Saya ingin tidur tapi hati saya ingin mencoretkan sesuatu terlebih dahulu. Saya baru sahaja habis membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid(RAM); Sunan Musafir. SUBHANALLAH, sungguh indah dan penuh dakwah. Diakhir pembacaan saya, saya ingin sekali bertanya RAM, adakah cinta fitrah di dunia realiti hari ini? Wallahu aa'lam...
ada satu dua petikan ingin saya kongsi disini, jemputlah yer membacanya pendek-pendek ajer;
"Perjalanan itu adalah kesabaranmu. Penantian dan perjalanannmu itu tidaklah sia-sia, meskipun ia satu perjalanan yang sangat menyedihkan.........Kejadian itu membuka mata hatimu pada kebenaran. Sehebat manapun kebatilah pasti akan dikalahkan oleh kebenaran." RAM, Sunan Musafir, m/s 418
"Pada ketika.... kita merasakan tidak punya sesiapa, yakinlah, Allah itu sudah mencukupi segala-galanya."
RAM, Sunan Musafir, m/s 442
"Jangan marah, kerana marah itu nafas syaitan. Maka berusahalah untuk ikhlas dan redha."
".....kawal kemarahan dan ikhlaslah menerima takdir Allah." RAM, Sunan Musafir, m/s 447
- kesemua ungkapan-ungkapan di atas saya tujukan pada diri saya yang sedang dalam ujian Nya. Semoga ia menjadi iktibar pada yang lain.
-Saya sangat mengesyorkan buku ini dibaca sesiapa sahaja yang boleh membaca kerana kisahnya sarat dengan pengajaran dan pedoman. InSyaAllah tak rugi murah sahaja RM 22. Boleh dapatkan di kedai buku POPLAR dan MPH atau mana-mana sahaja yang ada jual buku nih.
Perjalanan dan Penantian + Kesabaran dan Ketabahan = Kebahagiaan |
No comments:
Post a Comment