Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, October 30, 2010

RINDU

SATU HARI SEDANG HAMBA MENELUSURI DUNIA MAYA, HAMBA TERPANDANG SATU TAJUK MENARIK PADA SEBUAH BLOG; MIMPI BERTEMU RASULULLAH.

KATA-KATA SETELAH MEMBACA BLOG TERSEBUT, TIADA KATA-KATA YANG MAMPU MELUAHKAN RASA HATI. MASHA-ALLAH... SUBHANALLAH.... ITULAH SAHAJA YANG TERKELUAR DARI BIBIR SAMBIL TERASA AIR MATA MENGALIR LEMBUT KE PIPI...

BERTUAH SUNGGUH INSAN TERSEBUT KERANA DAPAT BERTEMU KEKASIH ALLAH YANG AGUNG; RASULULLAH SAW...

YA ALLAH RINDUNYA HAMBA INI PADA KEKASIH MU. INGIN SEKALI BERTEMU DENGAN NYA. INGIN SEKALI HAMBA INI BERTEMU DENGAN RASULULLAH SAW DAN MEMANDANG WAJAHNYA YANG INDAH ITU. ITULAH NIKMAT PALING INDAH SEKALI JIKA HAMBA DAPAT BERTEMU DENGANNYA..

SAMPAI SEKARANG HAMBA MASIH MERASA RINDU TERSEBUT. SEDANGKAN MERINDUI RASULULLAH ITU INDAH, INIKAN PULA DAPAT BERTEMU DENGANNYA. MASYA-ALLAH, NIKMAT YANG TERMANIS DAN TERINDAH SEKALI AGAKNYA. SUNGGUH TAK CUKUP KATA-KATA UNTUK MENGGAMBARKAN RASA RINDU PADA RASULULLAH INI..

MARILAH KITA BERSELAWAT PADA BAGINDA RASULULLAH SAW...

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD WA A'LA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!

Peringatan Rasullullah saw kepada umat islam

Peringatan Rasullullah saw kepada umat islam

Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Sunday, October 17, 2010

KONSPIRASI TERUNGGUL

Titik Mekanisme Konspirasi

YANG TIDAK SEPATUTNYA

GERAKAN pertubuhan-pertubuhan rahsia bekerja dalam satu ruang lingkup yang kompleks mencakupi persekitaran pembaharuan politik, diplomasi, ekonomi, sistem sosial dan teknologi serta lain-lain. Semua gerakan rahsia seperti Freemason, Brothers of the Light, The Golden Sun, Illuminati (sekadar menyebut beberapa nama) bekerja untuk mencapai satu matlamat. Paling ketara, matlamat untuk menubuh dan mendaulatkan sebuah kerajaan Israel Zionis Raya di Tanah Yang Dijanjikan.

Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini pula digerakkan oleh kalangan Yahudi dan Nasrani yang menggerakkan sub-sub agenda masing-masing dalam ruang lingkup tersendiri. Walaupun begitu, ia digerakkan oleh hanya sebilangan Yahudi dan segelintir Nasrani yang bersembunyi di sebalik kedua-dua agama itu atas arahan The Mastermind.

Kerjasama yang janggal ini meskipun melibatkan sebilangan Yahudi dan Nasrani, ia sebenarnya memberi impak sangat besar dalam sejarah peradaban manusia. Ia memperlihatkan bagaimana seluruh isi dunia bertindak menyokong gagasan kerjasama ini secara di luar skala sedar. Sokongan global terhadap kerjasama ini diberikan melalui kerelaan umat manusia untuk bergelumang dengan nilai-nilai materialism, kapitalism, hedonism dan ism-ism lain ciptaan Yahudi supaya manusia terus terkongkong dan terlupa asal usul.

Sejak revolusi industri tercetus dalam persekitaran tamadun barat, usaha imperialism terus digiatkan serentak untuk mencapai satu matlamat. Negara-negara seluruh dunia dijajah dan kemudian dimerdekakan. Kemerdekaan sesebuah negara pula diberikan selepas para imperialis berjaya melakukan brainwash terhadap rakyat negara yang dijajah. Ia dilakukan dengan menyuntik idea barat ke dalam pemikiran rakyat negara jajahan.

Apabila nilai-nilai barat ini berjaya disuntik, negara-negara itu kemudian diberi kemerdekaan. Hakikatnya, penjajahan terus berlaku dalam pemikiran tanpa halangan atau sempadan. Tujuan imperialism bukan untuk menjajah secara fizikal, ia adalah syarat utama untuk menjayakan proses brainwash, mind control dan menggelapkan sejarah tamadun sesebuah bangsa yang dijajah. Meratah hasil kekayaan negara yang dijajah pula hanya sebagai bonus kepada sang imperialis dari sudut material. Paling utama ialah mempersiapkan pemikiran dunia terhadap agenda-agenda seterusnya.

Perang-perang dunia berlaku semasa zaman imperialism, Nazi juga muncul pada era yang sama, negara Israel Zionis Raya juga muncul dalam skala masa yang sama, iaitu pada zaman imperialism. Jadi, apa tujuan imperialism selain divide & rule? Apa sebenarnya imperialism? Kita belajar sejarah lagi? Tidak. Ini bukan subjek sejarah meskipun menyentuh mengenai imperialism. Ia sekadar membelek-belek maksud imperialism sebelum mengenalpasti apakah itu hubungan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi akhirnya sudah berlaku.

Imperialism adalah Red Herring. Zaman penjajahan menjadikan kita umat Islam terlalu sibuk untuk memerdekakan negara masing-masing daripada kekuasaan imperialis. Imperialism selama lebih 300 tahun menjadikan negara-negara Islam lalai terhadap agenda besar yang terlaksana pada tahun 1948. Semasa negara-negara jajahan sibuk memerdekakan diri, satu gerakan dijalankan secara halus untuk mendirikan negara Israel di bumi Palestin. Kesannya, tidak ada yang sedar rancangan sulit penubuhan negara Israel yang direncanakan Britain, Amerika, Jerman, sebilangan Yahudi dan sekutu-sekutu lain pada ketika itu.

Imperialism adalah satu episod fitnah. Perdagangan rempah bukan matlamat utama, industri perlombongan bijih timah bukan matlamat utama, tuntutan persaingan ekonomi bukan matlamat utama, slogan white men’s burden untuk mengajar tamadun kepada dunia juga bukan matlamat utama, Belanda dan Jepun mencari tanah juga bukan matlamat utama imperialism mahupun kolonialism. Namun, kita diajar supaya menerima semua itu sebagai matlamat utama zaman penjajahan.

Dalam kesibukan memerdekakan negara daripada penjajah, Yahudi dan sekutu pula rancak merencanakan kepulangan ke Tanah Yang Dijanjikan. Imperialism bermatlamat melalaikan negara-negara jajahan daripada sedar mengenai projek Israel. Ia dijayakan dengan sangat berkesan.

Menarik untuk dilihat ialah slogan white men’s burden yang meliputi tujuan untuk menjadikan masyarakat di negara jajahan sebagai satu bangsa bertamadun sebagaimana orang-orang barat. Mereka mahu mengajar tamadun kepada negara-negara yang dijajah. Di sinilah fitnah, mind control dan brainwash bermula.

Penjajah Eropah tidak datang menjajah secara fizikal hanya untuk mengaut hasil bumi negara koloni. Mereka datang atas maksud yang lebih besar. Mereka datang mahu membuat satu persiapan akhir yang hanya akan berguna selepas tamat episod penjajahan primer (fizikal). Mereka datang untuk melakukan episod penjajahan sekunder (non-fizikal) yang lebih bermakna.

Kita ambil contoh Tanah Melayu ini. Mereka datang untuk memadam rekod-rekod ilmu negara jajahan. Mereka datang bersilih ganti (Portugis-Sepanyol, Belanda, British, Jepun, British) menjadikan kita hidup melarat, penjajah Eropah membiarkan kita hidup melarat selama 100 tahun, dibiarkan menjadi bodoh tanpa diberikan sekolah selama 100 tahun sehingga lupa asal usul. Selepas 200 tahun itu, barulah kita diberi sekolah dan diajar mengikut acuan yang mereka mahu dengan mudah. Kemudian datang Jepun ‘mengajar’ kita untuk merdeka. Selepas Jepun menyerah, datang pula Gerald Templeruntuk melaksanakan kerja-kerja akhirnya dan memerdekakan Malaya. Kita menjadi sangat sibuk untuk berjihad memerdekakan diri. Mengambil kesempatan atas kesibukan kita, Israel berjaya didirikan. Jihad memerdekakan negara kita pada masa itu adalah satu perjuangan murni dan diredhai Allah, tapi penjajah Eropah mengambil kesempatan atas kesibukan yang mereka cipta untuk kita.

Ketika sebilangan kaum Nasrani menjalankan penjajahan di negara-negara seluruh dunia, sebilangan lagi Nasrani sedang berkonspirasi dengan Yahudi di Eropah untuk menubuhkan Israel. Kerjasama yang aneh dan ‘melanggar’ segala ‘hukum-hukum’ dalam kitab-kitab agama (Bible Old & New Testament serta al-Quran). Hukum-hukum bahawa Yahudi dan Nasrani itu bermusuhan, juga hukum-hukum bahawa umat Islam tidak boleh berdamping berkawan serta berwaspada dengan Yahudi dan Nasrani, semua hukum-hukum itu dilanggar sama sekali oleh sebilangan orang Yahudi, Nasrani dan Islam sendiri. Ia satu kerjasama yang sangat aneh serta janggal daripada suruhan agama masing-masing. Setiap Yahudi yang benar-benar Judaism dan setiap Nasrani yang benar-benar Nasrani akan sentiasa berwaspada dengan helah sesama mereka. Malah setiap Muslim yang benar-benar Muslim juga akan tetap berwaspada apabila berurusan dengan Yahudi dan Nasrani.

Tetapi, apa yang berlaku di Palestin, Turki dan negara-negara Arab serta Eropah pada zaman imperialism adalah jauh sangat aneh. Sebilangan Yahudi, Nasrani dan segelintir orang Islam mengadakan kerjasama tanpa sebarang masalah seolah-olah berkongsi satu idealisme yang menyatukan mereka semua. Adakah mereka benar-benar Yahudi? Adakah mereka itu sunguh-sungguh Nasrani? Adakah mereka itu betul-betul Mukmin? Siapakah mereka yang memperdaya seluruh makhluk seisi dunia?

HUBUNGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU,

AKHIRNYA SUDAH LAMA BERLAKU

Apakah yang menyatukan mereka semua? Apakah agenda mereka semua? Tangguh dahulu jawapan untuk soalan ini.

Setiap segelintir Nasrani, segelintir Yahudi dan segelintir Islam (munafiquun/golongan munafik) itu datang dari gerakan pertubuhan masing-masing. Sama ada mereka itu dari Thule, Vril, Illuminati, Freemasons, Rosicrusiana Societas atau sebagainya, itu bukan lagi satu pencarian kerana kita sudah tahu siapa mereka, pada hemat kami tak perlu lagi mengorek rahsia-rahsia politik Illuminati dan seangkatannya kerana kita sudah tahu siapa mereka dan apa kemahuan mereka.

Semua pertubuhan itu bekerja untuk satu matlamat politik dan berkongsi satu ideologi. Semua pertubuhan itu bersekongkol dalam satu gagasan politik, bersatu dalam satu ideologi. Jika kita terus menerus mengorek rahsia setiap satu daripada mereka, kita tidak akan habis menjawab teka-teki sampai bila-bila sehingga menjadikan kita terleka mencari jawapan teka-teki meskipun apabila sang Dajjal itu sudah keluar, kita akan terus leka bermain teka-teki. Cukup kalau kita hanya mengambil tahu pertalian sesama mereka kerana semua pertubuhan itu bersatu di bawah satu fahaman bertuhankan seorang raja manusia yang mana raja itu pula mentaati sang iblis.

Apakah yang menyatukan mereka semua?

Ia adalah...

ZIONISM


Fahaman Zionis yang bertumbuh subur sejak kira-kira 100 tahun lalu adalah jawapan kepada kejanggalan yang tidak patut berlaku tetapi akhirnya sudah lama berlaku. Fahaman inilah yang menyatupadukan semua gerakan rahsia berusia lebih 300 tahun ke dalam fahaman Zionis yang berusia 100 tahun. Semua gerakan rahsia ini sebenarnya bekerja untuk menjayakan agenda Zionis. Zionism adalah penyatuan. Seseorang tidak perlu dilahirkan sebagai Yahudi untuk menjadi seorang Zionis. Sama ada seseorang itu Yahudi, Nasrani atau Islam sekalipun, masih boleh menjadi Zionis.
Inilah yang mekanisme yang menyatukan semua hati-hati mereka dalam secret societies. Illuminati, Freemason dan seangkatannya semua bersatu di bawah fahaman ini. Ini adalah titik tengah bull’s eye kepada inner circle yang melakukan kerosakan selama ini. Masalah dunia hari ini. Sekumpulan Zionis yang jumlahnya kecil masih tidak mampu ditumbangkan oleh seluruh isi masyarakat dunia, inilah masalahnya.

Terlalu asyik menyelongkar Illuminati, Freemason dan sebagainya juga menjadi red herring yang membelenggu diri anda untuk menyelongkar Zionis yang sebenarnya lebih besar daripada semua gerakan. Anda mengamalkan red herring tanpa anda sedar melalui keasyikan membongkar Illuminati dan Freemason sehingga terlupa bahaya rancangan-rancangan besar dan terbaru yang digerakkan Zionis. Bukan menghalang daripada membongkar Freemason dan Illuminati, tetapi mengembalikan titik kepada fokus yang lebih wajar untuk diperhatikan secara kritikal, Zionis.

Anda tahu apa yang Zionis sedang lakukan saat ini? Anda tahu di mana pemimpin-pemimpin Zionis berada sekarang dan apa yang dikerjakan mereka saat ini? Anda tahu apa yang kerajaan Zionis Israel akan lakukan esok? Anda tahu bila Zionis akan melantik raja Israel Raya? Anda tahu usaha Zionis cuba meyakinkan dunia bahawa mereka akan menemui seorang lelaki kononnya dari ‘keturunan Raja Sulaiman’ yang mempunyai hak dan layak dijadikan raja di tanah Jerusalem? Anda peka semua itu? Atau..anda lebih pakar berkaitan Freemason dan Illuminati meliputi segenap simbol dan setiap degree melebihi kepekaan real-time kepada perkembangan Zionis yang hebat merancang saat ini?

Di mana kita berdiri, ke mana kita akan pergi, atas duri apa kita akan berlari..itu lebih penting. New World Order (NWO) sudah berlaku dan sedang berlaku. Negara-negara dunia sudahpun disatukan, apakah tidak sedar lagi? Haikal Sulaiman untuk takhta sang Dajjal pula sedang rancak didirikan. Negara Palestin sudahpun lenyap dirampas Zionis. Tinggal hanya, Zionis kini sedang melakukan kerja-kerja akhir untuk menyambut dan memasyhurkan Dajjal. Dajjal itu seorang manusia, seorang lelaki. Raja Zionis Israel Raya, pusat pentadbiran dunia materialis.

NWO itu sudah lama bermula dan sedang dilaksana untuk penyempurnaan secara memenuhi maksud terma, bezanya ia belum dilaksana tanpa seorang raja tunggal (sole divine kingship).


Pusat Galaksi

Saiz matahari semakin mengecil, jasad matahari juga makin termampat, ia menyebabkan gas-gas nuklea hidrogen makin banyak dibebaskan. Pembakaran gas nukela hidrogen dalam kemampatan tinggi masa kini menyebabkan suhu matahari meningkat 1/10 kali ganda. Gandaan itu akan semakin tinggi apabila matahari terus termampat dan termampat mengecil. Suhu sekitar galaksi pula semakin meningkat.


Kesannya, planet-planet khususnya bumi juga semakin terasa bahang panasnya, ditambah pula dengan ozon bumi yang sudah tersisa. Kutub-kutub bumi mula mencair, pasti akan banjir sebagaimana perkhabaran tentang banjir. Medan magnetik bumi di kawasan kedua-dua kutub juga sedikit terganggu akibat radiasi melampau dibebaskan matahari di titik paling besar di Bima Sakti.

Kedudukan bumi dalam orbitnya juga sudah sedikit condong sejak peristiwa tsunami di perairan Acheh, ia juga menyebabkan risiko gangguan putaran bumi semakin menjadi nyata. Keseimbangan kosmos juga mula terganggu kerana bumi (planet terletaknya Kaabah) adalah pusatnya. NASA juga melaporkan, putaran bumi akan terganggu jika keadaan di galaksi berlarutan seperti itu (sememangnya berlarutan). Adakah perkembangan kosmos ini tidak boleh dijadikan rujukan silang (meskipun janggal) terhadap perkhabaran kiamat dan perkhabaran saat-saat keluarnya seorang pendusta yang Rasulullah gelar ia sebagai Dajjal?

Masanya sangat hampir, tapi persoalannya bila? Bersediakah anda untuk mendengar tangisan-tangisan mangsa penindasan, bersediakah anda untuk melihat mayat-mayat bergelimpangan, bersediakah anda untuk melihat rumah anda dirodok jentera-jentera pemusnah. Bersediakah anda? Paling utama, sudah kembalikah anda kepada Allah?

Tanpa perlu diperjelaskan, NWO sudah lama terlaksana..

Terpulang kepada anda jika mahu mengatakan hal yang sebaliknya…

Insya-Allah, kami akan bawa anda melihat perkembangan dunia yang mengerikan dan perkembangan rancangan Zionis yang penuh kebusukan. Kami tidak ikhlas dalam perjuangan ini, sebaliknya kami bersungguh-sungguh mahu sesuatu daripada anda. Apa yang kami mahukan daripada anda semua?

Kami mahu anda segera sedar berubah menjadi manusia seperti kehendak Maha Pencipta.

d&isnear

Tamatnya artikel ini, bermakna tamat sudah bab-bab pengenalan dalam arkib blog Konspirasi Sepanjang Zaman (KSZ). Sejak blog KSZ disabotaj, blog Umat Terakhir mengambil alih tugas menyiarkan bahan-bahan dari blog KSZ secara perlahan-lahan supaya mudah dihadam oleh anda semua dan terpaksa merehatkan artikel-artikel Umat Terakhir. Namun begitu, bahan KSZ dan Umat Terakhir adalah dari sumber yang sama.

Walaupun begitu,

Tenaga Ritual akan tetap disambung,
Sistem Fitnah juga akan tetap disambung,
The Code of All Codes juga belum berakhir..

Kini, blog Umat Terakhir akan memulakan tugas-tugas khasnya.

http://ksz-associate.blogspot.com

Is the end of world so near?

Everyday we could here about the destruction, death and downfall of life. To an extend,we question ourselves; what is happening to the world nowadays? Is it going to be safe as years ago? Are we going to be the next victim?

To those who do think of these questions, then at least you are awake. Your are on the right track. The only thing that you need to do is to find the right path. And don't forget to bring along those who are close to you and your love ones.

I am not a conspiracy theorist blogger. But Lately, if you do smell something like it, it is only my own wake up all. I don't have the courage as well as the knowledge to do so. God bless them who could write such information. But what are posted in my blog, are just a few entries of valuable knowledge that i would like to share with others that i also get it from others.

I Guess this is the only deed that i could share with my friends and others who happen to read it. If you believe it, believe with critical mind. Don't just accept it solely. Think, as God likes us to think and ponder. then find the right path.