TAKWA DAN KETAKWAAN
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya
Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rizki dari arah yang
tidak disangka-sangka.” (QS. At Thalaq:2-3)
Pengertian
Takwa
1.Takut kepada ALLAH iaitu menjaga dan memelihara diri dari
seksaan dan kemurkaan ALLAH S.W.T .
2.Ketaatan dan ibadat iaitu taat menjalankan dan
melaksanakan perintah ALLAH S.W.T
3.Bersih hati dari dosa iaitu menjauhi segala larangan ALLAH
S.W.T.
Ciri-Ciri
Insan Bertakwa
1.Meninggalkan segala sesuatu yang dilarang dan mentaati
perintah ALLAH S.W.T
2.Menghindarkan diri dari segala yang dapat menjauhkan diri
dari ALLAH S.W.T
3.Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa
nafsu.
4 Memelihara dan melaksanakan kehidupan tatacara kehidupan
mengikut syariat Islam.
5 Mengikuti sunah Rasulullah didalam ucapan dan
perbuatan.
Bagaimana
Menjadi Insan Bertakwa
Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam
kerugian dan kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta
bertaqwa kepada Allah .Taqwa merupakan kayu pengukur yang menentukan
peningkatan martabat dan status manusia di sisi Allah kerana dia menilai
seseorang manusia bukan dari kegagahannya,kekayaannya atau pangkat tetapi
dilihat dari sifat ketaqwaannya.
Allah s.w.t berfirman maksudnya:
Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu..
surah al hujurat:13
Amalan
Insan Bertakwa
1.Zikrullah iaitu sentiasa mengingati ALLAH
2.Melakukan solat-solat sunat
3.Taubat
4.Takut kepada ALLAH (al-Khauf)
5.Mujahadah iaitu memerangi nafsu
6.Muhasabah iaitu menjaga gerak geri yang mendatangkan
kemurkaan ALLAH S.W.T terhadap tujuh anggota seperti mata,telinga,lidah
,perut,kemaluan,tangan dan kaki.
7.Muraqabah iaitu sikap jiwa mengikut ahli tasauf sufi untu.k
mencapai darjat rohani yang tinggi.Seseorang meyakini bahawa ALLAH S.W.T selalu
melihat dan mengawasi dirinya.
8.Sabar iaitu kesabaran dalam melakukan ibadat ; Sabar dalam
ujian ALLAH ; Sabar dalam kehidupan seharian dan sabar terhadap pengaruh kehidupan
dunia.
9.Qanaah iaitu menerima dengan rela apa yang ada atau merasa
cukup dengan apa yang dimilikinya ; Jiwa merasa lapang dengan rezeki yang
diberikan oleh Allah S.W.T ; Hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai ;
Menerima dengan sabar segala ketentuan ALLAH ; tidak tertarik oleh tipu daya
dunia ; Sentiasa bertawakal kepada ALLAH
10.Warak iaitu makan dan minum pada perkara yang halal dan
bersih ; Menjaga pandangan dan pendengaran dari perkara - perkara haram dan
syubhat serta sia-sia ; Sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T. ; ikhlas dalam
mengerjakan sesuatu ketaatan dan perintah ALLAH S.W.T.; Bersikap
pemurah,memuliakan dan mengasihi manusia ; memiliki ilmu pengetahuan yang
membolehkan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. ; Tidak menggemari diri dipuji
; Bersederhana dalam soal makanan minuman dan pakaian.
11.Zuhud iaitu meninggalkan kesenangan duniawi untuk mencapai
kesenangan akhirat. Zuhud juga membawa erti iaitu meninggalkan segala yang
haram dan menjauhi perkara yang makruh dan syubhat.Pengertian yang lain
bagi zuhud ialah Mencari kemewahan dunia yang tidak melalaikan ibadat dan
kewajipan terhadap ALLAH.
12.Tawaduk iaitu merendah diri dan taat menghambakan diri
kepada ALLAH
13.Istiqamah iaitu berpegang teguh kepada ajaran alQuran dan
sunah serta taat menjalankan segala perintah ALLAH dan menjauhi segala
larangannya.Bersyukur dalam menerima nikmat ALLAH dan bersabar menghadapi ujian
hidup.
14.Tawakal iaitu menyerahkan sepenuh hati,ikhlas dan yakin
kepada ALLAH bahawa segala hukum ALLAH tetap berlaku dan takdirnya tidak dapat
ditolak dan diatasi, dan menambahkan keyakinan untuk mencapai suatu cita-cita
dengan izin ALLAH melalui prinsip berusaha dan berikhtiar serta bersabar menghadapi
takdir ALLAH
No comments:
Post a Comment