Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, February 18, 2013

Happy birthday Adam!

Semalam adalah hari lahir Adam ke 4 aka abang kepada Zahra. Cikgu Nadia buat kenduri kecil-kecilan sahaja dengan menjemput auntie-auntie Adam dan Cik Mai nya. Bukan main gembira si Adam dikelilingi gadis-gadis cantik dan dapat hadiah. Adam yang petah bercakap dengan pelat nya asek ulang-ulang "tima kacih, tima kacih beli hadiah". Waktu hadiah dihulurkan oleh auntie shima, auntie lidia dan auntie azu, Adam berlari-lari keliling rumah yang kecil dan cuba buat buat lompat bintang atas katil...

Turut hadir ialah auntie Ashu dan Auntie Bad.

Adam Cik Mai mintak maaf tak beli hadiah sebab Cik Mai lupa. Cik Mai tertido kat surau guru sampai petang, kalau ibu tak sms Cik Mai mesti tak pergi rumah Adam...

Jom enjoy tengok gambar ketika Parti Hari Lahir Adam Mukhriz bin Shahrir....

No comments: