Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, March 23, 2013

NONSENSICAL THOUGHTS II

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita dah hampir di penghujung March. Mesti ramai yang cakap, "ya Allah cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam 1 Januari". Dan pulak, mesti ramai yang cakap " itulah tandanya akhir zaman".

Ya, bagi sesetengah dari kita ada yang sangat alert dengan keadaan sekeliling. Malahan ada yang di beri alamat-alamat tertentu. Beruntunglah mereka ini. Tapi tak di nafikan, ada jugak yang masih lalai dan tak peduli dengan keadaan semasa. Begitu jugak saya, saya masih gagal untuk membuka mata, minda dan hati saya. Entahlah saya sudah seperti berputus asa. Tapi syukur masih ada secebis kekuatan untuk saya terus melangkah biarpon perlahan.

Tahun ini biarpon sudah hampir 3 bulan berlalu, saya masih bergelut dengan urusan dunia. Cita-cita saya untuk menyambung ke peringkat master dan PHD juga seolah-olah sudah terkubur. Ketidakmampuan saya dalam beberapa aspek menyebabkan saya memadamkan hasrat tersebut. Apapun saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. ALHAMDULILLAH!

Hari ini, saya bertemujanji dengan sahabat lama. Sahabat susah senang saya ketika belajar di KUSZA dahulu. Allah, setelah menghantarnya pulang baru saya tersedar yang saya terlupa merakamkan kenangan pertemuan kami hari ini. Allahuakbar, semoga kami dipertemukan lagi. Sahabat saya itu di beri nama Malinda binti Mokhtar. Anak mami Penang. Saya sangat merindukan saat-saat ketika kami sama-sama menuntut ilmu di Terengganu. Kerana dialah saya mula berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana pertemukan daku dengan Malinda.

Malinda ini, orangnya kecil sahaja. Kalau denagn saya, dia separa bahu saja. Di kusza kami duduk satu blog, yakni blog khawarizmi di kompleks Ibnu Sina. Setiap malam saya akan tidur di bilik Malinda. Hehe saya takdak roomate, takot tidoq sorang-sorang. Begitulah saya selama setahun, penumpang setia bilik Malinda. Selepas itu, ketika di semester 3 dan seterusnya, kami terpaksa berpisah haha sebab dah tak tinggal satu blog dan kompleks. Sepanjang tempoh setahun, sangat menggembirakan saya. Rakan-rakan seblog sangat best. Sampaikan sekarang ini, saya tak dapat ingat kenangan ketika di semester 3-6. Tapi sebaliknya, banyak kenangan di semester 1 dan 2 sangat saya ingat. Haha dear 4E 2011, remember about my crush that i told you guys? Yeah, he is one of them that i remember the most.

Apapon, Malinda adalah antara sahabat yang akan saya kenang hingga mati. InSyaAllah.

Minggu ni, cuti sekolah. Saya rancang nak pergi tengok LIMA di langkawi in sya Allah. Entah kenapa tahun ini saya terasa nak pergi. Saya tak pernah tengok lagi pameran kat situ. Melihatkan isu di Lahad Datu, saya makin bersemangat nak pergi tengok pameran alatan ketenteraan kita dari dekat dan teringin nak sentuhnya dengan jari jemari gemuk ku. Haha. Kita sebagai warganegara Malaysia kenalah ada rasa bamgga dengan tentera dan polis kita. Kalau kita asek nak pertikai macam-macam, pada saya baik kau nyah dari sini! Tak guna jadi rakyat Malaysia kalau takdak semangat patriotik. Kenalah bijak menilai antara patriotik dan politik. Ada faham?

Aduh saya dah sakit kepala. Cuaca hari ni sedikit panas. Mungkin nak hujan, alhamdulillah. Kepada semua pembaca yang sudi baca blog tcer mai yang buruk ni, jagalah kesihatan anda kerana sekarang memang musim demam, batuk dan selesema. Saya yang dah lega demam rasa macam nak demam balik rasanya. Ya Allah kurniakanlah daku kesihatan yang baik. AMEEN.

To all my students, please take care of yourself and don't forget to complete your homework aight!

Not forgotten, to all my exstudents ie Batch Evolution, congrats for your result. No matter what you got, things had happened. No sweat!
My last words to you guys:

WELCOME TO THE REAL WORLD, NOW YOU SEE IT! ♡♥♡

No comments: