Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, August 27, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Post yang bertajuk serupa saya rasa sudah beberapa kali saya letakkan. Entah kenapa kalimah itu sangat gemar saya gunakan. Alhamdulillah. Sebenarnya tak ada kata yang boleh saya ungkapkan untuk gambarkan perasaan saya selain Alhamdulillah.

Post saya yang lalu menggambarkan betapa kalutnya hati dan fikiran saya. Hari ini bila saya tengok semula, rasa malu pon ada. Rasa nak delete saja post tersebut. Tapi saya pikir biarlah dulu, ini untuk mengingatkan saya tentang kekalutan yang saya alami.

Apakah kaitannya tajuk entri hari ini dengan perasaan saya yang lalu? Ada, sudah tentu ada kaitannya. Hari ini saya pulang lewat dan sampai ke rumah pon sudah pukul 6.30 petang. Letihnya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah tidaklah terlalu letih sampai saya mampu meng'update' blog ini. Saya lewat kerana ada meeting, LDP sebenarnya tapi malas saya nak terangkan maksudnya. Dalam mesyuarat tersebut saya tak fokus sangat sebab saya tumpukan pada buku yang baru saya beli. Haha nakal kan saya.

Baiklah, kaitannya tajuk hari ini adalah dengan buku yang saya baca. Alhamdulillah, selama ini fikiran saya selalu dirundung pelbagai persoalan, syukur pada Allah kerana Nya saya telah membeli buku ini; ISTIKHARAH CINTA.

Kerana buku ini beberapa persoalan saya terjawab. Alhamdulillah saya rasa tak rugi saya membeli buku ini. Bahasanya sangat indah dan mudah difahami. Mungkin ramai yang akan berkata bahawa buku ini bercakap tentang solat sunat istikharah dan fadhilat melaksanakannya. Dan solat ini adalah untuk menentukan pilihan cinta yang bersarang di hati kita. Ya ada kebenarannya tapi buku ini adalah lebih dari sekadar tajuknya. Ia bukan sahaja memberi garis panduan dalam melaksanakan solat istikharah, malahan ia juga menelusuri fadhilat istikharah bukan sahaja secara luaran tetapi menelusuri erti dan hakikat cinta yang sebenar-benarnya.
Dalam satu entri saya yang lalu apabila saya menulis tentang novel RAM; Sunan musafir, saya mengeluarkan persoalan; adakah cinta fitrah dalam realiti hari ini? Alhamdulillah, buku ini menjawab persoalan itu malahan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi.

Sebelum ini, dalam beberapa entri saya bertajuk MENCINTAI KERANA ALLAH dan SALAM KEBAHAGIAAN secara tersirat dan tersurat menggambarkan persoalan hati dan fikiran saya tentang cinta dan hakikat percintaan. Alhamdulillah persoalan itu telah mula terungkai setelah saya mula membaca buku ini. Malahan, ia sedikit demi sedikit telah memberi ketenangan kepada saya (melalui kisah-kisah yang penuh dengan hikmah untuk difikirkan). Dalam seminggu ini saya agak resah dan gelisah dengan perasaan tertentu. Fikiran saya berserabut dengan pelbagai perkara. Alhamdulillah saya asyik tersenyum setelah membaca buku ini. Saya belum habis membacanya, iAllah saya akan berkongsi sedikit maklumat tentang buku ini jika sudah habis membacanya (tidak boleh banyak nanti melanggar akta hakcipta).

Allah kalau ikut hati ingin saja saya coretkan segala-galanya dalam hati ini. Tapi cukuplah dulu disini.
Sebelum saya berhenti, saya kongsikan sedikit intipati cerita dari buku ini yang saya ubah sedikit sebanyak mengikut gaya bahasa saya sendiri (untuk menjaga hakcipta terpelihara). Silalah yer baca dibawah... =D

"Islam adalah agama cinta, seorang mukmin tidak akan merasa kemanisan iman sehingga dia merasai kehangatan cinta." Dr. Mahmud Asy-Syarif: Al-Hubb fi Al-Quran; Istikharah cinta: Ummu Anas, m/s 17.

"Penyerahan cinta kepada Allah akan menjauhkan diri dari dosa dan maksiat. Jauhilah cinta pada makhluk secara keterlaluan kerana ia membawa kegelisahan dan kerinduan yang melampau. Cinta hakiki dan abadi hanyalah untuk Allah semata-mata. Sebelum itu, kita mestilah meningkatkan iman den berusaha menawan nafsu." Istikharah cinta: Ummu Anas, m/s 20.

Kisah cinta Qais & Laila hingga ke syurga
p.s# buku ini sangat sesuai untuk semua orang takkira lelaki atau perempuan dan tua atau muda...

1 comment:

matdarts said...

Baca bagi habis dulu nanti pinjam k....hehe...