Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, August 6, 2012

KETAKWAAN, SEBUAH PERKONGSIAN


TAKWA DAN KETAKWAAN
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS. At Thalaq:2-3)

Pengertian Takwa            
1.Takut kepada ALLAH iaitu menjaga dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan ALLAH S.W.T .
2.Ketaatan dan ibadat iaitu taat  menjalankan dan melaksanakan perintah ALLAH S.W.T
3.Bersih hati dari dosa iaitu menjauhi segala larangan ALLAH S.W.T.

Ciri-Ciri Insan Bertakwa
1.Meninggalkan segala sesuatu yang dilarang dan mentaati perintah ALLAH S.W.T
2.Menghindarkan diri dari segala yang dapat menjauhkan diri dari ALLAH S.W.T
3.Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu.
4 Memelihara dan melaksanakan kehidupan tatacara kehidupan mengikut syariat Islam.
5 Mengikuti sunah Rasulullah didalam ucapan dan perbuatan.  

Bagaimana Menjadi Insan Bertakwa
Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam kerugian dan kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah .Taqwa merupakan kayu pengukur yang menentukan peningkatan martabat dan status manusia di sisi Allah kerana dia menilai seseorang manusia bukan dari kegagahannya,kekayaannya atau pangkat tetapi dilihat dari sifat ketaqwaannya.

Allah s.w.t berfirman maksudnya:
Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.. 
                                                                                                        surah al hujurat:13


Amalan Insan Bertakwa
1.Zikrullah iaitu sentiasa mengingati ALLAH
2.Melakukan solat-solat sunat
3.Taubat
4.Takut kepada ALLAH (al-Khauf)
5.Mujahadah iaitu memerangi nafsu
6.Muhasabah iaitu menjaga gerak geri yang mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T terhadap tujuh anggota seperti mata,telinga,lidah ,perut,kemaluan,tangan dan kaki.
7.Muraqabah iaitu sikap jiwa mengikut ahli tasauf sufi untu.k mencapai darjat rohani yang tinggi.Seseorang meyakini bahawa ALLAH S.W.T selalu melihat dan mengawasi dirinya.
8.Sabar iaitu kesabaran dalam melakukan ibadat ; Sabar dalam ujian ALLAH ; Sabar dalam kehidupan seharian dan sabar terhadap pengaruh kehidupan dunia.
9.Qanaah iaitu menerima dengan rela apa yang ada atau merasa cukup dengan apa yang dimilikinya ; Jiwa merasa lapang dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T ; Hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai ; Menerima dengan sabar segala ketentuan ALLAH ; tidak tertarik oleh tipu daya dunia ; Sentiasa bertawakal kepada ALLAH
10.Warak iaitu makan dan minum pada perkara yang halal dan bersih ; Menjaga pandangan dan pendengaran dari perkara - perkara haram dan syubhat serta sia-sia ; Sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T. ; ikhlas dalam mengerjakan sesuatu ketaatan dan perintah ALLAH S.W.T.; Bersikap pemurah,memuliakan dan mengasihi manusia ; memiliki ilmu pengetahuan yang membolehkan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. ; Tidak menggemari diri dipuji ; Bersederhana dalam soal makanan minuman dan pakaian.
11.Zuhud iaitu meninggalkan kesenangan duniawi untuk mencapai kesenangan akhirat. Zuhud juga membawa erti iaitu meninggalkan segala yang haram dan  menjauhi perkara yang makruh dan syubhat.Pengertian yang lain bagi zuhud ialah Mencari kemewahan dunia yang tidak melalaikan ibadat dan kewajipan terhadap ALLAH.
12.Tawaduk iaitu merendah diri dan taat menghambakan diri kepada ALLAH
13.Istiqamah iaitu berpegang teguh kepada ajaran alQuran dan sunah serta taat menjalankan segala perintah ALLAH dan menjauhi segala larangannya.Bersyukur dalam menerima nikmat ALLAH dan bersabar menghadapi ujian hidup.
14.Tawakal iaitu menyerahkan sepenuh hati,ikhlas dan yakin kepada ALLAH bahawa segala hukum ALLAH tetap berlaku dan takdirnya tidak dapat ditolak dan diatasi, dan menambahkan keyakinan untuk mencapai suatu cita-cita dengan izin ALLAH melalui prinsip berusaha dan berikhtiar serta bersabar menghadapi takdir ALLAH


Sunday, August 5, 2012

Perkongsian: Sunan Musafir: Cinta Fitrah

Assalamualaikum,
Saya ingin tidur tapi hati saya ingin mencoretkan sesuatu terlebih dahulu. Saya baru sahaja habis membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid(RAM); Sunan Musafir. SUBHANALLAH, sungguh indah dan penuh dakwah. Diakhir pembacaan saya, saya ingin sekali bertanya RAM, adakah cinta fitrah di dunia realiti hari ini? Wallahu aa'lam...

ada satu dua petikan ingin saya kongsi disini, jemputlah yer membacanya pendek-pendek ajer;

"Perjalanan itu adalah kesabaranmu. Penantian dan perjalanannmu itu tidaklah sia-sia, meskipun ia satu perjalanan yang sangat menyedihkan.........Kejadian itu membuka mata hatimu pada kebenaran. Sehebat manapun kebatilah pasti akan dikalahkan oleh kebenaran." RAM, Sunan Musafir, m/s 418

"Pada ketika.... kita merasakan tidak punya sesiapa, yakinlah, Allah itu sudah mencukupi segala-galanya."
RAM, Sunan Musafir, m/s 442

"Jangan marah, kerana marah itu nafas syaitan. Maka berusahalah untuk ikhlas dan redha."
".....kawal kemarahan dan ikhlaslah menerima takdir Allah." RAM, Sunan Musafir, m/s 447

- kesemua ungkapan-ungkapan di atas saya tujukan pada diri saya yang sedang dalam ujian Nya. Semoga ia menjadi iktibar pada yang lain.
-Saya sangat mengesyorkan buku ini dibaca sesiapa sahaja yang boleh membaca kerana kisahnya sarat dengan pengajaran dan pedoman. InSyaAllah tak rugi murah sahaja RM 22. Boleh dapatkan di kedai buku POPLAR dan MPH atau mana-mana sahaja yang ada jual buku nih.

Perjalanan dan Penantian + Kesabaran dan Ketabahan = Kebahagiaan





Wednesday, August 1, 2012

Trials of Life



TRIALS OF LIFE
By- Sami Yusuf 

My life is not the same
When I'm too concerned by what they say
Why should I? When I have you
To doubt you would be the worst mistake

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You
No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be
But I know I'll come out stronger in this world

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You
No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

I only want the things
You know is best for me
I'd gladly sacrifice
If that's what you decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that's what you want for me