Tuhan ku...
hidupku kerana ehsanmu,
bahagiaku kerana nikmatmu,
deritaku kerana kasihmu,
senyumku kerana rahmatmu,
tangisku kerana sayangmu.
Tuhanku..
hambamu makhluk yang lemah..
langkahnya dalam meniti titian Mu
sering tersasar
terjerlus ke lumpur hitam.
Tuhanku,
lemahnya hambamu hatinya
terlalu rindukan cinta baharu
silau pandangannya
mana intan
mana permata.
Tuhanku,
hambamu lemah
rapuh dek pujukan cinta
layu dek hasutan asmara
hanya kerana dambakan
cinta sementara.
Tuhanku,
malangnya hambamu
terlalu buta menilai
mana simulia
mana sipenglipurlara.
Tuhanku,
hambamu terpedaya
di atas pentas
sipenglipurlara.
Tuhanku,
hanyalah jika
hati hamba mu kukuh dengan cintamu
tiada bisa rebah cintanya
pada sipenglipurlara.
Hanyalah jika
kuat iman hambaMu ini
tidak akan bisa
melutut dikaki
cinta durjana.
Tuhanku, amupunilah dosa-dosa hambamu
dek rapuh hatinya kerana
mengidamkan sebuah cinta.
Tuhanku, peluklah hambamu
dengan cahaya kasihmu
agar dia bisa melangkah
dan terus menjejak
jalanmu ini.
Tuhanku, tidak sesekali
hambamu ini
kepingin menjejak
lumpur dosa.
Hati hambamu terlalu lemah
sangat mendamba
cinta baharu.
Tapi cintaMu Ya Tuhanku
Cinta Hakiki.
Ampunilah hambamu
ya Tuhanku.
Hambamu mencari sinar kasihmu.
Ya Tuhanku,
bantulah hambamu
sinarlah jalannya
sampai ke SyurgaMu.
Amin.
No comments:
Post a Comment