Assalamualaikum,
Entah kenapa akhir-akhir ini seperti ada cubaan untuk menjatuhkan Melayu di bumi Malaysia ini dari segenap sudut. Antara yang terkini adalah cubaan menidakkan kewujudan Hang Tuah. Apakah ini? Apakah ada niat tersembunyi?
Bagi saya, Hang Tuah wujud. Period! Orang-orang tua terdahulu juga mengakuinya. Jadi kenapa perlu ragu-ragu?Bak kata orang kalau tiada angin manakan pokok bergoyang. Pada pembaca sekelian, usahlah gundah gulana kerna keyakinan kita selama ini pasti ada benarnya. Kalau anda rasa tidak puas hati, mohonlah pada Allah dengan membuat solat sunat Istikhoroh dan Hajat. Mga-moga Allah memberi petunjuk dan hidayahnya pada kita.
Dibawah saya ingin kongsi pendapat seorang blogger iaitu Merah Silu di blognya; http://merahsilu.blogspot.com
-ctmai-
Hang Tuah dan percubaan memperkecilkan sejarah orang Melayu
Keluar lagi daripada penceritaan perjalanan Medan-Banda Aceh November 2-13 juga perjalanan selatan Disember 10-18 yang membawa ke Pulau Bentan, tempat di mana Laksamana Hang Tuah dikatakan pernah membesar sebelum berpindah ke pusat kerajaan Melaka.
Tak Melayu hilang di dunia...
Assalamualaikum para pembaca yang dihormati sekalian. Hari ini 19 Januari 2012, tarikh yang ada unsur 191 (19/1/2012... lihat 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?)) saya terasa ingin bercakap sedikit tentang satu perkara yang menggelisahkan kita orang Melayu. Selalunya saya jarang mahu memberi komen atau bercakap tentang isu-isu semasa. Namun dalam keadaan dunia yang terasa semakin meruncing ke arah peperangan besar, dengan Iran menunggu masa untuk diserang, dengan senjata pengubah cuaca milik Amerika yang dipanggil HAARP dipercayai sedang dalam proses dibawa ke tempat tertentu untuk menimbulkan hura-hara lagi demi mengalih perhatian dunia, saya rasa harus bercakap sesuatu yang melibatkan sejarah.
Kebetulan lama dahulu saya pernah menulis hal berkaitan yang masih relevan. Maka biar dikongsikan.
Kecuali mereka yang sudah buta hati, marahkan nyamuk kelambu mahu dibakarnya, masyarakat kita secara umumnya sedar bagaimana percubaan menghakis hak-hak Melayu Islam di Malaysia ini semakin galak dipelopori pihak tertentu. Dalam konteks itulah ikon kebanggaan kita, pahlawan tersohor kerajaan lama Melayu Melaka iaitu Hang Tuah diserang dengan mengatakannya berbangsa Cina. Baru ini pula seorang profesor kangkung telah membuat dakwaan di media massa bahawa Hang Tuah tidak pernah wujud kerana tidak disebut dalam rekod-rekod kerajaan Ming Cina. Walhal seperti diketahui pengkaji 'kurang akademik' seperti saya banyak rekod kerajaan Ming telah dihilangkan oleh dinasti kemudian kerana Ming itu adalah kerajaan Islam sedangkan dinasti seterusnya bukan. Dan kita sedia tahu bagaimana sejarah melibatkan Islam itu sering diperkecilkan, didalangi gerakan besar Yahudi Zionis dalam rangka kerja mereka untuk menakluki dunia, seperti digariskan dalam dokumen syaitan Protocols of the Elders of Zion.
Pada saya dakwaan bahawa Hang Tuah tidak wujud mungkin mengandungi strategi serampang dua mata oleh musuh. Bagi kami yang mengaji serba sedikit hal-hal ghaib, keberadaan sebenar Hang Tuah merangkumi banyak rahsia yang merupakan kekuatan sebenar orang Melayu. Dalam keghairahan untuk membuktikan kepada orang-orang 'akademik' seperti profesor kangkung itu mereka yang tidak sedar mungkin sanggup menggali jauh pelbagai perkara lalu didedahkan kepada umum. Dengan itu tahulah musuh akan beberapa hal strategik melibatkan bangsa kita. Dapatlah mereka menggerakkan fasa seterusnya untuk memastikan Islam tidak dapat bangkit daripada Timur seperti disabdakan Nabi Muhammad SAW untuk akhir zaman.
Strategi kedua pula adalah untuk menjatuhkan sejarah Melayu buat selama-lamanya. Kita sedia tahu bahawa sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus bermula tahun 2014 dan saya faham ini dibuat agar bangsa keturunan pendatang sedar akan duduk letak perkara supaya tidak terus menuntut yang bukan-bukan sehingga menafikan hak orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia seperti yang banyak berlaku semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan menantunya dapat menentukan hala tuju yang kelihatan begitu menjaga kepentingan musuh. Pada awalnya para cendekiawan bukan Melayu cuba menepis usaha untuk menjadi sejarah subjek wajib lulus. Tetapi apabila tidak berjaya, mereka menukar taktik. Biar sejarah dijadikan subjek wajib lulus tetapi ia haruslah sejarah yang menonjolkan peranan bangsa bukan Melayu dalam membina Malaysia sambil memperkecilkan hak orang Melayu.
Kita sedia tahu bangsa bukan Melayu cuma mula dibawa berbondong-bondong masuk ke Tanah Melayu oleh Inggeris selepas Perjanjian Pangkor 1874. Apa yang tidak diceritakan, ini dilakukan untuk memecah komposisi penduduk bumi ini. Selepas perang Perak-Inggeris 1876 yang tercetus akibat pembunuhan residen pertama Inggeris di Perak J.W.W. Birch banyak bandar-bandar asal orang Melayu dihancurkan, bandar-bandar baru yang berpaksikan kaum pendatang seperti Taiping pula dibina dan dinaikkan. Hakikatnya bangsa lain ini tidak ada kepentingan untuk memajukan Tanah Melayu. Mereka bekerja keras untuk mengaut keuntungan sendiri sahaja sedangkan di negara asal mereka yang sangat sarat penduduk, mereka tidak dipandang. Tetapi dengan campur tangan dan galakan Inggeris mereka dapat maju sementara hak orang Melayu untuk maju disekat dan mereka dipinggirkan di kampung-kampung.
Sehingga tahun 1957, bangsa pendatang dan anak cucu mereka masih dikira sebagai rakyat Inggeris... sehinggalah kita diberi syarat, kalau mahu merdeka perlulah menerima mereka sebagai warga negara. Bangsa bukan Melayu ini dapat maju dan jadi kaya raya akibat hampir seabad polisi Inggeris mahu menjatuhkan orang Melayu dan Islam. Saya tak mahu bercerita panjang sehingga melibatkan apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 juga bagaimana boleh terbitnya DEB atau Dasar Ekonomi Melayu. Pada mereka yang sedar akan keadaan sebenar orang Melayu memang patut ditolong dan diberi kelebihan terus-menerus kerana tanah ini memang asal hak kita. Inggerislah yang memanipulasikan keadaan sehingga kita jauh ketinggalan lalu perlu menerbitkan polisi tertentu untuk mencapai keseimbangan yang patut.
Sebaliknya kaum tak sedar diuntung ini merasakan duit mereka, cukai yang dibayar, sistem perniagaan mereka yang berjalan sekian lama sehingga dapat berakar-umbi di seluruh negara dan membesar melangit itulah yang kononnya memajukan negara semata. Walhal mereka mampu membuat semua itu akibat polisi Inggeris yang melebihkan mereka sambil memaksa kita terus ke belakang. Dengan infrastuktur awal yang diwujudkan penjajah bangsa bukan Melayu dapat meloncat jauh ke hadapan lalu memonopoli perniagaan dan perusahaan utama negara. Apabila ada syarikat Melayu cuba memecah monopoli mereka akan cuba menghancurkannya. Lihat sahaja kes roti Gardenia yang telah dibeli Bernas. Apabila Gardenia tidak mahu lagi membeli tepung membuat roti daripada seorang hartawan Cina beliau terus membuat jenama roti baru untuk bersaing. Sambil itu iklan dibuat dalam suratkhabar Cina agar membeli rotinya dan memboikot Gardenia atas alasan ia milik kroni (baca yang tersiratnya : kepentingan orang Melayu). Sampai begitu sekali...
Tuan-tuan dan puan-puan.
Sejarah kerajaan Melayu dan kewujudan Hang Tuah menunjukkan kita sebenarnya sudah lama maju. Orang kita telah pergi ke serata dunia dan kita memang pandai berniaga, sebelum penjajahan mengubah segalanya sehingga dikatakan orang Melayu buat jarum pun tak tahu. Mengatakan Hang Tuah tidak wujud adalah usaha untuk menafikan kemampuan sebenar kita. Kalau penafian ini berjaya, seterusnya sejarah Melaka pula akan diperkecilkan. Ini dibuat supaya kurikulum sejarah dapat diolah agar bermula dengan kedatangan berbondong-bondong orang bukan Melayu selepas 1874. Hal ini sama seperti kurikulum sejarah Singapura di mana Stamford Raffles dikatakan 'menemuinya' 1824. Seolah-olah pulau itu tidak pernah diduduki orang dan sangat mundur sebelum itu. Walhal kita tahu kerajaan lama Singapura yang diperintah Sang Nila Utama wujud lebih awal sebelum kerajaan Melayu Melaka.
Ah. Tadi nak bercakap pendek sahaja tapi dah jadi panjang. Tak mengapa. Biar artikel ini disambung dengan sedutan daripada bab pembukaan buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" (terbit November 2007), bab yang ditulis hampir 7 tahun lalu. Biar ditandakan bahagian-bahagian tertentu agar lebih mudah membacanya...
Lagi bacaan:
http://merahsilu.blogspot.com/2012/01/hang-tuah-dan-percubaan-memperkecilkan.html
No comments:
Post a Comment