Make Me Strong - Sami Yusuf

Friday, December 31, 2010

Proton=Patriotik

PROTON INSPIRA

Cerita di sebalik tabir Proton

dipetik dari: http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2007/12/cerita-di-sebalik-tabir-proton.html

Assalamualaikum,
Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”
Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”
Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.


“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”
Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.

Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.


Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”
Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)
Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.
Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”


Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.
Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…

1. memang mereka patriotik.2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.
Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?
Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.
Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.

**** Itulah cerita disebalik tabir Proton.Mungkin penulis artikel ni merupakan orang kuat di dalam kejayaan Proton

Alhamdulillah



Bismillahirrahmanirrahim...

Rasanya ini adalah posting kedua yang menggunakan tajuk Alhamdulillah. Tak ada tajuk yang lebih sesuai selain daripada yang ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... inilah sahaja ungkapan yang boleh menggambarkan betapa bersyukurnya hati ini dengan segala yang aku miliki hari ini.

Hamba ini baru sahaja selesai membaca sebuah buku. oh tidaklah sekali-kali ingin berbangga kerana sudah membaca buku, tetapi ingin berkongsi perasaan betapa hingga saat ini, hamba Allah ini sangat-sangat bersyukur dengan segala pemberiannya. Sesungguhnya buku yang telah dibaca itu sangat membuka mata kerana ia menunjukkan yang kita ini sudah berada diambang kiamat.MasyaAllah.. hanya Dia sahaja yang mengetahui bilakah kiamat itu.

Jadi apakah perkaitan antara kiamat dan rasa kesyukuranku ini? kaitannya ialah Allah masih memberi kesempatan ke pada hambanya ini untuk terus-terusan sedar dengan segala dosa yang dilakukan dan kealpaan diri ini padaNya.

Ya Allah sesungguhnya hamba ini sangat malu pada Mu. Tidak pernahlah Engkau melupakan setiap saat walaupon hambamu ini seringkali lupa padamu. Astaghfirullah hal 'aziim.

Entahla, sudah hilang kata-kata untuk menggambarkan rasa hati yang sebenar-benarnya. Hanya Dia yang mengetahui hakikat sebenar apa yang bersarang di hati hambaNya ini.

Ya Allah berikanlah taufik dah hidayahmu pada ku ya Allah.

Seruku pada semua, bangunlah dari keasyikan dunia yang melampau. Sesungguhnya, kesedaranku ini masih belum utuh dalam menjadi benteng dari hasutan jin dan syaitan maupon ajakan nafsu dunia. Apatah lagi kelalaian, yang akan semakin membawa jauh diri kita dari Allah.
Marilah kita sama-sama keluar dari kepompong duniawi.

p.s# entry ini ataupon yang sebelomnya bukanlah untuk membesar-besarkan keadaan yang menunjukkan diri ini seorang yang sudah insaf atau seorang yang Islamik . Sungguhpon hamba ini mengaku seorang Islam. ini adalah satu usaha kecilku untuk mengingatkan diri ini jua insan lain yang sudi membaca kata hati yang lemah. Semoga Allah bersama-sama kita. InsyaAllah.




Tuesday, December 28, 2010

Sambutan Tahun Baru= Satu Konspirasi

Sambutan Tahun Baru - Siri Racun-racun Dakyah

Di petik dari: http://abu-hakeem.blogspot.com/2010/12/sambutan-tahun-baru-siri-racun-racun.html

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT berfirman -
".... Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan". (Al-Baqarah : 140)

Maaf kerana lama tidak mengemaskini sudut ini. Sebagai orang yang makan gaji, hujung-hujung tahun biasanya sibuk sikit dengan segala jenis rekod dan akaun dan ISO dan ntah apa-apa lagi la...


Tidak lama lagi kita akan berjumpa dengan tarikh yang baru. InsyaAllah, jika Allah melanjutkan lagi usia kita, dalam beberapa hari kita bertemu tahun 2011. Saya yakin, generasi baru ramai dan 99% pasti tahu tahun akan datang ialah 2011. Namun sebenarnya pada artikel ini ditulis, kita telah melewati 21 hari di dalam tahun baru Hijrah! tak ramai yang peduli dan tahu. Malah rakan dipejabat pun ada yang tak tahu tahun hijrah bagi tahun ini 1432H. malah ada yang tidak tahu kita sedang didalam bulan Muharram!

