Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, June 30, 2012

Ya Allah Gembiranya Hati Ini Dengan Kurniaanmu

Assalamualaikum,

Perasan tak dengan tajuk kat atas? yer, saya bersyukur dengan Allah SWT di atas kurniaanNya. Segalanya! Nikmat yang Dia beri tak terbalas. Kalau nak bertahmid ALHAMDULILLAH 1000 000 tahun pon tak cukup nak balas segala Rahmat yang diberikan.

Seperti semua sedia maklum, saya nih sedang berada dalam keadaan 50-50 (haha saya tak tahu nak describe) kadang-kadang saya ok, dan kadang-kadang saya tak stabil either emotionally or mentally. Keadaan ini selalu buat saya sedih sebab takdak tempat nak release. Semalam saya sempat buat blogwalking sebelum tidor, ada terbaca yang kalau kita nak release tension peluklah bayi/kanak-kanak kecil atau binatang kecil i.e anak kucing (iyelah binatang apa lagikan yang logik nak peluk, anak monyet? atau anak wufwuf? ee najis). Saya memang suka kucing. Sejak saya sekolah rendah sampai kerja kat rumah mesti ada at least seekor kucing. Kucing saya yang last huhu arwah cici (boleh ker ni panggil) menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2008 pada usia lebih kurang 8 tahun.Saya tak pasti lah saya ada letak posting pasal arwah cici dalam post tahun tersebut. I love cici. Sebelum cici meninggal, saya sempat bermimpi melihat rohnya dalam bentuk manusia (ya Allah betul ke tak ni). Saya rasalah itu roh cici coz malam itu, saya sakit kepala yang amat-amat sangat. Entah kenapa cici pon malam itu nak tidor sekali dengan saya. Saya tutup pintu bilik dia terus pangil-pangil. Disebabkan cici nih jenis pembersih dan tidak 'membuang' merata-rata, jadi saya benarkan dia masuk. Sakit kepala tuh sangat lah teruk sampai saya tidur orang kedah cakap tak sedaq habaq. Saya pon bermimpi, ada seorang pemuda yang sangat putih melepak dan pakai baju putih bersinar macam kat iklan sedang picit-picit kepala saya, hahaha (jangan nak speculate noooo). Entah macamna, saya terjaga, dan saya perasan kucing saya sedang picit-picit kepala saya. Aduh leganya, pandai jugak cici ni mengurut macam kak sitinya. Bila pikir-pikir balik mungkinkah itu gambaran roh cici? Sebabnya arwah cici tuh memang kucing putih. Takdak langsung warna lain but white. hahaha mengarutlah saya ni.

Ok back to kenapa saya happy. Saya dok idam lama dah nak bela lagi kucing, tapi my mom said no no no.. sebab takot kotor dan macam-macam 1001alasan lagi. Sejak saya sakit nih, saya selalu murung. So, sekarang my mom dah bagi green light! yee haaaa angrek angrek yariva.... Sebenarnya dah 2 malam dok dengar anak kucing menangis. Saya memang lah tak senang hati dengar especially semalam. Nyaris-nyaris nak buka pintu umah pukol 4 pagi coz kesian dengaq dok teriak miaow mioaw... Pagi tadi, dok melepak-lepak kat sofa (macam kucing ada favourite spot) saya dengaq dia menangis. Saya pon pi tengok, memang anak kucing, kesian sangat. So sejak pagi tadi saya dok melayan si anak kucing nih. mak dia dan adik badik dia dah kena buang kot. Mak tengok saya dok main-main dengan anak kucing, dia tanya "mai mana?" saya cakap, "ntah, Allah hantaq kot" hehehe...so my mom said "bela pi lah, tikus pon banyak nih". Ha apa lagi hati ku pon berbunga riang lah... tapi ada sedikit halangan coz my dad and my sis tak suka pulak... tapi takpa coz kat umah nih kuasa veto dia adalah MAI's MOM!!

Oklah saya dah namakan dia sempena nama kucing Rasulullah. Taktaulah betoi ka dak tapi saya ada post satu artikel yang saya copy dari satu blog, ada mention nama kucing nabi ialah MUEZZA.. dan apa yang bagusnya, Mai's Muezza menyahut when i called her so... Alhamdulillah.. Ya Allah saya bersyukur sangat, dengan nikmat ini... Syukur... Ameeen... (everytime mention syukur selalu ingat kat abang, nama dia Mohd Syukur)...

So tengoklah my new baby  ^____^ --------> kat bawah ya... =D






p.s# nampaknya banyak perkara yang saya kena uruskan nanti berkenaan MUEZZA.. dia dah tidor sebab letih kena buli dengan ciksiti tadi kena paksa mandi hohoho... tidor atas riba lagi... bye...

Friday, June 29, 2012

Puisi Hatiku




Tadi sambil melepak atas sofa, ayah bukak tv dan ada cerita melayu. Pelakon dia Aida Aris. Sedih jugaklah cerita dia, tapi saya tengok gitu-gitu jah tak focus sangat. Tang part sedih tu, background music dia best. Saya pon entah macamna mailah ilham lirik untuk lagu tuh. Tapi dah ubah dan tambah-tambah sikit sebab dah lupa. Lebih kurang macamnilah puisi/lirik tuh; baca kat bawah..

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Dengarlah rinduku, Allahu akbar
Dengarlah rasa sedihku, ooh Allah
Dengarlah rintihan hatiku, Allah oh Allah
Pada Mu lah aku mengadu, Allahu akbar
Pada Mu lah aku merayu
Ooh Allah oh Allah
Ubatilah hatiku, balutilah lukaku
Ooh Allah
Berilah cinta Mu
Kurniakanlah Redho Mu
Oh Allah pada diriku
Hamba Mu.
Aku merayu  pada Mu oh Allah
kerna Engkaulah Tuhanku
Engkaulah Penciptaku
Kasihanilah Daku
Oh Allah aku dambakan cinta Mu.







Gambaq baru lagi...

Assalamualaikum,

sebenarnya saya nak letak satu puisi yang tadi saya baru dapat ilham. Tapi disebabkan puisi itu ditulis dalam kepala (=D) mestilah sudah lupa.  Jadi saya bubuh dulu lah gambaq yang saya amik minggu lepas. Gambaq ini diambil sebelum saya pergi sekolah dan sebelum "Kejadian paling menegerikan" buat saya dan anak-anak murid 4s (maafkan teacher ya semua)..

Saksikanlah gambaq-gambaq nih....



p.s#  Kalau dilihat betol-betol, gambaq matahari pagi itu warnanya sangat lainkan. Apakah ia satu petanda?
p.s.s# Mesti semua orang hairan kenapa 'spot' pokok tuh jadi kegemaran saya. Saya pon tak tau sebenarnya tapi ia memang spot yang best. Lagi satu bukit di sana, ada banyak rahsia tau..

Wednesday, June 27, 2012

MAMPUKAH AKU?

Assalamualaikum,


Herankan dengan tajuk kat atas. Iya, mampukah aku meneruskan perjuangan ini yang semakin hari semakin sukar. Tapi, In-Sya-Allah akan aku laksanakan juga biarpun hingga ke nafas akhir. Alhamdulillah, tika ini aku telah diberi sedikit kekuatan oleh Allah SWT untuk mencoretkan sesuatu. Bagi yang mengenaliku secara dekat, mesti tahu keadaan kesihatan ku yang kurang elok. Kondisi mental dan rohaniku sangat tidak stabil. Jari-jemari ini mengetuk papan kekunci dengan sedikit terketar-ketar. Apa pun alhamdulillah ^__^ iye dok?


Ok, apakah yang inginku katakan hari ini ya? mmmm sepanjang hari ini walaupon kadang-kadang emosiku agak tidak keruan, aku banyak berfikir. Antara yang aku fikirkan ialah tentang KHADIJAH BINTI KHUWAILD & RABIATUL ADAWIAH. Apa yang membuatku boleh berfikir sampai ke situ?


Satu hari aku pergi berjumpa dengan seseorang yang 'arif''. Dihujung perjumpaan itu aku ingin suarakan sesuatu, tapi tidak di utarakan. Peliknya, beliau berkata seperti tahu isi hatiku, "Muhammad Al-Amin itu penjaga amanah yang  jujur dan lagi mulia …. Khadijah Khuwailid itu seorang hartawan lagi dermawan..”. Adalah lagi kata-katanya yang aku kurang faham dan jelas. Tapi, aku fikir aku faham maksud tersiratnya.


Jadi, hari ini aku pon 'search' lah kat tenet ni tentang siapa Saidatina Khadijah binti Khuwailid ini. Jumpalah kisah hebatnya beliau tuh kat SINI. Aku malas nak copy paste sebab banyak sangat artikel sama dah digunakan kat blog-blog lain. Ma-Sya-Allah hebatnya isteri pertama baginda Rasulullah SAW.  Aku nih, kat post-post lama asek cakap nak jadi macam beliau, tapi tak kenal beliau betol-betol, ish buat malu sahaja. Aku pon jadi terfikir, yang mana lagi susah, nak jadi seperti Saidatina Khadijah ker atau seperti Rabiatul Adawiah?


Mari kita tengok, jadi isteri solehah lebih senang atau nak jadi wanita solehah lebih senang. Mari ^__^...


1. Ciri-ciri wanita solehah:

  • Mendirikan solat tepat pada waktunya
  • Tak  mengeluh pada masalah yang remeh dalam kehidupan hariannya
  • Tak meninggikan suara ketika marah
  • Sopan santun perilakunya
  • Sentiasa menjaga maruah dan pakainnya
  • Pandai mengambil hati orang tua
  • Mentaati perintah Allah dan menghormati orang yang lebih tua darinya
  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Menjadi contoh yang baik pada adik beradik mahupun orang sekelilingnya
  • Murah dengan senyuman
  • Sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Allah sebagai tebusan dosa yang telah dilakukannya
  • Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,saudara mahupun sahabatnya
  • Sentiasa berhati-hati dengan apa yang dimakannya
  • Menyayangi haiwan serta suka pada alam sekitar
sumber: http://blog.radhio.com/2012/04/ciri-wanita-solehah/
saya tambah sikit lagi: rajin berzikir dan berqiyamullail (iyelah kan nak jadi seperti Rabiatul Adawiah)

