tidak mempunyai ilmu yang meliputi atau cukup tentang suatu kejadian yang berlaku. Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan Al-Bada'.
9. Mempercayai selain Syiah merupakan taraf yang hina. Al-Kulaini meriwayatkan dalam Al-Kafi bahawa "manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita". “Mereka (Nasibi atau Ahli Sunnah) lebih jelek daripada anak zina, sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (Haqq al-Yaqin, J.2 hal 536).
At-Tusi meriwayatkan daripada Abu Abdillah, kata beliau “ambillah harta Nasibi di mana sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.”
(Tahdhib al-Ahkam, J.2 hal. 48)
Sumber dari: http://mahatera.blogspot.com/2012/12/infografik-kesesatan-syiah.html
Bacaan tambahan:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AjaranSyiahbawaancamanbesar/Article
http://tenteradajjal.blogspot.com/2012/12/syiah-dan-agamawan-sunni.html
http://hakekat.com/content/view/74/1/
No comments:
Post a Comment