25 Disember lalu Krimas/Hari Natal.... tak perlu diceritakan sambutannya di Malaysia. Lagi-lagi bila slogan 1 Malaysia di laungkan, maka berkongsi-kongsi la kita meraikan segala perayaan. Malah ada rakan Muslim di Singapura, dengan tanpa rasa sesal menceritakan keseronokan menyambut dan menyertai perayaan Helloween!

Baiklah, itu yang nyata, kita lihat pula sambutan tahun baru di Malaysia. Kita singkap apa disebaliknya. Apa yang saya kongsikan ini adalah dari perkongsian pejuang yang lain jua... Maka, berkongsi dan dipanjangkan lah ia semoga menjadi MLM kita.



Setiap tahun... tanggal 1 Januari seluruh umat manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah peradaban manusia. Sebelah malam sebelumnya, iaitu tanggal 31 Disember, pada detik 12 malam mereka berkumpul pada tempat-tempat tertentu bagi menyaksikan hiburan, bunga api, serta pelbagai aktiviti lagi yang menjurus kepada kemaksiatan, pembaziran dan masalah sosial.

Di Malaysia, tarikh ini juga diraikan oleh sebilangan besar umat termasuk muslim. Pada hari tersebut, lazimnya akan diadakan majlis keraian yang tidak juga kalahnya dari segi kemeriahannya. Malah di media-media akan dipaparkan hiburan, pembakaran bunga api serta pelbagai aktiviti lagi.

Blog ini bukanlah blog politik yang cuba menentang arus kelaziman masyarakat atau mempersoalkan mana-mana pemimpin dalam mengadakan majlis ini.

Persoalannya di sini, wajarkah sambutan ini? Apa yang disambut sebenarnya? Tahun baru...! Bagi umat Islam, ini bukan tarikhnya. Lantas apa yang diraikan dan disambut hinggakan begitu beria-ia!?



Istilah Tahun Masehi

Perkataan Masehi biasanya dirujuk kepada tarikh tahun mengkut kalendar Gregorian. Kata ini berasal dari bahasa Arab. Awal tahun masehi ini dirujuk kepada tahun yang dianggap kononnya sebagai tahun kelahiran Nabi Isa Al-Masih, maka kalendar ini dinamakan Masihiyah atau Yesus dari Nazareth.

Manakala, istilah
'Sebelum Masehi' (SM) dirujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian besar orang non-Kristian biasanya menggunakan singkatan M dan SM. Sistem penanggalan yang merujuk pada awal tahun Masehi ini mula digunakan di Eropah Barat sejak abad ke-8.

http://2.bp.blogspot.com/_23BEdiGzv94/TRfpUjuyn6I/AAAAAAAAAN8/Kvi-yajVXz0/s400/n27119.jpg

dalam bahasa Inggeris dan dipergunakan secara internasional, istilah Masehi disebut sebagai
Anno Domini (AD) dan Sebelum Masehi disebut sebagai Before Christ (BC)

Asal Hitungan Tarikh Masehi

Sistem penentuan dan perhitungan hari, bermula dari ilmu astrologi iaitu ilmu tentang pergerakan benda-benda langit seperti matahari, bulan dan bintang. Ilmu ini erkembang sejak zaman pemerintahan Babilion kuno, iaitu lebih kurang 2000 SM.

Penentuan hari atau bulan melalui kaedah ini, tidak salah.... Malah Allah SWT telah berfirman memalui ayatNya yang bermaksud :
" Dia lah menjadikan matahari bersinar-sinar (trang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah randah_ pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)". Surah Yunus ayat 5.

Namun apa yang perlu diteliti adalah penggunaan bulan dan hari yang digunapakai oleh seluruh dunia sekarang dimana fahaman gereja mempunyai pengaruh yang besar dalam penentuan hari dan bulan, patah lagi PERAYAAN TAHUN BARU...!