2. Ciri-ciri Isteri Solehah
  • semua ciri-ciri wanita solehah kat atas kena wajib ada
  • tambah dengan ciri-ciri seorang isteri yang baik --> klik kat sini jerlah
  • atau senang cakap jadi isteri yang taat pada suami.
tapi bagaimana nak taat pada suami? 
ini kot?
10 Ciri-Ciri Isteri Solehah
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
saya tambah: kalau nak bangun malam kena minta izin, kena dahulukan ibubapa suami dari ibubapa kita, nak keluar atau buat apa-apa kena mintak izin, kena dahulukan suami dari keninginan kita atau anak-anak. 
Saya ada banyak lagi senarai ciri-ciri isteri solehah, nak dekat seratus. Ish tak taulah mampu ke tak ikut dari senarai tuh. 
 Kesimpulannya, sebenarnya lebih susah nak jadi seperti Saiyidah Khadijah binti Khuwailid atau mana-mana isteri-isteri para nabi yang solehah. Atau paling kurang isteri-isteri solehah. Sangat susah sebenarnya. Ini mengingatkan saya pada seseorang yang saya kenal yang saya panggil kak Kama. Dari segi penampilan beliau memang bertudung litup bak kata menutup aurat seperti muslimah sejati. Saya suka perhatikan dia. Apabila kami rakan-rakan sekerja perempuan "berbual" dia jarang turut serta. Kecuali hal-hal yang sepatutnya. Disebabkan dia ada anak kecil, dia tidak pernah jemu mengepam susu untuk anaknya itu. 
Pernah saya berbual tentang apa yang nak di masak untuk berbuka puasa tahun lepas dengannya. Tika itu, kak kama sedang sarat mengandung, saya pon berkata; "eh kak kama masih memasak lagi?" beliau menjawab, suami dan anak-anak suka makan masakan rumah kenalah masak. Bayangkanlah keadaannya yang mengandung 6-7 bulan masih sibuk memasak dibulan Ramadan.
Tahun ini sedang saya melepak-lepak di surau (lelap jap hehe) kak kama seperti biasa kutemui, entah bagaimana kami berbual tentang masakan (biasalah pompuan). Saya pon cakap, "kak kama nih taat sungguh". Dia jawab sambil senyum, "taat tuh memang senang cakap tapi nak buat taat tuh susah sebenarnya". Sebenarnya kalau nak cerita siapa kak kama nih memang tak larat nak taip sebab saya dah berpinar dah mata ha.Apapon, saya akui susah sebenarnya nak jdai ISTERI SOLEHAh. Sebab tuh, kalau dah jadi isteri solehah sebelah kaki sudah dalam syurga. Allahuakbar! 
Jadi bagi yang sudah bergelar isteri, berusahalah untuk buat yang terbaik bagi menjadi isteri solehah. Dan bagi yang belum lagi bergelar isteri, berusahalah kearah itu dengan berusaha menjadi wanita solehah dulu.
Aku? Aku belum berada di mana-mana lagi. Ya Allah jadikanlah aku seorang anak yang Solehah, Wanita Solehah dan akhirnya mengecapi nikmat ISTERI SOLEHAH in-Sya-Allah. Ameen..

p.s#  tapikan, kalau jadi Rabiatul Adawiah pon bagus juga. hehehe kalau saya tak kawen harapnya dapatlah sampai tahap beliau. In-Sya-Allah

Tuesday, June 26, 2012

FRAGILE WORLD

ASSALAMUALAIKUM,
INDEED WE ARE LIVING IN A FRAGILE WORLD. SOME WHO HAVE GONE TO THE SUFI'S WORLD SAID THAT THIS WORLD DOESN'T EVEN EXIST. WELL WHAT EVER IT IS WE ALL ARE FRAGILE AND THE ONLY SOLID ONE IS ONLY ALLAH SWT.

ANYWAY, I WOULD LIKE TO SHARE SAMI YUSUF'S LYRICS WITH ALL READERS; FRAGILE WORLD. PLEASE READ AND COMPREHEND THE MEANING AS IT IS SO DEEP AND SPIRITUAL.

COME LET'S READ THE LYRICS..... :-)


I know that I’m not alone
What I’ve seen, has been seen before
But it hurts just like a thorn
A pain I’ve never felt before
My heart says: “Just speak the truth”
But my mind says: “Don’t be a fool”
Need to get something off my mind
Don’t let this silence be misunderstood
I don’t know where my heart will take me
But I know your light will protect me
From this fragile world
I don’t know where I’m destined to be
Rich or poor, famous, loved or lonely
But I know, without your light I’ll never cope
In this fragile world
Did you think you can silence me?
With your lies, games and deceit?
You can continue robbing me
But you won’t rob my dignity
I know that life is just a game
An illusion that will fade
Cheat and lie, have it your way
But you can’t cheat death, no way
I don’t know where my heart will take me
But I know your light will protect me
From this fragile world
I don’t know where I’m destined to be
Rich or poor, famous, loved or lonely
But I know, without your light, I’ll never cope
In this fragile world
Life’s just a game
An illusion that will fade
Cheat and lie have it your way
But you can’t cheat death, no way
I don’t know where my heart will take me
But I know your light will protect me
From this fragile world
I don’t know where I’m destined to be
Rich or poor, famous, loved or lonely
But I know, without your light I’ll never cope
In this fragile world
Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf
OOO YOU CAN LISTEN TO THE SONG HERE AS WELL  ..... 


Tuesday, June 19, 2012

Apo nak dikato...

Hehe lawak tak tajuk kat ateh... mmm sebenarnya saya nak post something, tapi tak tau nak kata apa. Saya tak sehat sangat sehari dua sampai kena amik MC 2 hari. Sakit kepala dah 2 hari tak hilang-hilang, ia on off kejap-kejap mcam tuh jer. Sejak semalam badan rasa lemah semacam dan dalam fikiran macam-macam yang muncul.

Akhir-akhir ini saya tak pasti mana satu realiti mana satu ilusi. Bak kata bro Sami Yusuf, life is just a game, an illusion that will fade. Patut kah saya percaya dengan apa yang saya rasa? Atau ia hanya sekadar ilusi? Jika ia hanya sekadar ilusi, kenapa ia sering datang bertandang? Allah... itulah sahaja perkataan yang saya boleh sebut. Ya hanya Allah yang mengetahui. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Hujrat, ayat 18; yang bermaksud:


18:  Sesungguhnya Allah mengetahui keghaiban di langit dan di bumi. Dan Allah adalah al-Basir (Maha Melihat) terhadap  apa yang kamu kerjakan. 
http://qurannet.tripod.com/049hujurat.html

Saya sekarang sangat kebingungan. Terlalu banyak persoalan di benak fikiran saya. Ingin sekali saya suarakan persoalan-persoalan ini kepada sesiapa, terutama seseorang yang saya kenali dan telah mencuit sanubari ini. Tapi apakan daya saya tidak mampu. Saya belum diizinkan Nya.

Yang pasti telah saya sandarkan sekeping hati ini pada Sang Pencipta Sekalian Alam ini, dan saya pasrah dengan segala ketentuan Nya. Kerana Dialah yang memiliki tubuh dan jiwa saya.

Wassalam...

p.s# hayatilah lagu ini ya...my favourite singer ever---> brother Sami Yusuf...


Monday, June 18, 2012

Doa Rintihan Rasulullah = Rintihan Hatiku

Assalamualaikum, di bawah adalah doa dari Rasulullah tercinta ketika meyebarkan dakwah baginda di Thaif. Saya petik dari SINIYa Allah hati hamba mu ini sungguh pilu dan lemah sekali. Sudah terlalu banyak yang ku hanrungi tetapi belum jua ku temui jalan menuju Redho Mu. Bantulah hamba Mu ini ya Allah.


Jemputlah membaca doa di bawah buat menenangkan hati-hati yang sedih dan gundah. Silakan.


"Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku? "

"Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali denganMu "

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

"Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu."

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/06/doa-rintihan-rasulullah-ketika-di-thaif.html#ixzz1y8pFa1NA


Saturday, June 16, 2012

Sebuah Puisi Seorang Hawa


dia
sebuah nama yang belum tereja
dia
sebuah rupa yang belum tersketsa
dia
sebuah sosok yang entah dimana
dia
calon nahkoda
sebuah biduk rumah tangga
dia
kuyakin ada
karna hati yang merasa
Rabbana
Jaga ia dimanapun berada
Mudahkan langkahnya
Tunjukkan jalannya
Luruskan niatnya
Bulatkan tekadnya
Mantapkan hatinya
Berkahilah rizkinya
Hingga akhirnya
KAU pertemukan aku dengannya
Dalam suatu ikatan suci nan mulia

NEW PICTURES!!

Assalamualaikum...

Hari ni walaupon mood tak berapa baik (disebabkan radar saya kena sekodeng... oh bukan sekodeng yang macam tuh hahaha) saya teringin nak letak gambar lagi... tapi gambar-gambar nih yang lama punye. Saya baru transfer dari handpon pening-pening lalat saya W100i(macam tuan dia jugak). Apa lagi tengok jerlah...
Kat bawah yer... muahs... hehe


 1. 2 Gambar kat atas nih di ambil kat Saina... saya ambil sebab awan die unik. Kan!

2. 3 Gambar kat bawah ni saya ambik kat umah, 
yakni masa nak poi sekolah. Sama area dengan 1 gambar semalam.  
Do mind the sun reflection, it's due to my car winshield.. hehe kotor sket..


 3. Ok 3 lagi gambar kat bawah nih adalah gambar dekat Genunung Jerai... 
Saya ambik masa/before nak bertolak ke Terengganu somewhere in March.
 Ala perkehemahan KPA3 peringkat kebangsaan.



Cantikkan gambar-gambar kat atas? HAyatilah sambil bertasbih dan bertahmid. Bye semua.
p.s#InSyaAllah esok ingat nak amik lagi gambar coz memori henpon dah kosong sikit... 

Friday, June 15, 2012

Ciptaan Allah Subhanahuwataala... Hebatnya

assalamualaikum, salam pagi Jumaat...

Ketika jari jemari ini sedang sibuk menaip-naip jam menunjukkan 9.09 am.. cewah ala-ala blogger Si Merah Silu. Keadaan saya Alhamdulillah, semakin sehat hendaknya dengan izin Nya juga walaupon tidaklah 100%. Apa pun kesihatan mental dan rohaniah saya semakin pulih... Wah macam dramatik jer kan ayat... Syukur pada Allah.

Okaylah back to the main topic seperti tertera pada tajuk, saya berhajat nak letak beberapa gambar pemandangan yang saya kira agak cantik pada pandangan saya. Tak banyak pon sebenarnya, tetapi harapan saya agar pengunjung blog ini yang tak ramai mana tuh akan menghayatinya dan berfikir sejenak tentang keEsaan Allah Subhanahuwataala dan betapa indahnya Ciptaan Nya untuk kita hayati. Jadi jemputlah tengok ya...

Kat bawah sini ok.. :-)



Cantikkan kedua-dua gambar ni. Gambar atas saya 
ambil sudah agak lama (dalam 2 minggu ke sebelan kot) 
tapi gambar kedua tu saya ambil pagi tadi. Lepas pergi beli breakfast.
Gambar ni dekat jer dengan umah saya.
Untuk pengetahuan semua, pemandangan dari lebuhraya baru Langgar ke Pokok Sena
adalah sangat cantik dan mengujakan diwaktu awal pagi dan di waktu petang atau hampir senja/maghrib.
Tak percaya, cubalah jalan-jalan kat sini pada waktu-waktu tersebut. 
MaSyaAllah sangat cantik.

p.s# pemandangan di waktu awal pagi adalah bermula antara pukul 6.30-8.30 (bergantung pada cuaca dan waktu matahari terbit)
p.s.s# pemandangan di waktu petang/hampir senja@maghrib adalah bermula seawal pukul 5.45- 7.45 (juga bergantung pada cuaca dan matahari)
p.s.s.s# untuk senang pergilah ditengah-tengah antara masa diatas. InSyaAllah, dapatlah saksikan kehebatan ciptaan Allah ini. 

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Saturday, June 9, 2012

Lagi-lagi artikel untuk bakal isteri

Aassalamualaikum,
entah kenapa malam ini saya ada sedikit mood untuk post artikel. Mungkin kerana fikiran dan hati saya sudah sedikit tenangAlhamdulillah. Walaupon ia hanya cedokan dari blog orang lain, tapi saya sangat suka isinya. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya kenapa saya tiba-tiba berubah mood, inilah jawapannya.

ISTERI SOLEHAH

Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)


Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
 

p.s# saya bukanlah perempuan/wanita hebat lagi mulia. malahan banyak sekali dosa. suatu hari ketika berbicara dengan seorang sahabah, kami bercaakap tentang kawen. saya seperti biasa selalu berkata pasrah andai kata tidak berkahwen sampai mati. tapi sahabah saya itu bercakap, "mai jalan paling mudah untuk masuk syurga adalah kahwen". semoga Allah memudahkan saya untuk mengecap erti perkahwinan walaupon seketika kerana ia adalah jalan mudah dalam mencari redhoNya. Semoga saya mendapat suami soleh dalam menelusuri jalan itu. Juga semoga Allah membuka pintu hatinya untuk saya. InSyaAllah.

New update??

Alhamdulillah, esok sekolah dah mula balik. MaSyaAllah betapa padatnya cuti kali nih saya hanya ada 3 hari jer duduk di rumah.  Harapnya hujung minggu ni teman tak bertugas. So dapatlah berehat cukup-cukup. Walaupon teman pergi berjalan dari Ipoh ke Banting dan akhir sekali ke Besut Terengganu, tak banyak gambaq yang teman amik sebagai kenang-kenangan. Adalah satu dua yang sempat amik.

Sebenarnya sepanjang cuti banyak yang saya nak ceritakan. Antaranya tentang ucapan Raja Nazrin Shah, makan malam di Istana Iskandariah, berkenaan debate team di HKSBP STAR Ipoh, perjalanan di Banting dan Terengganu. Erk kenapa saya rasa ayat sebelum nih tergantung ek. Takpalah teruskan saja. Disebabkan ada sesuatu yang menggangu saya, tak dapatlah saya coretkan kata-kata saya. Apapon saya sedang melalui satu proses yang mungkin akan mengubah diri saya. Doakanlah agar ia berjalan lancar dan membawa ke arah kebaikan ya.

Kalau bagi sesetengah anda yang betol-betol baca blog ini (maafla saya sedar tak ramai sebenarnya follower mahupon pembaca saya ), akhir-akhir ini saya banyak bercakap dan menulis tentang jodoh dan isteri. Betol kan? Dan pasti ada yang berfikir saya nih mungkin 'desperate'. Sebenarnya saya tidak terdesak. Saya sudah lama pasrah dengan perihal jodoh. Saya sudah lama serahkan hal ini pada Allah. Sehinggakan saya terbayang ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiah. Saya teringat kata-kata seorang anak murid yang sudah lebih dahulu melalui jalan sufi. Entah bagaimana satu hari dia datang pada saya; "Teacher, saya terbayang satu hari nanti teacher seperti Rabiatul Adawiyah". Subhanallah. Tersentak saya. Sehingga hari ini, kata-katanya terngiang-ngiang ditelinga saya.

Terus terang, memang saya sangat mengagumi Rabiatul Adawiah, seorang sufi dan wali Allah. Pernah saya bercakap-cakap dengan Ustaz Zubaid (ke ustaz osman ek). "ustaz saya nak jadi seperti Rabiatul Adawiah". Ustaz Jawab, "kalau macam tuh kenalah rajin bangun malam". Ketika itu saya sedar, susah sebenarnya nak jadi seperti beliau. Apatah lagi saya ini seorang wanita.Tapi entah mengapa suatu hari, awal tahun ini, tiba-tiba terdetik dihati saya, "ya Allah aku ingin menjadi seperti Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Saidatina Fatimah AzZahra', Saidatina Aisha, semua isteri-isteri Rasulullah SAW. Isteri-isteri Nabi Ibrahim, Isteri Nabi Ayub dan juga Siti Hawa." (mulanya hanya saidatina Khadijah, dan Saidatina Fatima, tapi kemudian semua srikandi-srikandi hebat ini muncul di benak ku).

Satu perasaan baru muncul dalam hati saya. Saya dah tak ingat bila dan bagaimana tetapi ia bagaikan satu perasaan yang mendesak. Kalaulah nak diberikan analogi, keadaan terdesak itu seperti seseorang yang menginginkan sesuatu yang teramat sangat contohnya seperti dalam cerita A Confession of a Shoppaholic (betol ke ek tajuk die). Betapa gilakan hanya sehelai kain si karakter sanggup bebuat apa saja. Berbanding keadaan yang mendesak, bayangkan anda sedang berdiri dan dibelakang anda berbaris 100 orang lain dan 100 orang ini menolak anda kehadapan sekuat hati mereka. Mahu atau tidak anda harus juga bergerak kehadapan ataupon mungkin terpaksa berlari kerana jika tidak anda pasti jatuh berguling.

Jadi, begitulah keadaan saya sekarang. Bagaikan ada 100 orang sedang berdiri dibelakang saya memaksa saya bergerak ke depan. Ya Allah sungguh saya tidak tahu nak ceritakan. Yang pasti, saya dapat rasa masa semakin suntuk. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi saya sedar masa sedang berlari dengan sangat pantas dan saya harus mengejarnya sebelum terlambat. Apa pun sekarang, saya tetap pasrah kerana saya tidak tahu arah mana harus saya tuju. Ditambah keadaan kesihatan saya yang agak tidak elok, saya mesti bersabar. Seperti ada satu suara yang berkata-kata pada saya; 'siti mesti sabar, benar-benar sabar kerana sampai masanya nanti..." Ya Allah, kesabaran ini sesuatu yang paling mencabar dalam hidupku. Berilah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapinya. Sungguh hambamu ini sangat-sangat lemah.

p.s# saya tak berniat nak berbangga-banga ataupon menunjuk-nunjuk dalam entry ini hanya sekadar luahan hati. pada sesiapa yang membaca blog saya doakanlah saya ya. doa kalian sangat saya harapkan.

p.s#tengoklah gambar-gambar terbaru saya.lainkan dengan gambar kat atas header sana. itu gambar masa 20an. haha...pucatkan wajah saya..
 1.Gambar nih amik masa tengah jaga periksa.. sekejap lepas tuh pengetua lalu hehe cuak jugaklah.. :-) 
2.Gambar nih amik masa kursus kat Regency hotel Alor Setar dari 21-24/5/2012. Percaya tak esok tuh saya terus ke Star Ipoh sampai 29 hb. 



3. Gambar 3,4 dan kelima ini di ambil masa makan malam kat Istana Iskandariah. 
YTM Raja Nazrin Shah dan Puan Besar Tuanku Zara Salim berkenan menjemput kami 
bersantap bersama sempena HKSBP. Ya Allah Engkau berkatilah Raja Nazrin Shah dan isteri baginda. Ameen.

Friday, June 1, 2012

Ciri-Ciri Suami Idaman

Assalamualaikum, 
hari nih saya still kat rumah kak mazla di Banting. Petang karang nak pergi Shah Alam ada urusan sikit. Saya sambil-sambil blog-walking, tengokla WHI kat tv3. Tetamu dia adalah Ifa Raziah dan suami juga ustaz Haslin (depa 3 orang utara). Ya Allah, punyala lawak ustaz nih kitorang dok gelak sampai sakit perut. Topik dia kalau tak salah "isteri pujaan hati". Haih, sapalah yang takmo jadi isteri pujaan suami. Ya Allah bukalah pintu hatinya untukku..


"Antara ayat lawak ustaz ni, semua orang ada masalah, jin pon ada masalah. kita bukan malaikat".


Ok back to my topic. Sambil-sambil gelak, i pon bukak balik posting lama 2008. So jumpalah, lirik  lagu kumpulan nasyid The Zikr; Isteri Solehah. Then kat bawah tu i dah ubah lirik  tuh jadi Suami soleh. Entah kenapa nak post sekali lagi lirik  yang saya ubah tu. 


Jemputlah baca....


# klik kat tajuk bawah untuk baca post lama:

Suami Soleh

Suami bijak yang soleh
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia suami, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa damai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan