Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, January 28, 2013

RINDU

Rindu

Rindu itu bertandang lagi.
Semakin hari berlalu,
Semakin ia mendalam,
Semakin ia bertaut di sanubari.

Rindu itu tidak pernah pergi.
Ia bagaikan parut luka yang dalam
Begitu sukar dihakisi
Biarpun pelbagai cara diubati.

Apakah rindu ini sesuatu yang nyata?
Atau ia hanya sekadar fantasi?
Yang sentiasa bermain-main diminda
Seseorang yang keliru dengan ilusi dan realiti.

Jika benar, dimanakah bukti?
Jika palsu, kenapa ia sering bertamu di hati?
Katakanlah padaku, aku tidak bermimpi
Agar penantianku sesuatu yang pasti.

Monday, January 21, 2013

Takot @ Fear

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Hari ini saya takdak kelas macam biasa kerana minggu ini adalah minggu NILAM. Alhamdulillah kerana sebaik bamgun pagi saya rasa sangat letih dan tak ada mood nak mengajar. Ini disebabkan oleh tidur yang tak lelap semalam. Walaupon hari Ahad Kedah cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, dan bermakna saya mendapat extra cuti, saya tetap berasa tidak bersemangat.

Pertama kerana badan saya rasa sangat lemah. Entah kenapa sejak hari Khamis saya mula rasa tidak sedap badan, ah mungkin lebih awal dari itu. Tapi yang pasti, sepanjang 3 hari ini badan saya rasa sangat tidak enak. Terutama waktu malam, badan rasa sejuk sekali. Peliknya saya tidak demam tapi kulit rasa pedih seperti kena api. Apabila kena air, aduh sejuk nyerr.. Allahu akbar.

Paling tak best semalam. Walaupon rasa demam tak demam tu dah kurang, saya tak boleh pulAk nak lelapkan mata. Allah saja yang tahu macam mana rasanya. Resah sungguh hati saya sampai tidur asyik terjaga. Entah apalah yang buat otak saya asik terfikir-fikir. Lagi tak best habis lenguh-lenguh satu badan!Saya pun apalagi mula lah nak membebel-bebel ditengah malam. Aduh, kalau selalu begini, boleh bikin saya sasau!

Haha maafkan saya ya dok merungut-rungut saja. Topiknya belom masuk-masuk lagi. Entah apa-apa teacher mai ni. Sebenarnya, topik di atas juga antara perkara yang buat saya tak boleh tidur semalam. Oh saya tak takot hantu, tapi saya takot akan apa yang akan jadi pada saya, pada keluarga, masyarakat, agama dan juga negara. Kadang-kadang rasa takot tu terlalu melampau, saya rasa bergetar badan saya. Ma sya Allah, Allah saja yang faham.

Terus terang, rasa takot itu lebih kepada isu berkaitan diri saya. Tapi, saya harap apa yang saya coretkan ini dapat juga dijadikan pengajaran oleh orang lain.

Mmm bagaimana nak mula ya...

Iya, antara yang paling saya takot ialah gagal dalam menjadi seorang muslim sejati dan menjadi hamba Allah. Sungguh-sungguh takot sampai saya tertanya-tanya, apakah saya nanti akan mati dalam kesesatan? Oh Allah lindungilah daku, peliharalah daku dan bimbinglah daku agar hamba Mu ini menjadi seorang muslim sejati. Saya rasa bagi pembaca blog ini walaupon jumlahnya kecil sedia maklum yang saya kurang sihat kan. Saya sangat takot kalau saya terbawa-bawa dengan sakit ini dan akhirnya saya jadi gila, atau sesat! Saya bimbang kalau saya tak cukup kuat, akhirnya saya memyalahkan takdir dan akhirnya saya semakin jauh dari Allah. Oh Allah bantulah daku dari tersesat jauh dari Jalan Mu. Saya tak mampu jauh dari Mu.

Kerana itu juga saya takot nak berumahtangga. Haha pelikkan, sekejap saya kedengaran macam dah tak sabar2 nak kawen. Tapi sekarang bunyi begini pulak. Ya saya sangat takot kalau saya tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik. Saya takot dengan perjalanan yang akan saya lalui itu. Oh sungguh susah untuk dijelaskan. Apakah nanti saya mampu untuk sentiasa beriringan bersama suami saya dalam suka dan duka? Bagaimana nanti jika dia penuh dengan misi dan apakah saya sanggup berhadapan dengan segala cabaran yang bakal dilaluinya dan sentiasa tabah menyokongnya? Saya takot sekali. Saya belom bersedia!

Apabila saya blogwalking dan membaca isu2 terkini berkaitan akidah, saya jadi takot. Apakah yang bakal berlaku pada anak-anak saya nanti jika saya gagal menjadi ibu yang baik? Malahan apabila melihatkan keadaan anak-anak murid juga bekas pelajar, saya sudah rasa gentar. Ini kerana, dengan segala nasihat, tunjuk ajar serta tazkirah, masih ramai yang enggan mrngikuti. Bahkan kepincangan dalam kalangam masyarakat semakin meruncing sehinggakan usaha mendidik anak-anak menjadi semakin sukar. Dalam mendidik anak-anak bangsa saya merasakan sudah semakin banyak halangan dan gangguan, bagaimanakah nanti untuk mendidik anak kandung sendiri? Ya Allah, sungguh saya sangat takot.

Mungkin ramai yang akan kata, "mai jangan fikir sangat akan perkara-perkara yang belom berlaku. Serahkan saja pada Allah untuk menguruskannya." Betol apa yang dikatakan itu. Tapi saya hanyalah manusia biasa yang sangat lemah pemikirannya dan penuh dengan kekurangan diri. Saya tak dapat lari dari memikirkan semua ini. Apa pun saya akan cuba berusaha sedaya upaya untuk majukan diri walaupon saya sering rasa gagal dalam melaksanakannya. Sungguhpun dalam ketakutan, saya sangat berharap agar dapat berjaya menjadi hamba Nya yang sebenar-benarnya. Tiada apa lagi yang saya harapkan melainkan itu. Dan seandainya saya akan bertemu jodoh, saya sangat berharap si dia akan dapat ,membimbing saya keluar dari kepompong yang menyelimuti saya ini dan akhirnya saya bisa menjadi seorang hamba Allah yang sejati. Itu sahaja harapan saya. Wallahu aa'lam bissowab.





Friday, January 18, 2013

2013...... ♥♡♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Nampaknya 2013 sudah 3 minggu berlalu. Teacher pulak kat sekolah busy yang amat2 sampai malas nak update. Banyak benda bermain-main difikiran sampai tak tahu nak cakap apa tahun ni.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. SAINA pulak dah dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi dan pengetua dah rancang mcmam2 untuk memastikan title itu dipertahankan. Bakal MT untuk tahun ini pon dah diumumkan cumanya belom di buat upacara rasmi lagi. In Sya Allah, tak lama lagi lah tu.. dan harapannya kepimpinan baru ini akan dapat menerajui sekolah sebaik mungkin.

Aah teacher ni selalu jadi speechless... dah lupa nak cakap apa. Cumanya teacher harap sangat tahun ini membawa seribu rahmat dari Nya kepada kita semua. Teacher berharap semua students dan xstudents teacher dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Teacher selalu rasa takot. Iya, takot jika semua orang yang tcer kenal termasuk diri teacher gagal untu, menjadi hamba Nya. Ini kerana dunia hari ini semakin mencabar. Tapi ramai dalam kalangan kita dan termasuklah teacher lalai dengan kehidupan duniawi. Kita semua terlalu leka dengan tuntutan dunia sehingga kita lupa bahawasanya dunia ini hanyalah sementara sahaja.

Dunia ini adalah ladang bagi orang-orang yang beriman untuk bercucuk tanam sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat sana. Terus terang, teacher sendiri selalu lupa akan hakikat ini dimana teacher sering terbawa-bawa dengan hal2 keduniaan teacher. Apabila teacher bahagia dan gembira, teacher lupa bahawa itu adalah nikmat dari Nya yang kadangkala juga ujian untuk melihat adakah teacher akan sentiasa bersyjkur dan mengingati Allah. Adakala juga teacher lupa bahawa ujian kesedihan dan kesakitan juga satu nikmat untuk meningkatkan iman teacher. Allah, betapa teacher masih jauh lagi.

Teacher pernah terbaca di internet ini, wali-wali Allah, dan juga hamba Nya yang benar-benar beriman dan bertakwa, tidak membezakqn nikmat sakit, derita dan seumpamanya dengan nikmat bahagia, gembira, dan senang. Pada mereka semua itu sama sahaja. Oh teacher sangat berharap teacher akan dapat samapai ke tahap itu. In Sya Allah...

Oh prep dah habis. Budak2 dah balik... haha teacher tengah tunggu baju siap di basuh. Bye jumpa lagi yer..

Wassalam.