Make Me Strong - Sami Yusuf

Friday, January 18, 2013

2013...... ♥♡♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Nampaknya 2013 sudah 3 minggu berlalu. Teacher pulak kat sekolah busy yang amat2 sampai malas nak update. Banyak benda bermain-main difikiran sampai tak tahu nak cakap apa tahun ni.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. SAINA pulak dah dapat title Sekolah Berprestasi Tinggi dan pengetua dah rancang mcmam2 untuk memastikan title itu dipertahankan. Bakal MT untuk tahun ini pon dah diumumkan cumanya belom di buat upacara rasmi lagi. In Sya Allah, tak lama lagi lah tu.. dan harapannya kepimpinan baru ini akan dapat menerajui sekolah sebaik mungkin.

Aah teacher ni selalu jadi speechless... dah lupa nak cakap apa. Cumanya teacher harap sangat tahun ini membawa seribu rahmat dari Nya kepada kita semua. Teacher berharap semua students dan xstudents teacher dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Teacher selalu rasa takot. Iya, takot jika semua orang yang tcer kenal termasuk diri teacher gagal untu, menjadi hamba Nya. Ini kerana dunia hari ini semakin mencabar. Tapi ramai dalam kalangan kita dan termasuklah teacher lalai dengan kehidupan duniawi. Kita semua terlalu leka dengan tuntutan dunia sehingga kita lupa bahawasanya dunia ini hanyalah sementara sahaja.

Dunia ini adalah ladang bagi orang-orang yang beriman untuk bercucuk tanam sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat sana. Terus terang, teacher sendiri selalu lupa akan hakikat ini dimana teacher sering terbawa-bawa dengan hal2 keduniaan teacher. Apabila teacher bahagia dan gembira, teacher lupa bahawa itu adalah nikmat dari Nya yang kadangkala juga ujian untuk melihat adakah teacher akan sentiasa bersyjkur dan mengingati Allah. Adakala juga teacher lupa bahawa ujian kesedihan dan kesakitan juga satu nikmat untuk meningkatkan iman teacher. Allah, betapa teacher masih jauh lagi.

Teacher pernah terbaca di internet ini, wali-wali Allah, dan juga hamba Nya yang benar-benar beriman dan bertakwa, tidak membezakqn nikmat sakit, derita dan seumpamanya dengan nikmat bahagia, gembira, dan senang. Pada mereka semua itu sama sahaja. Oh teacher sangat berharap teacher akan dapat samapai ke tahap itu. In Sya Allah...

Oh prep dah habis. Budak2 dah balik... haha teacher tengah tunggu baju siap di basuh. Bye jumpa lagi yer..

Wassalam.

No comments: