oleh: Al-Semantani
http://lokalgenius.blogspot.com
Sejak di sekolah rendah kita diajar tentang kekalahan empayar Melayu Melaka ke tangan bangsa Portugis pada tahun 1511. Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah empayar sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah-olah tiada langsung perlawanan. Buku-buku rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. Kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. Tambahan lagi kononnya Melaka tiada senjata mariam dan senjata api jika adapun ianya tidak setanding dengan Portugis. Betapa bebalnya orang melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa Melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.
Masakan tidak! Sebuah empayar yang besar dan sangat terkenal bukan sahaja di Asia malahan seluruh dunia tidak mengenali senjata api? Sedangkan bangsa pertama yang diketahui mencipta bahan bakar senjata api ialah bangsa Cina dan bangsa Cina telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan Kawasan Nusantara sejak awal kewujudan tamadun mereka lagi. Manakala bangsa Arab yang terkenal membangunkan senjata api yang diambil teknologinya dari China itu juga diketahui umum sudah menjalankan dan perdagangan dengan Kerajaan-kerajaan Nusantara sejak sebelum Kelahiran nabi Muhammad lagi. Mana mungkin kerajaan yang di kagumi oleh orang-orang eropah yang mengatakan bahawa Melaka lebih kaya daripada Venice tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan langsung mengenai senjata api. itu tidak masuk akal!!!
Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di minda saya, seingat saya ialah sejak saya sekolah rendah lagi. Jika anda masih ingat di sekolah rendah kita diajar oleh guru bahawa Melaka kalah hanya kepada 1300 orang tentera Portugis sedangkan Melaka mempunyai lebih daripada 20 000 tentera termasuk tentera upahan dari seluruh pelusuk Asia. Sewaktu di sekolah menegah pula saya pernah bertanya kepada salah seorang guru sejarah, bagaimana Melaka boleh kalah, dan jawapanya ialah keranan orang Melayu zaman itu tidak ada pengetahuan dan tiada senjata api maka dengan mudah Portugis mengalahkan kita...bagi saya jawapan itu amat jahil bagi seorang guru! Maaf jika saya kurang hajar disini tetapi sememangnya kebanyakan guru sejarah di
Seorang lagi guru sewaktu saya berada dalam tingkatan enam pernah mengatakan bahawa betapa bodoh dan jakunnya orang Melayu pada zaman Melaka, kerana sewaktu Portugis menyerang dengan meriam mereka, orang Melayu Melaka amat terperanjat dan mengaggap orang Portugis menggunakan sihir. Menurut beliau lagi, beliau membaca kisah tersebut di dalam hikayat Hang Tuah. Bagi saya, Hikayat Hang Tuah bukanlah sebuah karya sejarah yang mutlak kerana ia adalah karya historical -fictif. Kebanyakan daripada isi kandungan Hikayat tersebuat adalah mitos dan lebih kepada sebuah karya satera dan bukan karya sejarah. Malahan sebenarnya ilmu masyarakat melaka mengenai senjata api adalah setanding dengan orang Barat. Hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Portugis sewaktu berlakunya perang melaka. Menurut catatan ini selepas Melaka berjaya ditawan, tentera Portugis telah berjaya merampas lebih kurang 3000 pucuk senjata api yang berupa meriam, lantakas, istinggar dan bermacam-macam lagi. Alfonso de Albuquerque juga dikatakan telah merampas sebuah meriam yang sangat besar serta mengagumkan dan meriam ini telah diberikan sebagai hadiah kepada raja kerajaan india yang telah membantu Portugis dalam serangan ke atas Melaka.
Persoalan yang timbul dan perlu dikaji amat banyak. adakah cara berperang masyarakat Melayu zaman itu betul-betul barbarian? kalau cara barbarian, bagaimana dapat mewujudkan empayar yang sekuat itu sehingga diakui oleh negara China dan dapat mengalahkan serangan Siam (Thai). Ingin saya beritahu disini bahawa Pada zaman Dinasti Ming China, Maharaja China telah menerima kedatangan sultan Melaka iaitu sultan Muzaffar Syah dan melayan baginda dan seluruh ahli rombongan mereka demgan layanan yang amat grand. selain itu catatan China juga ada menyatakan bahawa Maharaja China menghadiahkan cop mohor,Jubah Kuning Maharaja dan Payung Obor-obor sebagai tanda menerima kedaulatan Melaka dan Sultannya. Sultan Melaka juga dihantar pulang dengan hadiah yang berupa sutera, emas perak dan sebagainya.
Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pada waktu itu adalah sebuah kerajaan yang amat penting, kaya dan bertamadun. Jika tidak masakan kerajaan
terlalu banyak rahsia bekas kerajaan silam yang telah dan masih perlu dicari demi membuktikan bahawa ummat Melayu Nusantara adalah bangsa yang amat hebat di zaman silam. bangsa Melayu adalah satu bangsa yang amat mahir dengan dunia pelayaran dan amat pandai bermain dengan lautan. Bangsa Melayu memiliki kapal besar yang mampu belayar di lautan lepas. bangsa Melayu cukup mahir dengan ilmu di lautan seperti rahsia penentuan utara, selatan, timur dan barat. begitu juga dengan rahsia tiupan angin.
Kini sebahagian anak-anak Melayu seolah-olah telah diracun bahawa yang lebih moden, lebih hebat, lebih bijak adalah orang Inggeris si bangsa penjajah. Kononnya segala macam ilmu pengetahuan adalah berasal dari
Insyaallah perbincangan mengenai kegemilangan Melaka dan keupayaan bangsa Melayu dalam ilmu peperangan akan dibincangkan dalam topik yang lain kemudian. Masih banyak lagi yang tidak diketahui oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu di luar
Dicatat oleh Al Semantani di 01:32
6 comments:
tcer, btol ke sya dgr ada sumber mngatakan sejarah yg kta blaja ni smuanya tak btol, yg btolnya tlahpun dimanipulasikan oleh pnjajah??
yer..berdasarkan pembacaan tcer juga penemuan bukti2 sejarah yang baru ditemui oleh sejarawan dan pengkaji2 bangsa melayu. tapi kita tak dapat buat apa2 melainkan bukti kukuh seperti peneuan monumen2 dsb.. barulah dapat tulis semula sejarah... tapi apa pun, kena gak belajar sejarah...k?
memmag benar sebnarnya orng melayu kite zaman ini bnyk menujukan kebolehan mereka cipta sehinga ade yg kagum dgn kebolehan kita merekacipta yg dipertandigkan diluar negara dan tempat yg terbaik..ade segelintir genius saintis orng melayu telah diculik masa kini yg tdk dikethui ... yg tebaik msa kini ini menidakan sejarah terdahulu orng melayu yg direka2 kononya kolot...
benar kite tdk perlu brgantung pada sejarah melayu mase kini..munkin benar dn munkin tidak sama sekali kite percayainya.. hnya sejarah islam kite perlu patuhi ini adlah berladasan al-quran dan hadis...
lagi stu kite berkogsi kesahihan sejarh melayu ini..klu ajaran islam terdahulu telah menjadi pgangan orng melyu dahulu..seudah pasti kite boleh menilai mana baik dan buruk...dan sudah tentu kite bole mngkaji al-quran yg penuh hikmah..diseblik itu pastinya ade penkaji kitab orng melayu..yg boleh mengambil intipati..mengenai sains dan teknologi..sumber alamcakerawala ini..sedangkan teknologi orng terdahulu boleh menerap bintang dilangit..
Fakta yg mnarik... Ttapi saya krg stuju ktika penulis mghina guru2 sejarah td.. Kna ingat, tnpa guru siapalah kita. Ramai guru2 sejarah di malaysia ini tau bahwa sejarah yg di ajar bkan sejarah sbenar. Kbyakan sejarah yg diajar di sekolah hnya mgikut sukatan yg ditetapkan KPM.. So hrap penulis fham. Jgn slahkan guru2.. Kcik ati mreka nnti.. Mlah kdg2 mreka lbh tahu dan arif tntg sejarah berbanding penulis sndiri... Sejarah di t.melayu sudah byk kali diubah bermula dari portugis hinggalah inggeris. Pnah penulis berfkir di mana batu membuat kota a famosa diambil? Ada sstengah catatan mengatakan ianya dari istana sultan melaka yang dihancurkan. Byk lagi sejarah yg terkubur akibat tgan penjajah sperti stamford raffles yg membawa pulang byk karya asli sejarah melayu spt khabarnya sekitar 1000 thun lpas, wujud sbuah empayar yg mnguasai seluruh asia tenggara yg brpusat di t.melayu dan sistem teknologi melayu suatu ketika dahulu yg mpunyai sistem bateri. Mgenai sistem prsenjataan pula, bukti plg jelas ialah wujudnya meriam sri patani yg merupakan meriam tbesar di asia tnggara milik kerajaan melayu patani yg skrg ini diletakkan di hadapan kmenterian pertahanan thailand. So, sama2lah kita cuba menerokai kembali sejarah sebenar bangsa kita seperti yg dilakukan oleh sgelintir prsatuan yg aktif skrg ini spt kelab pencinta sejarah kelantan. Saya mnyokong kgiatan mreka dan moga2 ad nnti kelab peneroka kebenaran sejarah malaysia pula.
Post a Comment