Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ini emak telah memberitakan padaku, dia yang pernah merisikku akan menikah. dia yang mana?siapa dia tidak penting cukuplah jika aku memanggilnya dia. Pernah orang mengkhabarkan dia-dia ini sudah berkahwin dan diwajah mereka mengharapkan aku kecewa atau terkejut. Sebenarnya, tidak sama sekali. Kecewa tidak jauh lagi terkejut, kerana aku sebenarnya redho dengan ketentuan Allah tentang jodoh.
Sering juga anak-anak muridku betanya, "bila lagi teacher nak buat kenduri?" sungguh sayang-sayang teacher, teacher tak tahu. Di hati teacher, hanyalah keluarga, rakan-rakan juga kamu semua. Teacher benar-benar redho.
Apabila emak memberitahu ada orang datang bertanya aku sering pasrah. Jika dia jodohku, maka kuterima jika dia bukan jodohku, juga kuterima dengan tenang.
dia yang kusebut diatas, kufikir berdiam diri ketika kami sedang cuba mengenali kerana merasa tidak serasi dengan ku. Rupanya akhirnya emak memberitahu bahawa dia tidak sukakan aku kerana aku bercakap kurang sopan padanya. Benar, aku pernah bercakap sesuatu padanya yang mungkin kedengaran sedikit tajam. Tapi itu setelah ku tegaskan padanya itu memang diriku sebenar. Yakni bercakap terus (direct) tanpa selindung walaupon kadangkala bunyinya berbisa. Itupon setelah kuyakini dengan akuannya bahawa dia tidak kisah. Lagipula, fikirku jika dia ingin terimaku seadanya biarlah dikenalinya aku siapa sebenarnya diriku.
Kata emak, kakaknya telah membaca mesej ku itu. Aku terfikir, jika kakaknya membaca keseluruhan mesej dari awal sudah tentu lain pandanganya. Tapi sebenarnya inilah ketentuan Allah. Walaupon setelah menghantar mesej itu aku ada memohon maaf, tapi ku fikir itulah petunjuk Allah padaku siapa dia sebenarnya.
Apapun banyak pengajaran yang ku dapat dari hal ini mahupon hal-hal yang lain. Kesimpulannya, Jodoh, pertemuan semuanya ditangan Allah.
Nasihat saya pada lelaki-lelaki diluar sana, jangan ingat wanita-wanita yang telah mencapai taraf andalusia, mereka desperate/terdesak untuk berkahwin. Ada diantara mereka yang sangat-sangat mengerti akan konsep segala sesuatu itu adalah dalam kekuasaan dan ketentuan Allah Subhanahuwataala. Ramai dikalangan mereka menginginkan SUAMI bukannya laki.
Ya Allah aku berserah diri diatas segala ketentuanMu.
p.s# saya tidak suka meluahkan perasaan di dalam blog, tapi hari ini saya sangat sedih dengan sikap dia jadi saya ingin melempiaskan rasa dihati ini. Apapun ini sebagai pengajaran pada saya untuk berhati-hati kerana tidak semua lelaki akan mengakui apa yang dirasainya yakni lain dihati lain dimulut.
p.p.s# mohon maaf andai entri kali ini mengguris sesiapa yang membaca. saya hanya manusia biasa. wassalam.