Make Me Strong - Sami Yusuf

Sunday, March 31, 2013

Sekitar LIMA - Langkawi International Maritime Amd Aerospace 2013

Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya pergi ke Langkawi untuk menyaksikan LIMA 2013. Saya bertolak dari jeti Kuala Kedah pada hari Rabu. Setelah berehat rehat di rumah sepupu, saya dan anak-anak saudara pergi mengunjungi pameram LIMA pada hari Jumaat lepas.

Perasaannya sukar diceritakan. Saya sungguh berpuas hati kerana dapat melihat sendiri kapal-kapal terbang dan jet-jet pejuang dari negara luar juga negara kita sendiri, terutama sekali Sukhoi MKM apa ntah hehe. Saya jugak sempat pegang muncung Sukhoi, aduh teruja sungguh perasaan saya.

Apa pun saya merasa ralat sekali kerana tak dapat pergi melihat pameran Maritim. Sedangkan saya lebih meminati kapal laut. Orang Melayu satu ketika dulu sangat terlenal dengan teknologi kapalnya. Malahan kerajaan Melayu Melaka juga sangat ampuh dengan kekuatan angkatan lautnya. Ingat tak kisah Hang Tuah berlima? Haa kalau taktau kenalah cari. Kalau ada mengikuti tulisan Srikandi di blog Mistisfiles atau Alter terahsia bangsa Melayu, beliau seringkali menyebut bahawa bangsa Melayu sangat hebat dalam ilmu kelautan dan perkapalan.

Saya selalu terbayang kapal-kapal laut Melayu berduyun-berduyun melalui terusan. Dan seorang Panglima Laut sedang berdiri di atas dek  armadanya mengawasi kapal-kapal yang memasuki perairan daerahnya. Indahnya, di sisinya berdiri si permaisurin hati. :P ♡♥♡ hhehe... saya hanya angankan hikayat.... yang selalu bermain difikiran..

Cumanya, saya tertannya-tanya apakah penghujung hikayat ini? Bahagia atau duka lara kisahnya? Semuanya masih misteri.

Baiklah di bawah saya sajikan beberapa gambar disekitar LIMA tempohari.... silakan ya.,. Bye.

No comments: