Make Me Strong - Sami Yusuf

Tuesday, December 3, 2013

2013....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bulan November baru sahaja berlalu dan Disember mula menjengah. Maknanya, 2013 akan berlalu pergi tidak lama lagi. Sejuta kesyukuran tidak akan dapat membayar segala nikmat daripada Allah yang Maha berkuasa.

Tahun ini, perjalanan saya semKin membawa makna kerana persoalan dan kemusykilan yang bermain difikiran selama ini, mula terjawab. Walaupon, langkah kali ini berubah rentak yakni harus dimulai semula dari permulaan. Kadangkala saya menangis, marah, benci mahupon pasrah. Seringkali juga saya menyalahkan takdir.

Saya selalu tertanya-tanya, kenapa aku mesti melalui semua ini? Kenapa hidupku dari dulu hingga kini tak pernah sunyi dari kepayahan ujian? Kenapa mesti aku melalui perjalanan ini? Kenapa aku tidak bisa merasa bahagia seperti insan lain? Salah satu suara ku berkata, jangan engkau pandang,ukur dan hisab apa yang engkau tidak dapat. Tapi hayatilah apa yang telah engkau miliki.

Aku ingat lagi kata-kata ustazahku, ustazah faisaliza ketika menuntut di Al-Maahad Mahmud. Aku bukanlah budak pandai sebab tak pernah lepas dari kelas tercorot. Subjek2 seperti Hadis, Ulum Quran, Tauhid, Fikah, UsulFiqh dll adalah sesuatu yang amat sukar bagiku berbanding subjek akademik. Begitu juga bagi kebanyakan rakan2 kelasku. Kata ustzah faisal, kalau anti semua rasa susah nak belajar subjek2 ni, niatlah di dalam hati agar ia menjadi pedoman buat kamu semua  suatu hari nanti.

Ustazah, terima kasih atas kata2 ustazah itu. Alhamdulillah, selepas itu saya tidak lagi menganggap subjek2 agama sesuatu yang asing wLaupon saya sangat2 jarang lulus. Hari ini, saya sedar betapa ilmu yang saya tuntut dulu bagaikan sebutir bintang di malam yang gelap pekat. Walaupon tidak menyinari seluruh alam, ia telah membantu saya mencari jalan dengan sedikit kerlipannya. 
Sungguh saya rindu zaman itu.

Hari ini, saya sedar saya sangat2 beruntung kerna telah lahir sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud.  Ilmu yang saya tuntut dulu, hari ini adalah sesuatu yang ramai sedang tercari cari. Rugilah mereka ynag mempelajarinya tetapi tidak memahaminya. Dan saya, masih belajar memahaminya dan kembali mencarinya. In sya Allah. Semoga dipermudahkan.

Sungguh saya masih bayi dalam perjalanan ini. Masih banyak yang harus dibaiki dan dipelajari. Saya hanyalah insan lemah. Impian saya hanya mudah dan ringkas. Tapi yang mudaH dan ringkas itulah yang sangat payah dan rumit. Semoga impian saya terlaksana jua. In sya Allah.

# buaT juragan hatiku, semakin aku ingin lepaskanmu pergi, semakin engkau berakar di hati. Mungkin ia ujian dan mungkin juga ia nikmat. Keletihan dihati ini, sering membuatku rasa ingin kembali kepada Ilahi. Sampai masa, pasti tiba giliranku pergi. Amin.