Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, August 11, 2012

Perkongsian

Assalamualaikum,

Sudah beberapa hari saya tak update blog. Mungkin disebabkan sibuk dengan beberapa perkara dan juga disebabkan saya tidak berapa bersemangat untuk mengemaskini blog ini. Iyalah saya kurang mempunyai idea dan motivasi pon takdak untuk menulis/menaip.

Alhamdulillah, sehingga saat ini saya berasakan Allah memang sangat-sangat sayangkan saya. Sukar untuk dijelaskan. Tapi, jika kita renungkan sedalam-dalamnya, kita akan sedar betapa Allah itu sangat menyayangi setiap hambanya baik yang kafir, munafik mahupun muslim dan mukmin. Tinggal lagi kita nak bermuhasabah diri sahaja dan melihat sedalam-dalamnya segala nikmat dan rahmat yang kita kecapi. Walaupon sekecil-kecil perkara. AllahuAkbar.

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).


MasyaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

“Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim. Marilah kita bersama-sama mencari redho-Nya.

sebelum saya akhiri penulisan ini hayatilah satu lagi hadis yang dipetik dari kitab Terjemahan Al-Azkar Imam Nawawi m/s 6 ini;

Rasulullah S.A.W bersabda: 
Ertinya:

" Setiap perbuatan berdasarkan dari niatnya, dan setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Siapa     yang hijrahnya diniatkan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya terhitung kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya diniatkan kepada harta duniawi yang akan dia dapati atau wanita yang akan dia nikahi, maka hijrahnya terhitung kepada apa yang dia niatkan."

InsyaAllah, marilah kita sama-sama membetulkan niat kita, supaya Allah memberi redho-Nya kepada kita. Ameen.

p.s# kredit kepada: http://webhasyuda.tripod.com/harap.html
p.s.s# ditujukan kepada Kak Maryam dan Dayang. Semoga redho Allah bersama-sama kamu. Ameen.
p.p.s# semoga Allah membantu saya membetulkan mana-mana niat saya yang tidak betol. InsyaAllah.

No comments: