Make Me Strong - Sami Yusuf

Friday, December 7, 2012

ISLAM AGAMA KU DAN HIDUP MATI KU KERANA MU

Assalamualaikum,
Sedang saya blog walking, huhu bukan blogwalking sangat just melawat blog kesukaan. Nak buat cana dah saya suke, tak dapat nak tolong lagi dah teman ni. Ok, back to topic... mmm saya terserempak dengan satu link yang menarik. Then, saya pon blogwalking kat situ, oh itu adalah blog ustaz Muhammad Al-Amin. Dulu  saya pernah terserempak dengan satu video tentang pengembaraan ustaz nih kat Rusia. Di sana beliau sangat terkejut kerana ada satu institut tak salah saya, mengkaji tentang Melayu. Dan beliau telah ditunjukkan dengan salinan manuskrip kuno berkenaan bangsa Melayu! Taktaulah ada lagi ke tak video tu. Carilah kat youtube kot kot ader lagi.

Ish banyak betollah melalut. Ok intipatinya tentang kristianisasi! Wahai anak bangsaku yang beragama ISLAM bangkit lah dari tidur mu, agama mu kini sedang dipermain-mainkan. Bangkitlah, usah sibukkan diri mu dengan politik dan permainan dunia jika agama mu dan iman mu senipis selaput yang membaluti biji kurma. Bangkitlah!

Perkataan kristianisasi sudah lama saya dengar iaitu sejak saya sekolah di Maahad Mahmud Puteri Alor Setar lagi. Keseriusan isu ini, sudah hangat diperbincangkan tika itu dan bayangkanlah keadaannya hari ini. Adakah ia masih ditakok yang sama atau semakin membaik?  Disini, saya ingin menegur anak-anak murid saya yang terlalu sibuk dengan politik. Hey anda belum pon dapat keputusan periksa dan ada yang baru tingkatan 1, apa yang anda faham tentang politik? Bagaimana solat anda? Rajin ker bangun malam? Dah pernah bergaul dengan bangsa lain? Dah pernah berdakwah dan mengIslamkan nonmuslim?Tahu ker nak jawab soalan misionari kristian jika di soal? Anda dah hafaz Quran 30 juzuk? Apa sumbangan anda pada Islam? Anda dah boikot barangan yahudi? tahu tak saper yang cipta fb?

Kalau semua jawapannya tidak, hentikan semua yang anda buat, cakap, post kat fb dan sebagainya. Kerana apa? Kerana anda sedang leka dengan permainan dunia sehingga anda lalai melengkapkan diri sebagai muslim sejati. Tcer mohon maaf jika kata-kata tcer mennyinggung kamu semua. Kita semua belum tentu mati dalam Islam dan husnul khatimah. Tapi kalau kamu rasa, "eh tcer apa kami buat nih ,menjamin kami masuk syurga tau". Tcer nak tanya apa buktinya, ada pasport ke syurga ker? Tunjuk kat saya sekarang, saya nak tengok.

So sebelum saya undur diri, sila ke website nih, baca dan fahamkan. Jangan asek nak bersosial dilaman sosial jika ilmu secubit. Tapi, pergilah Berblogwalking di blog-blog yang berinformasi dan nonpartisan. Tapi kalau nak bukak blog politik, kena baca dua-dua. Guna otak kamu dengan membuat analisa yang bijak.
Ok sila klik di situ ---------> http://webberita.com/panas-agenda-kristian-untuk-malaysia-terbongkar-di-jerusalem.html


Kalau Persaudaraan Dalam Islam pon tak boleh angkat, tak payahlah cakap pasal Islam berdegar-degar!

Buat apa lagi, BANGKITLAH! WAKE UP!

WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH

No comments: