Make Me Strong - Sami Yusuf

Thursday, March 14, 2013

Takot @ Fear II

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Sebenarnya sudah lebih seminggu saya berkira-kira nak update blog ni. Tapi saya tak pasti isu apa yang harus diketengahkan sementelah banyak jugak hal yang bermain di kotak fikiran saya ini.

Minggu ini adalah minggu peperiksaan di SAINA. Jadi sammbil menunggu dan mengawas pelajar-pelajar, saya mula terpikir untuk mengemaskini blog ini. Lagipon sekarang ini adalah masa pendidikan seni, kiranya saya tak perlu risaulah kalau pelajar meniru.

Sejak bulan lepas, negara kita yang tercinta ini digemparkan dengan insiden pencerobohan pengganas 'tentera diraja sulu'. Ikutkan hati, nak juga saya ulas isu tersebut seperti blog-blog lain. Tapi almaklumlah saya tak punya ilmu mencukupi untuk menilainya dari sudut ketenteraan. Oleh yang demikian, saya hanya menjadi silent reader di blog-blog yang galak mengulasnya dengan pelbagai perspektif. Saya juga mengikuti perkembangan insiden ini setiap hari melalui pembacaan juga melalui media utama.

Errr apa kaitan tajuk entri ini dengan kisah di lahad datu? Ya, inilah yanh saya rasakan saat ini. "Eh apa yang nak ditakutkan, tcermai kan duduk kat kedah.. jauh tu dari Sabah!" Mungkin ada yang akan terpikir begitu. Saya tidak melihat isu ini dari kontek ketenteraan maupon politik. Sebagai orang biasa dalam masyarakat, saya melihat pemikiran masyarakat erhadap isu ini. Terus terang, saya jadi takot melhatkan respon yang diberikan oleh kebanyakan ahli masyarakat dan juga diri saya sendiri.

Benar, ramai yang prihatin dan mengambil berat dengan menderma, menyokong dan mendoakan kesejahteraan anggota keselamatan negara kita yang bertugas di sana. Saya juga begitu. Tapi, sejauh mana prihatin itu membuka minda kita? Maksud saya di sini, adakah perasaan prihatin ini benar-benar menjadikan kita seorang yang bersyukur? Ya, saya juga tidak cukup bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Ada pula dikalangan kita yang menyatakan ini adalah satu konspirasi. Malah ada yang sampai memperlekehkan anggota keselamatn dengan dengan pelbagai kata-kata. Ya Allah, sudah buta hatikah rakyat negara ku. Kemudaian satu golongan lagi menghentam habis -habisan golongan yang satu lagi. Semua pihak saling hentam menghentam menyalahkan antara satu sama lain. Apalah sudah jadi dengan rakyat negara kita. Janganlah gunakan isu ini untuk sebarang kepentingan.

Saya ada berkata kepada cikgu nadia, "nadia kalau hal macam ni jadi kat sini, di pokok sena ini, pasti ramai lagi yang mati kan. Mungkin korban dikalangan orang biasa juga ramai." Cikgu nadia hanya mengiyakan dan terdiam. InilAh ketakutan saya. Bayangkanlah, insiden seperti ini terjadi di tempat kita, adakah kita akan selamat? Sudah bersediakah kita untuk menghadapi hal sebegini? Atau mungkin kalau kita selamat, adakah ahli keluarga kita juga akan selamat? Subhanallah, insiden ini terjadi di Sabah, di kawasan yang penduduknya sedikit. Maka, jumlah korban juga sedikit.

Namun begitu, adakah kita akan selamanya selamat di sini? Saya ada bertanya dengan pelajar-pelajar saya akan pandangan mereka berkenaan pencerobohan di lahad datu, hasilnya lebih 90% tidak begitu jelas dan peduli. Saya tak salahkan mereka kerana di SAINA ini, maklumat luar agak terhad untuk didapati. Tapi, saya terbayangkan mungkinkah ramai yang sebegitu walaupon maklumat berada di hujung jari? 

Untuk menceritakan apa yang saya rasa saat ini, tentulah mustahil. Apa yang pasti, kejadian penceronohan di lahad datu ini, adalah 'wake up call' pada kita semua bahawa kita tak akan selamanya hidup aman, damai dan bahagia seperti sekarang. Terus terang saya sendiri tak tahu bagaimana nak buat persediaan tersebut, tapi, marilah kita mulakan sesuatu agar sesuatu yang lebih buruk tidak berlaku.

Wallahuaa'lam biwsowab.

No comments: