Make Me Strong - Sami Yusuf

Thursday, November 27, 2008

miss my students...

salam...
days are not always clear..nights are not always dark... life is always full of blessings.. SPM has ended..only God knows what i feel inside... the feeling of missing my former form5 students...huhuhu... next year i am going to look at the classes with different faces...oh how i am going to miss them... i miss them all..

Sunday, November 23, 2008

Redho....



i reread the article about Cinta Kerana Allah... i read it and try to understand its meaning and moral values in depth...then, my heart which before was in despair, begins to see its light... i realise and understand the true meaning of fate and destiny....nothing could be done but just accept the destiny destined for us... what i can do now is pray for blessings...i also hope and wish that Allah will bless him and his future with happiness and success... there is a saying says that; a true love is when you see him happy with his love one, you would be able to smile and say; i am happy to see you happy.....

# now i want to say; dear, i hope that Allah will bless you with happiness and success..for you too mr.Z..

Saturday, November 22, 2008

YA ALLAH...



ya Allah aku ingin mencintainya kerana mu...
ya Allah, i want to love him because of you..

G.L.O.O.M.Y

i cant remember my last entry written in English...well anyhow i guess it's time for me to write in English back....

so many things play around my life lately...despite my schooldays ended a week ago, i am now not really in the mood to enjoy my holidays...why?? because i am broken hearted...

he is not a perfect man yet he is perfect in his own imperfection...
i have been so strict with my heart before i met him...with him, i have opened all those soft spots to devour the sweetness of love....yet the bond was just for a while...thanz to my lil bro and mr.Z for being there for me...i wish i could talk to hanef but he seems so busy that i don't want to interrupt him....

now i am in the process of getting use of not smsing him, calling him, seeing him, hearing him...
all that i have now is missing him so badly...

i wanted to go back to the day that we were just friends...i could talk to him, sms him, and even see him... now i couldn't...it is so hurtful..

i am praying to Allah to give us some peacefulness, forgiveness as well as blessings.. i wish we can have a better future... now i am trying so hard to get over this gloomy life...

thanks to mr.z for the advices and support....you are so sweet...i am so sorry for disappointing you... but things have happened...

now i am trying to stand strong with the only pride that i have... everyone, please pray for my happiness...

i miss you



i miss you...i don't now what to do...i can't forget you....i wish you too....
i miss you...baby...really...i really miss you....

Wednesday, November 19, 2008

Cinta Kerana Allah...

Dipetik:www.exmaahadian.com oleh:aishahumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tuesday, November 18, 2008

dia

dia..
tidak lama ku kenal...
tapi kasihnya, memakan jiwa,
meninggalkan luka,
buatkan tidur malam ku
diiringing tangis
sendu hati yang kecewa..

dia...
membuatku rindu tak keruan waktu,
dengan merayu keintiman kasihku,
memagut kemanisan senyumku,
puas meramas sejambak hatiku,
pergi dgn ucapan
cinta ini satu ujian
harus diakhiri agar noda
tidak bertambah celanya...

aku...
terpaku-paku...
belom habis madu ku telan,
racun pula ku makan...

Monday, November 17, 2008

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali Karamallahuwajhah

Friday, November 7, 2008

Trip to Taiping Perak in memory


Tanggal 31 October aku dan 3 cekgu lagi dan 29 anak2 muridku yang lain telah pergi melawat ke Perak...kenangan yang tak dapat dilupakan... Kami bertolak pada petang 31 October pada pukul 3.30....perjalanannya Alhamdulillah berjalan lancar.... dan kami tiba di Taiping dengan bertandang ke SERATAS sebagai port untuk bermalam... Terima kasih warga SERATAS atas segala jasa baik anda...


Inilah 2 orang pelajar yang sangat bagus hospitality dia...tahniah SERATAS for producing such good students..ish dah tak ingat dah nama depa...tapi comey nih...

Tempat lawatan pertama yang kami lawati ialah Safari (z00 Taiping)...mmm sampai sakit2 kaki gakla melawat Safari nih...tapi seronoklah sebab kali nih kami pusing zoo Taiping sambil jalan kaki bukannya naik keretapi mini...

Perasaannya; gelap, enjoy, penat, sakit kaki and lapaq =) + kasut sembonia lunyai + muka berminyak =))


sempat posing dgn anak gajah..eh zirafah...pandai posing tau anak zirafah ni...sayang gelap skit gambaq belakang tuh...

Penat pusing Safari, stop sat amik gambaq.... tgkla betapa berminyaknya muka aku...haha


semua orang keletihan...pakat check handphone and camera masing2 tgk gambaq...hehehe

perasan tak budak yang dok sebelah lidia tuh...tgk kasut dia....tgk kasut aku (err nampak ke)

Tengokla...kan dah cakap dia pandai posing...=))


Badak nih bukan putus dua ya... ada dua ekoq tuh...hahahaha...


Apa benda nih...ish-ish reserve di melayukan jadik reseb??? Biaq betoi...

Anak saper ni wei...hehehe budak comey yang baik hati...

Aku Wanita

Aku bukannya minat sangat Siti Nurhaliza nih... tapi lagu nih cakap pasal wanita yang mana aku juga seorang wanita...so aku rasa terpikat pada lagu nih...

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Chorus:
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

ha a a...

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita... ooo...
Ku wanita... uuu...
Wanita...
tiada nama...
tiada rupa...
tiada suara...
tiada bayangan...
tapi ada satu kerinduan
meramas hati yang lemas dalam kesepian...

#tengah dok lepak2 tetiba dapat ilham...dok tengah syok tulis tuh tetiba plak ilham hilang...so kat sini ja lah kot..

Thursday, November 6, 2008

Muka kecik....

Satu hari aku berbual dgn kawan via sms....dok sembang2 dia tanya soklan cepumas. 'Naper tak kawen lagi?'..aku pon jawab..'tak lawa tak dak sapa nak..dah tu plak gemok..org zaman la nak yang cun-cun and kuruih ja.'
disebabkan kawan tuh taknah tgk secara alam reality, tapi dok tgk kat gambaq ja, dia pon kata; 'awat dalam gambaq nampak comey ja.takkan takdak org nak?'..
dgn selambanya aku pon jawab; 'oooo muka saya memang fotogenik.' hahahaha...

merujuk perbualan di atas yang memang berlaku aku teringat kata-kata Yasmin dan beberapa kawan aku yang lain..depa dari dulu dok heran dgn muka aku..depa kata aku ada MUKA KECIK!! apa rasionalnya muka aku kecik?? mesti tak faham kan...

Baiklah aku ni jenis wanita yang bersaiz L..so kadang-kadang bila dalam gambaq yang amik bahagian muka saja, tak nampak pon aku nih jenis besaiz L.. ditambah dgn kecomelan aku n ke fotogenikan aku nih, org akan ingat aku nih bersaiz S@M..

tak caya tgk nih;kat bawah la..




comel kan hahahahaha (perasan lak aku nih)...gambaq nih antara the latest pics yang aku ada...so tgk plak gambaq nih..



mcmna..aku nih chubby kan...hehehe...

Wednesday, November 5, 2008

Kehidupan....


i wanted to say something...but suddenly my students came and we began talking about their life....about their upcoming future after the big examination, SPM... it was never boring when talking about their future, and sometimes about my past ( i was sharing my experiences!!daaa =p).... so after a while they went away for their own business.. i was left alone in the teachers lobby(so not like what you guys think)accompanied by those windows 2003 PCs... then i began typing my words... suddenly everything came out of my mind... now i realised that life is never easy (always realise about it) but sometimes you do enjoy those bitter sweet moments in your life...

So, right now i just wish that life goes on with the way it should be with its ups and downs ... Therefore, in the end i would remember and reminisce its moments with tears of gratefulness to the Almighty for giving me the chance to taste the fruit of life.. Thank You Allah....

Saturday, November 1, 2008

Rindu....


Rindu.... sejak beberapa hari ini aku sering di landa rindu...
Sukar nak ucapkan rindu pada siapa...
Tapi rindu ini adalah buat si dia...
yang ku nanti dan kutunggui sekian lama...
ingin ku lempiaskan rindu yang penuh dengan warna keresahan
dengan membasahi dada kasihnya...
Ya Allah, bantulah hamba mu yang hina ini
mendingini hangat rindu yang mencengkam dadanya..