Rindu...
Semua orang pernah melalui perasaan rindu. Tak kiralah rindu pada siapa atau apa, tapi apabila sesuatu itu kita terkenang-kenangkan, ingat-ingTkan dan harap-harapkan ia dipanggil rindu.
Seorang yang benar-benar beriman akan sentiasa menyebut dan merasa merindui akan Penciptanya dan kekasih Nya, Allah Robbul Jalil dan Rasulullah SAW. Seorang anak yang kehilangan ibubapa atau berjauhan dari mereka akan merindui belaian kasih sayang mereka. Pasangan yang belum direzekikan cahayamata sentiasa merindui gelak tangis seorang anak. Seorang pencinta keamanan akan merindui kedamaian. Inilah sedikit contoh rasa rindu yang wujud dalam diri setiap makhluk bernama insan.
Adakalanya rasa rindu itu sesuatu yang indah. Tapi adakala juga ia bagaikan satu ujian yang sangat susah untuk lulus. Terutama sekali apabila si empunya diri tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosi diri dan tiada kekuatan untuk menahan limpahan rasa yang membuak-buak di dalam hati. Sehinggakan ia bermain-main di dalam mimpi. Adakah berdosa jika perasaan ini hadir? Ia mungkin kerana kerinduan itu melebihi rindu pada Ilahi. Tapi bagaimana, bagaimana mengatasi rasa ini?
Oh Tuhanku, hamba Mu ini malu. Amat malu pada Mu kerana tidak mampu mengawal perasaan di hati ini. Bantulah daku ya Allah, bantulah daku agar rindu itu berlalu pergi. Hamba Mu ini sangat lemah. Janganlah Engkau biarkan, kerinduan ku ini melebihi rindu ku pada Mu Allah. Ampunilah daku ya Allah, ampunilah daku.
# angin lalu bawalah pergi rinduku agar aku bisa menenangkan diri.
#Lafaz assalamualaikum ku sampaikan pada si dia.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤♡♥♡