Assalamualaikum, tadi saya blogwalking lagi. Saya pergi ke blog Mencari Kebahagiaan Hidup, saya baca artikel yang baru di pos, lepas tuh saya nampak artikel kat bawah ni. Sangat menyentuh hati. Saya dedikasikan kisah ini kepada semua anak murid saya. Jemputlah baca.
Ini bukanlah satu artikel. Ini satu cerita yang saya dapat melalui emel, kiriman seorang kawan dan saya rasa cerita ini sesuai untuk dikongsi sesama kita. Mungkin ini adalah satu cerita biasa tapi, bagi saya cerita ini agak sedih. Terpulanglah kamu semua menilainya...
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang
kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik
gebar semula. Tidur balik. Walid geleng
kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk
belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik
pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya
Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi
adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun
pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik
mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik
seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami
jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang
jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar
Allahu Akbar, lah ilaha illallah huallahu akbar,
Allahu Akbar wallilla hilham..
Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan
ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil
menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil
melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan,
kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik
pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak
Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang
syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama
negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik
tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu
besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara
adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum
Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah
satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad
pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di
masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut
masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya
duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di
penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul
masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri
betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang
walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik
pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca
sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak
tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk.
Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat
raya dan bersalam- salaman dengan jemaah yang
lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika
itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik
tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-
tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai
orang bertempiaran lari. Adik juga nampak
sekumpulan askar yang memegang senjata sedang
mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi
kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat
sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik
takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat
berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti
sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik.
Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik
nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik
menjerit nama walid. Manik-manik jernih
bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir
kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid
cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik
geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik
hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada
adik. Mulut walid lemah menutur kalimah
syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak
bergerak. Walid kaku.
"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik
lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai dirumah,
adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik.
Adik sebut nama walid berkali-kali.
lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai dirumah,
adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik.
Adik sebut nama walid berkali-kali.
Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama
selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok
ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa
orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang
duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang
dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang
pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid.
Selepas sembahyang adik nampak orang angkat
walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik
tidak ikut. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang
ditempatkan dalam golongan orang-orang yang
beriman.
Adik kaget. NamaIsrafil...bukan..Israel disebut lagi. Adik benci
mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap.
Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid.
Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti
abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu
tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan
abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik.
Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar
semakin mereka menghilang.
Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi
jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu
Jamal tidak muncul-muncul juga.Hampir setengah
jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul.
Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji.
Adik ingat lagi, salah satu ciri org
munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik
tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan
adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti
walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang
cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana
letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke
tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan
akhirnya Jamal.
Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut.
Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar
Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga
adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom
kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan
adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak
ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan
mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi.
Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih
bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu
kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah.
Adik menahan marah.
Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang
ummi. dik benci Israel. Seorang tentera Israel
mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan
tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan
gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru
dilepaskan, tiba-tiba.....
"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang
tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat
dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa
sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi
adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi
ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik
yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi
menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada
ummi walaupun perit.
"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik
nak jadimujahid,adik nak ikut walid dan abang"
terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping
telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya
untuk menahan air mata daripada jatuh
bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid,
abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Sumber: http://mahatera.blogspot.com/2011/05/syahid.html
# ya Allah persiapkanlah hamba mu ini untuk menjadi wanita yang tabah. Ameen.
# anak-anak murid teacher mampukah anda menjadi seperti kanak-kanak di atas? fikirkanlah.
1 comment:
salam...
masa bila adik ni tulis cita ni???
kan adik mati??
...minta tunjuk ajar ya tcer hehe...
yg benar,
-bukan student tcer-
Post a Comment