Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, August 20, 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

ADAKAH ANDA PRIHATIN DENGAN ISU BARU-BARU INI?
ISU BERKENAAN MELAYU MURTAD. SEBENARNYA ISU INI BUKANLAH ISU BAHARU. KETIKA SAYA MASIH BELAJAR DULU, ISU-ISU MURTAD SUDAH BERLAKU. YA, IA SUDAH LAMA BERLAKU CUMA IA BAGAIKAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. SELEPAS SEKETIKA IA AKAN DILUPAKAN. MASYA-ALLAH, TIDAKKAH KITA SEMUA TAKUT. TIDAKKAH KITA SEMUA TERFIKIR YANG PERIHAL SEBEGINI MUNGKIN BERLAKU PADA AHLI KELUARGA KITA? ANAK-ANAK, CUCU DAN CICIT KITA?

SAYA SANGAT TAKUT. SUNGGUH-SUNGUH TAKUT SEKIRANYA ADA DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG SAYA KENALI MENJADI MURTAD. YA ALLAH SAYA SANGAT TAKUT. SAYA JUGA SANGAT TAKUT DENGAN PERSEKITARAN SAYA LEWAT INI. YA, PERSEKITARAN KITA PENUH DENGAN DAKYAH ORIENTALIS TERUTAMA SEKALI TELEVISYEN. SAYA SENDIRI TERLALU LEMAH, KERANA HANYA MAMPU BERUSAHA MEMELIHARA IMAN SENDIRI. ITUPUN PENUH DENGAN SUSAH PAYAH. APAKAH KITA MAMPU MEMELIHARA IMAN DAN AGAMA KITA? SEDANGKAN KETIKA INI DAKYAH KRISTIANISASI SUNGGUH-SUNGGUH BERLELUASA SAMADA SEDAR ATAU TIDAK IA SEDANG MENJADI KANSER DALAM AGAMA DAN BANGSA KITA. APABILA IA SUDAH SAMPAI KE PERINGKAT SERIUS, TIADA LAGI UBAT MAMPU MENYEMBUHKAN. LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

SUBHANALLAH, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERUSAHA MENCEGAH PERKARA SEBEGINI BERLAKU DALAM KALANGAN MASYARAKAT KITA. ALLAHUAKBAR!!

JEMPUTLAH MEMBACA PENULISAN INI.

Tajuk : Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad.

Oleh : Sangtawal Sakranta


Maha Suci Allah Swt telah menjanjikan kepada kita akan mendatangkan satu kaum yang sangat mencintai Allah swt dan Allah swt juga amat menyintai mereka sebagai pembela agama Allah swt setelah terjadinya banyak peristiwa murtad. Ini janji Allah swt, bukan mimpi!

Hayatilah Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 54 ini :

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya ( jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” [ Al-Maidah : 54 ]

Semoga Allah swt mendatangkan kaum yang dijanjikan itu di zaman ini. Di zaman umat islam begitu lemah , dihina dan ditindas dimana-mana. Di zaman fitnah Dajjal semakin berleluasa.

Semoga Islam kembali gemilang ditangan mereka yang akan berjuang dengan gagah dan bersungguh-sungguh dijalan Allah swt.

Ya Allah, bantulah kami dalam agamaMu,

Perteguhkanlah dan tetapkanlah iman kami,

Bimbinglah kami menuju rahmat dan keredhaanMu.

Amin…..

SUMBER:
http://sangtawal.blogspot.com/2011/08/kaum-yang-dijanjikan-allah-sesudah-ada.html

No comments: