Assalamualaikum,
Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Ya seperti tajuk di atas, saya ingin mengulas sedikit tentang novel tersebut. Saya telah hampir habis membaca novel ini dan syukur pada Allah ia banyak memberi kesedaran dan motivasi pada saya.
Sebenarnya saya memang telah lama mengagumi Rabiatul Adawiyah.Sejak sekolah lagi nama ini sering mewujudkan rasa kekaguman dalam hati ini. Saat apabila terpandang novel ini di awal tahun lalu, terus saya membelinya walaupon 2 bulan kebelakangan ini baru saja saya membacanya =D. Saya memang mengesyorkan agar sesiapa sahaja yang sering mendambakan sebuah buku motivasi, untuk membeli buku ini. Harganya pon sangat berpatutan. Anda boleh
KLIK di sini untuk mendapatkannya secara online. Ataupo
n terus sahaja ke kedai buku POPULAR atau MPH.
Baiklah kita teruskan ke menu utama. Saya ingin berkongsi sedikit kisah dari buku ini. Kata-kata Sang Sufi Rabiatul Adawiyah ini sangat menyentuh hati saya (malahan banyak sekali kata-katanya yang sangat mendalam maksudnya)
Satu hari Hasan Al-Basri disebabkan kekagumannya pada darjat Rabiatul Adawiyah, beliau mengutara kan 3 soalan kepada wanita mulia ini.
Soalan Hasan Al-Basri:
" Wahai Rabiah, bagaimanakah kamu mencapai darjat yang tinggi ini?"
"Bagaimanakah kamu mampu mencapai makam dengan meletakkan setiap perbuatan adalah ketentuan dari Allah?"
"Apakah caranya untuk meletakkan setiap tindakan dan kelakuan adalah berdasarkan Ilham dari Allah?"
Jawapan Rabiah:
" Semua persoalan itu akan terjawab apabila kita sebagai hamba Allah berjaya melawan dan menewaskan nafsu".
Pandangan saya:
MaSyaAllah. Hebatnya beliau. Patutlah di akhirat kelak beliau diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk memberi syafaat pada 70 000 orang.
Ya Allah, sekalipon sekecil-kecil nafsu pon hamba Mu ini tewas dan tak mampu melawannya, apatah lagi yang lebih besar. Ampunilah dosa-dosa ku ya Allah.
Jadi, dibulan Mulia ini, marilah kita sama-sama perangi nafsu. Doakan saya berjaya ya! Amin. :-)
Wassalam.
p.s# soalan-soalan dan jawapan yang dipetik di atas, saya ubah sedikit agar tidak plagiat.