Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum semua. Hari ini suasana sejuk sekali di sekitar Alor Setar kerana cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Teacher rasa malas nak tulis apa-apa kat blog, biarlah post yang ke 80 tuh jadi yang terakhir untuk tahun ni. Tapi teacher teringat, hari terakhir bersama batch form 5 tahun ni, terutama MT, teacher ingat nak tulis sesuatu. Sebabnya Azween minta tulis pasal diorang dan teacher pon dah cakap In Sya Allah, jadi takkanlah nak tulis next year kot kan. Oleh itu, post hari ni di tujukan pada batch Evolution.
Hari terakhir teacher bersama dengan putri Evolution 2012, an unforgettable memory. Sebabnya, sepanjang teacher jadi warden, teacher tak pernah tunggu sampai habis. Even batch 2011, yang pernah jadi anak didik teacher for 3 years pon tak pernah teacher tunggu. Tapi tahun nih, teacher kena tunggu. Iyalah selain sebab nak amik Si Aishah Kamis, saya nak kemas sikit bilik warden tuh huhu.
Sebenarnya, teacher tak ingat tau tarikh hari akhir tu.. haha sapa sapa tolong komen sat habaq tarikh tu. Tapi teacher ingat sangat pagi tu, awal-awal pagi lagi teacher dok jengok-jengok kat luar bilik apa yang korang buat. Suasana hening sangat tapi sangat tenang. Dah tak rasa tension SPM tu. Ada yang dah bangun awal dan siap bawak keluar barang letak kat astaka. Amazingly, ramai yang dah bangun. Haha kebiasaannya korang bangun lambat kan. Lagi pelik, semalam tuh bukan main tidoq lambat. Bila pi jengok bilik MT, sunyi sepi tapi rupanya dok tengok movie Aku Terima Nikahnya ka apa.. tak ingatlah plak tajuk. Azween kata "teacher nak spend masa bersama-sama buat kali terakhir". Takpalah dah hari akhir korang kat SAINA. Terdetik rasa cemburu kat hampa semua, oh how i wish to be young again.
Pagi tuh teacher sangat excited nak breakfast dengan budak-budak MT. Hehehe. Tapi spoil kan DM just bagi coco crunch dengan susu untuk sarapan. Apala kedekut. Hari akhir bagilah nasik lemak ka apa. Tapi seronok jugak sarapan dengan bebudak ni. Yang lucunya depa ni malu-malu kucen.. azween baru bangun tido yer.Maaflah gurls, teacher banyak cakap pasal MT, dah memang diorang tuh jiran saya. Hehe jiran diutamakan. Banyak yang teacher nak pesan sebenarnya kat putri Evolution. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan, jadi hanya doa mengiringi kalian.
Tahun lepas masa teacher ajar korang masa form 4, macam-macam pengalaman teacher dapat. Saya ajaq 4P, 4E, 4A. Percayalah teacher tak pernah benci atau makan hati dengan hampa. Zarith ka, Atikah ka, ATA ka, Naim Noor ka, or khairul ke or even Izani yang keluar ka, atau sapa-sapa jerlah. Saya nih pemaaf huhua.. perasan. Teacher jugak mintak maaf sebab selalu ajak che T, Alia, Zarith, weena atau Aishah kuar teman teacher pi poksen. Maaf teacher tak pilih kasih. Dah selesa dengan depa. Tapi teacher kesal sikit, Zarith banyak berubah tahun ni. Huhu. Takpalah harapnya segala nasihat teacher lekat dalam hati hang Zarith.
Tahun nih macam-macam yang jadi. Antaranya pemecatan MT diawal tahun. Kelam kelibut jadinya sekolah. Tinggal lah si Hazeem Hakimi sorang saja pengawas lelaki dan dibantu oleh putri-putri pengawas. Weh boys hampa tak jealous ker kat Mat Hazeem.(teacher azu spekulate hazeem student faveret teacher, tapi dia taktau teacher sangat rajin belanja naim noor and the geng). Fuh hazeem awek keliling pinggang. Haha lawak jer. Kemudian, bila nak lantik pengawas putra baru macam-macam la fiil. Dan terpaksolah sekolah melantik orang yang tak disangka dan dijangka nak jadi pengawas. Bukan setakat pelajar, cikgu pon ado tak puaih hati den cakap ha.. nak buek cano takdir Allah udah begitu.
Pada teacher, ini hanyalah ujian yang kecik buat bebudak yang kena pecat tuh dan terdapat banyak sangat hikmah dari bala. Haha mungkin ada dikalangan korang ada rasa riak, ujub, takbur dan salah guna kuasa yang mana menyebabkan bala menimpa satu bilik? Hehe saja speculate. Hampa muhasabah la diri noo..
Tahu tak sapa yang paling ramai tak puas hati dilantik jadi pengawas? Yer betol3x.. ATA lah. Sampai ada cikgu kata, tuh fav mailah tuh.. sebab tu lantik dia. Adohai,teacher langsung tak pilih dia. Mesti ada kebaikan yang ATA dah buat sampai di beri rezeki itu oleh Allah SWT. Berkenaan Mat Hazeem kita jadi KP, teacher dah dapat rasa since last year. Taktau pasai apa. Tapi hati teacher merasa dia jadi KP 2012. Tak sangka begini caranya. (Suke dengar kimi bagi amanat kat rumah cengal "abang nak pesan sesuatu...".. abang la sangat kau, die tak nampak gurls form 1 &2 hehe).
Alhamdulillah sepanjang minggu peperiksaan SPM, korang memang buat perangai baik. Secara keseluruhan lah. Tapi ramai jugak yang miang keladi, itu korang tunggu ajerlah kesan sampingannya. Maleh den nak cakap. Teacher takmo komen bondo terlarang tu.. hehe.. ramai bonar bawak tu.. itu munasarawak lah kome...
Heran betol teacher boys ni minggu exam pon main bola sakan. Tapi ramai jer yang membuta. Dekat nak habis exam terserempak dengan geng si Nabila pakai cun cun poi amik gambo kek court basket.. cekgu naim golak jo kek korang. Eh ada lagi geng lain.. amboi bercelak sakan noo..
Adik-adik teacher (cewah adik.. yerlah beza 14 tahun jer), dunia luar tak sama dengan dunia yang korang baru saja tinggalkan; SAINA. Sangat luas dunia ini kadangkala kita mungkin akan tersalah menilai siapa baik, siapa tak baik, mana betol dan mana salah. Sekalipon ada yang mugkin akan cakap, "in sya Allah teacher berkat didikan cikgu di Saina kami akan selamat", belom tentu menjamin korang benar-benar selamat. Mungkin ketika belajar korang baik, bagus dan akhirnya berjaya menjadi apa yang kamu mahu dan patut jadi, tapi ketika kerja kamu sendiri tak pasti apa yang akan kamu lalui. Begitulah seterusnya kehidupan ini.
Nanti, ada dalam kalangan kamu yang mungkin akan kecundang, gagal dan bermacam-macam lagi, dan tika itu sebaik kamu mendengarnya cepat-cepatlah berlindung dengan Allah dan bermuhasabah diri. Dunia hari ini tak sama seperti 10 tahun lalu ketika teacher sendiri masih di Universiti. Cabaran hari ini akan hanya berjaya diharungi oleh mereka yang benar-benar kuat dan tahu halatuju diri. Susah untuk dijelaskan. Kadangkala yang kurang cemerlang di sekolah atau di universiti boleh menjadi lebih cemerlang dari yang dulu sentiasa cemerlang. Semuanya adalah ketentuan yang Maha Esa.
Teacher hilang kata-kata sebenarnya. Pesan teacher, dalam mengejar hal keduniaan, janganlah leka dengan nikmatnya kerana ia adalah kaca semata-mata. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Hanya sebentar saja. Yang hakiki adalah akhirat sana. Perjalanan dunia ini, laluilah dengan kesederhanaan dan tawadhuk. Jangan sombong, angkuh, riak dan takbur. Kerana semua yang kita miliki ini pinjaman sahaja. Tapi janganlah dek kerana ingin mengejar akhirat kamu melepaskan hal dunia yang mana sebenarnya adalah tanggungjawab kamu untuk dilaksanakan. Yang utama, tahu apakah amanah yang kamu sedang pikul, laksanakalah ia dengan penuh ikhlas dan syukur kerana itu juga ibadah. Kemudian, letakkan halatuju sejauh mana yang ingin kamu capai. Apa jua yang berlaku bersyukurlah dan bersederhanalah. SABAR dengan segala ujian mendatang kerana ujian pasti menjelma.
Senjata mukmin adalah doa. Solat adalah tiang agama juga doa yang menyuluh kehidupan ini. Berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah dan terus menerus mencari kebenaran berpandukan kedua-dua sumber itu. Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa teacher sentiasa memikirkan keadaan kami semua. Semua pelajar teacher di luar sana, Saya sangat sayangkan kamu semua. Ya Allah selamatkanlah semua anak muridku dari fitnah dajjal, fitnah dunia dan hasutan, tipudaya iblis, syaitan, jin dan konco-konco mereka. Amin.
Sebelum teacher berhenti mengetuk screen tab 7.0 ni, hehe.. pesan teacher keluar dari kepompong kehidupan kamu dengan melihat dunia hari ini dengan mata hati. Bagaimana? Banyakkan membaca ; blog, buku, suratkhabar, AlQuran dan tafsir serta Hadis. Jangan mudah mempercayai dan menilai tanpa usul periksa. Mulakan membuat kajian dan perbandingan. Jangan cepat melatah dan sentiasa tenang. Pergilah belajar ilmu tauhid dan tasauf ( teacher sendiri pon baru nak mula walaupon dulu belajar kat Maktab Mahmud ). Kan Rasulullah SAW kata, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad.
Ingat solat jangan tinggal. Baca Quran, bamyakkan selawat dan berzikir kerana ini akan jadi perisai kita nanti selain bekalan di akhirat nati. Yamg pasti dalam buat ibadah atau apa sahaja, bersederhanalah, ikhlas dan istiqamah. Juga jangam biarkan sifat-sifat riak, ujub, takbur bersarang dihati. Akhir sekali, jangan terlalu cintakan dunia. Sentiasa ingat akhirat dan banyakkan bersedekah.
Wabillahi wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Teacher Siti Maizurah Mansor
3 comments:
Assalam..thanks, that's so sweet :) i know u know who i am..again, thank you very much..tp saya ada satu soalan, mmg dh lma nak tanya tp tulah kan, it's way harder than i thought..the thing is, back then when i were interacting w/ u (interacting?mcm slh term ja.haha), somehow saya mcm perasan something. the way you look at me mcm ada sikit beza bebanding cara tgk org lain..what was it?i mean bila saya sedaq dia jadi mcm 'um?what on earth?' no offense hahahaha..or maybe saya ja yg perasan lebih..hahaha mngemukakan comment yg nh kira take risk utk malu nh..tp tu la..i can really feel, from the way you look at ur late bro's pic (i'm so sorry) etc. etc. i hope u know what i mean. until then, makasih~
(kdg2 bl kita pilih utk silent, actually it's the best possible choice to be chosen)
Because i miss my brother .. dont worry, i do not have a crush with my students...
Post a Comment