Kalendar Arab Jahiliah

Di zaman pra-Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun,mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkannya sehingga kiraan menjadi begitu keliru.

Golongan Arab jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu. Mereka telah menjadikan didalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.

Mereka berasa berat disebabkan oleh musim haji yang ada kalanya berlaku pada musim sejuk. Ini menyukarkan agenda perniagaan mereka lantas mereka mengubah bilangan bulan dalam setahun semata-mata dengan tujuan untuk menjatuhkan musim haji pada waktu yang selesa dengan kepentingan diri. Begitu juga, mereka sukar hendak menahan diri daripada melakukan gencatan senjata, mengelakkan pertumpahan darah pada tiga bulan Haram yang berturut-turur iaitu Dzulkaedah, Dzulhijjah dan Muharram, lantas perubahan bilangan bulan dilakukan.

Untuk membetulkan kembali penyelewengan yang dilakukanoleh Arab jahiliah, Allah SWT telah berfirman dengan maksud :"Sesungguhnya bilngan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan)dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah Agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa"
(At-Taubah ayat 36)

Pemberian Nama Bulan Masehi

Sejak Zaman Romawi, iaitu sebelum pemerintahan Julius Caesar, mereka membahagikan bulan-bulan dalam 10 bulan saja iaitu :


1. Martius (March / Mac)
2. Aprilis (April)
3. Maius (May / Mei)
4. Junius (June / Jun)
5. Quintilis (July / Julai)
6. Sextilis (August / Ogos)
7. September

8. October (Oktober)
9. November

10. December (Disember)

Seperti kelazimannya, apabila sesuatu perkara yang mempunyai pengaruh gereja, maka ianya akan mempunyai maksud atau pengertian tertentu yang perlu kita fahami. Begitu juga dengan penentuan bulan-bulan ini dimana pemberian nama ini, ada kaitannya dengan DEWA bangsa Romawi.

Bulan Martius (March / Mac) mengambil nama Dewa Mars, manakala bulan Aprilis (April) diambil dari kata Aperiri, sebutan untuk cuaca yang nyaman didalam musim panas. Seterusnya bulan Maius (May / Mei) mengambil nama Dewa Maia dan bulan Junius (June / Jun) mengambil nama Dewa Juno.

Sedangkan nama-nama Quintrilis, Sextrilis, September, October, November dan December adalah nama yang diberikan berdasarkan angka urutan susunan bulan. Quintrilis bererti bulan kelima, Sextilis bulan keenam, September bulan ketujuh, Oktober bulan kelapan dan December bulan kesepuluh.


Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, didapati bahawa suatu ketika dahulu permulaan tarikh (awal tahun) jatuh pada bulan maret (March / Mac). Hal ini berkait rapat kaitannya dengan musim dan pengaruhnya kepada tata kehidupan masyarakat di Eropah.

Bulan March (tepatnya 21 March) adalah permulaan musim panas. Awal musim panas disambut dengan perayaan sukacita kerana dipandang sebagai mulainya kehidupan baru, setelah selama 3 bulan mengalami musim dingin. Jadi kedatangan musim panas ini dirayakan sebagai PERAYAAN TAHUN BARU setiap tahun.

Setelah beberapa ketika, bulan yang hanya terdiri dari 10 bulan itu kemudian ditambah menjadi 12 bulan, tambahan 2 bulan iaitu bulan Januarius (January / Januari) dan bulan Februarius (February / Februari).

http://2.bp.blogspot.com/_23BEdiGzv94/TRfp4dMjDrI/AAAAAAAAAOE/OmA9SnOxKRE/s400/uncategorized-janus.jpg

Januarius adalah nama yang berasal dari nama Dewa Janus, dewa ini berwajah dua, menghadap kedepan dan belakang, hingga kononnya dapat memandang masa lalu dan masa depan, sebab itu Januarius ditetapkan sebagai bulan pertama.

Februarius diambil nama sempena suatu upacara Februa, iaitu upacara bagi menyambut kedatangan musim panas. Dengan ini Februarius menjadi bulan yang kedua, sebelum musim panas datang pada bulan Maret.

Begitu juga bulan-bulan yang terdahulu, letaknya didalam tarikh baru menjadi tergeser dua bulan dan susunannya menjadi : Januarius, Februarius, Maius, Junius, Quintrilis, Sextilis, September, Oktober, November dan December.

Jadi kesimpulannya, tarikh tahun masehi yang dipakai secara internasional sekarang ini ternyata berdasarkan perhitungan astrologi Mesopotamia yang dikembangkan oleh ahli astronomi para penyembah dewa-dewa. Maka nama-nama bulan pun digunapakaisempena nama dewa dan tokoh pencetus tarikh kalendar Masehi.

http://3.bp.blogspot.com/_23BEdiGzv94/TRfozhHjpEI/AAAAAAAAAN0/Z_YyupALZtQ/s400/JuliusCaesar110908.jpg

Tradisi Sambutan Tahun Baru Masehi


Tahun Baru Masehi pertama kali dirayakan iaitu pada zaman kaisar Romawi, Julius Caesar (45 SM)untuk menghormati Dewa Janus (Dewa yang digambarkan bermuka dua, merupakan Dewa Pintu dan semua permulaan).

Kemudian perayaan ini terus dilestarikan dan menyebar ke Eropah (abad permulaan Masehi). Seiring dengan munculnya dan berkembangnya agama Nasrani, akhirnya perayaan ini diwajibkan oleh para pemimpin gereja sebagai satu perayaan "suci".

Cara Sambutan

Orang Romawi kuno menyambut tahun baru dengan saling memberikan hadiah; iaitu potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Kini, mereka saling memberikan kacang atau 'syiling' lapis emas dengan gambar Janus.

Di Brazil, pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, sebahagian masyarakat Brazil berbondong-bondong menuju pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, menanam tanaman atau buah-buahan seperti mangga, betik, tembikai dan lain-lainnya didalam pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang Dewa Lemanja, dewa laut yang terkenal dalam lagenda negara tersebut.

Manakala menurut kepercayaan beberapa masyarakat Jerman pula, jika mereka memakan sisa hidangan pesata perayaan 'New Years Eve' pada tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh.

Jadi kesimpulannya, diperhatikan bahawa beberapa masyarakat di sudut dunia ini merayakan tahun baru atas kepercayaan dan adat kebudayaan masing-masing. Maka sebagai umat Islam di Malaysia, di manakah kewajarannya meraikan tahun baru apabila tiba tanggal 1 Januari tersebut?

Perayaan ini tidak ada dalam hadith dan Al-Quran, tiada dalam adat dan kebudayaan dan tiada satu pun sejarah yang dapat dikaitkan dengan kewajaran sambutan tersebut. Jadi mengapakah perlunya kita berhabis-habisan membelanjakan wang ringgit bagi meraikannya?

Lebih bahaya lagi kiranya kita melihat dari sudut aqidah! Orang barat (Rom) meraikannyakerana menghormati dewa mereka, Janus. Kita umat Islam apa yang perlu dihormati? Dan perlu ditanya juga, pakah hukum meraikannya dan dimana letaknya aqidah kita?

Tidakkah ini jarum sulit dan dakyah barat yang telah berjaya di meterai ke dalam budaya kita, hinggakan sambutan ini menjadi satu kemestian yang perlu diraikan setiap tahun...!


Wallahua'lam...



nota : sebahagian isi artikel ini adalah dari karangan Saudara Nazri Zakaria dari buku Rahsia untuk Umat Islam... sila berikan kredit kepada beliau bagi mana-mana salinan.

Tiada hakcipta didalam Islam.

Sunday, December 26, 2010

Punk=Yahudi

Hubungkait muzik Punk dan Yahudi


Oleh: Alexanderwathern

(http://myalexanderwathern.blogspot.com/2009/07/yahudi-dan-muzik-punk.html)

Kita tahu penjenayah Yahudi berada di sebalik dunia hiburan. Mereka mencatur pelbagai perkara berkaitan dunia hiburan termasuklah berperanan penting menentukan muzik kegilaan semasa. 60-an, disko, rock, rap, hip hop, death metal, alternative dan lain-lain mempunyai era masing-masing. Salah satu cabang dalam rock, yang zaman emasnya sudah lama berlalu tetapi masih mendapat tempat dalam kalangan muda-mudi ialah muzik punk.



Punk rock meletus sekitar awal 70-an terutamanya di United Kingdom dan Amerika dengan kumpulan-kumpulan seperti The Ramones, Sex Pistols, The Damned, The Clash dan lain-lain menjadi peneraju umatnya. Tommy Ramones (lahir 1949 di Hungary) dari kumpulan The Ramones bukanlah nama sebenar individu itu. Dia seorang Yahudi dengan nama Tamas Erdelyi. Seorang lagi nama besar dalam arena muzik punk ialah Dick Manitoba (lahir 1954 di New York) dari kumpulan The Dictators. Nama sebenarnya ialah Richard Blum, yang juga seorang Yahudi. Seorang peminat punk seakan-akan dianggap berdosa sekiranya tidak mengenali kedua-dua orang tokoh ini.



Kumpulan Ramones yang popular dengan lagu ‘Blitzkrieg Bop’ dianggotai oleh individu yang rata-ratanya mempunyai pertalian dengan Yahudi. ‘Godfather’ punk iaitu Lou Reed (lahir 1942) dari kumpulan Velvet Underground sendiri seorang Yahudi. Dikatakan banyak istilah dalam punk berasal daripada perkataan-perkataan bangsa Yahudi iaitu bahasa Ibrani (Hebrew).



Dipercayai mereka ini menganggotai pertubuhan-pertubuhan gelap Yahudi yang beroperasi di seluruh dunia. Pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh pelbagai orang kenamaandalam pelbagai bidang ini saling lonjak-melonjakkan sesama mereka atas kepentingan-kepentingan Yahudi antarabangsa.



Anda turut sama memperjuangkan apa yang mereka bawa? ..........



ps : Paul Stanley (lahir 1952 sebagai Stanley Eisen) dan Gene Simmons (lahir 1949 di Haifa, Israel sebagai Chaim Witz) dari kumpulan rock n roll lagenda KISS (Kill Islam, Support Satan?) ialah Yahudi.

KERANA ALLAH

TUNTUTLAH ILMU KERANA ALLAH JUA.

KERANA DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI..

Bersabda Nabi saw:“Barangsiapa menuntut ilmu di antara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperoleh harta benda duniawi, maka orang itu tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat”– Ihya Ulumiddin Jld.1 hal.233.


Pernah satu hari aku memanggil semua pelajar-pelajar tingkatan 5 ke dewan sekolah. Niat di hatiingin menyampaikan sedikit pesanan. Pesanannya ialah belajarlah kerana Allah. oleh itu inginlah hamba yang hina dan dina ini menyeru sekali lagi kepada pelajar-pelajar(termasuklah kepada semua bekas pelajar saya dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini)

Dalam kita menuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah. Sesungguhnya ilmu yang kita dapati itu bukanlah milik kita tetapi Allah jua.

Sekalipon kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, kejayaan itu jua milik Allah yang Esa. Tanpa izinnya, setiap kejayaan itu takkan dimiliki.


Sesungguhnya segala sesuatu di alam ini milik Allah yang Esa jua. TanpaNya, siapalah kita.Hanya makhluk lemah ciptaan Tuhan Sekelian Alam.

Monday, December 20, 2010

Sunday, December 19, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah my parents have safely returned back home. Thanks to Allah for his blessings both of them had completed their hajj successfully. i hope one day i would be able to fulfill the last pillar of Islam and simultaneously completed all five pillars of Islam In-sya-Allah. Hopefully next year i would be a better moslem and i would be 'istiqamah' in my 'ibadah'. Please pray for me .

Alhamdulillah as well to all my students(Lithium) who had managed to face their battle in the spm. All i can say is their effort will be seen in their results in-sya-Allah.Now they have to keep praying to Allahasking for his help for that is the only way or only last effort that they can do. In a nutshell, what you give you get back.

My prayer is always for the best. In-sya-Allah..