Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, August 27, 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Post yang bertajuk serupa saya rasa sudah beberapa kali saya letakkan. Entah kenapa kalimah itu sangat gemar saya gunakan. Alhamdulillah. Sebenarnya tak ada kata yang boleh saya ungkapkan untuk gambarkan perasaan saya selain Alhamdulillah.

Post saya yang lalu menggambarkan betapa kalutnya hati dan fikiran saya. Hari ini bila saya tengok semula, rasa malu pon ada. Rasa nak delete saja post tersebut. Tapi saya pikir biarlah dulu, ini untuk mengingatkan saya tentang kekalutan yang saya alami.

Apakah kaitannya tajuk entri hari ini dengan perasaan saya yang lalu? Ada, sudah tentu ada kaitannya. Hari ini saya pulang lewat dan sampai ke rumah pon sudah pukul 6.30 petang. Letihnya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah tidaklah terlalu letih sampai saya mampu meng'update' blog ini. Saya lewat kerana ada meeting, LDP sebenarnya tapi malas saya nak terangkan maksudnya. Dalam mesyuarat tersebut saya tak fokus sangat sebab saya tumpukan pada buku yang baru saya beli. Haha nakal kan saya.

Baiklah, kaitannya tajuk hari ini adalah dengan buku yang saya baca. Alhamdulillah, selama ini fikiran saya selalu dirundung pelbagai persoalan, syukur pada Allah kerana Nya saya telah membeli buku ini; ISTIKHARAH CINTA.

Kerana buku ini beberapa persoalan saya terjawab. Alhamdulillah saya rasa tak rugi saya membeli buku ini. Bahasanya sangat indah dan mudah difahami. Mungkin ramai yang akan berkata bahawa buku ini bercakap tentang solat sunat istikharah dan fadhilat melaksanakannya. Dan solat ini adalah untuk menentukan pilihan cinta yang bersarang di hati kita. Ya ada kebenarannya tapi buku ini adalah lebih dari sekadar tajuknya. Ia bukan sahaja memberi garis panduan dalam melaksanakan solat istikharah, malahan ia juga menelusuri fadhilat istikharah bukan sahaja secara luaran tetapi menelusuri erti dan hakikat cinta yang sebenar-benarnya.
Dalam satu entri saya yang lalu apabila saya menulis tentang novel RAM; Sunan musafir, saya mengeluarkan persoalan; adakah cinta fitrah dalam realiti hari ini? Alhamdulillah, buku ini menjawab persoalan itu malahan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi.

Sebelum ini, dalam beberapa entri saya bertajuk MENCINTAI KERANA ALLAH dan SALAM KEBAHAGIAAN secara tersirat dan tersurat menggambarkan persoalan hati dan fikiran saya tentang cinta dan hakikat percintaan. Alhamdulillah persoalan itu telah mula terungkai setelah saya mula membaca buku ini. Malahan, ia sedikit demi sedikit telah memberi ketenangan kepada saya (melalui kisah-kisah yang penuh dengan hikmah untuk difikirkan). Dalam seminggu ini saya agak resah dan gelisah dengan perasaan tertentu. Fikiran saya berserabut dengan pelbagai perkara. Alhamdulillah saya asyik tersenyum setelah membaca buku ini. Saya belum habis membacanya, iAllah saya akan berkongsi sedikit maklumat tentang buku ini jika sudah habis membacanya (tidak boleh banyak nanti melanggar akta hakcipta).

Allah kalau ikut hati ingin saja saya coretkan segala-galanya dalam hati ini. Tapi cukuplah dulu disini.
Sebelum saya berhenti, saya kongsikan sedikit intipati cerita dari buku ini yang saya ubah sedikit sebanyak mengikut gaya bahasa saya sendiri (untuk menjaga hakcipta terpelihara). Silalah yer baca dibawah... =D

"Islam adalah agama cinta, seorang mukmin tidak akan merasa kemanisan iman sehingga dia merasai kehangatan cinta." Dr. Mahmud Asy-Syarif: Al-Hubb fi Al-Quran; Istikharah cinta: Ummu Anas, m/s 17.

"Penyerahan cinta kepada Allah akan menjauhkan diri dari dosa dan maksiat. Jauhilah cinta pada makhluk secara keterlaluan kerana ia membawa kegelisahan dan kerinduan yang melampau. Cinta hakiki dan abadi hanyalah untuk Allah semata-mata. Sebelum itu, kita mestilah meningkatkan iman den berusaha menawan nafsu." Istikharah cinta: Ummu Anas, m/s 20.

Kisah cinta Qais & Laila hingga ke syurga
p.s# buku ini sangat sesuai untuk semua orang takkira lelaki atau perempuan dan tua atau muda...

Saturday, August 25, 2012

Jeritan Batinku = Di Mana Kan Ku Cari Ganti

P. Ramlee

Jeritan Batin Ku 

Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...

1
Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku


Di Mana kan Ku Cari Ganti 

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

HATI = JIWA = HIDUP

ASSALAMUALAIKUM,

Hari ini  sudah masuk Syawal ke 6. Alhamdulillah syukur pada Allah kita sudah kembali kepada fitrah. Apapun, saya sedikit sedih kerana saya kecewa dengan pencapaian saya sepanjang Ramadhan kerana tidak menepati azam saya. Saya sangat rindukan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang sangat berkah kerana ia menghidupkan hati dan jiwa saya dan kerananya juga saya berasa saya benar-benar hidup.

Apabila Ramadhan berakhir, kita kembali kepada fitrah yang biasa kita lalui. Tapi inilah yang saya takutkan. Kerana fitrah saya tidak sama dengan orang kebanyakan (memang setiap orang berbeza), maksud saya oleh kerana saya sedang mengalami "ganguan", cara saya berfikir dan berperasaan sedikit berbeza dari orang lain.
Jadi saya sangat bimbang jika saya tidak cukup kuat untuk menghadapi ujian mendatang.

Beberapa hari ini saya sedang dilanda satu perasaan. Saya sudah penat sebenarnya dengan gelodak perasaan ini. Saya hanya inginkan kedamaian. Tapi telah ditakdirkan kedamaian itu sangat jauh dari saya. Pelbagai perasaan yang hadir; rindu, marah, benci, keliru, hilang arah, lemah dan tidak berdaya. Saya tidak boleh terus-terusan mengeluh kerana ia seolah-olah menidakkan ketentuan Allah. Tapi saya sungguh lemah dengan pelbagai perasaan, emosi dan pikiran. Allah, susah benar untuk saya jelaskan. Yang pasti saya selalu berharap agar semua ini hilang dan berlalu pergi. Sungguh, saya sungguh-sungguh harap hati saya agar menjadi damai.

Hari ini saya berada di Taiping, rumah kak ngah saya. Sengaja saya membawa emak dan ayah berjalan-jalan ke rumah anak sedara kesayangan mereka. Sebenarnya saya suka datang ke Taiping, entah kenapa ia seperti menyimpan satu perasaan yang khusus untuk saya. I always feel i'm at home when i'm in Taiping. Weirdly, i've never had this feeling when i AM really at my hometown Alor Setar Kedah. Selain Taiping, saya pernah merasa perasaan yang sama ketika pergi ke HKSBP 2011 di Seremban Negeri Sembilan. Ketika bas memasuki bandar Seremban, entah kenapa ada satu perasaan Deja vu hadir. Tapi, Taiping lebih istimewa kerana saya rasa tenang dan damai. Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya tentang hal ini. Anyway, hanya Allah yang lebih mengetahui kerana ini adalah rahsia Nya.

Di rumah kak ngah saya lepak-lepak jer sambil bukak youtube. While i am being a stalker (i've never thought that i am a stalker but my students said things that i did was a kind of stalking), i found this song sung by Taylor Swift; Enchanted. I like the lyrics. So i think i would like to share it here. Please do read them below....


"Enchanted" - Taylor Swift

There I was again tonight
Forcing laughter, faking smiles
Same old tired lonely place

Walls of insincerity,
Shifting eyes and vacancy
Vanished when I saw your face

All I can say is it was enchanting to meet you

Your eyes whispered, "Have we met?"
Across the room your silhouette
Starts to make its way to me
The playful conversation starts
Counter all your quick remarks
Like passing notes in secrecy

And it was enchanting to meet you
All I can say is I was enchanted to meet you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

The lingering question kept me up
2 AM, who do you love?
I wonder 'til I'm wide awake
And now I'm pacing back and forth
Wishing you were at my door
I'd open up and you would say, "Hey,
It was enchanting to meet you,
All I know is I was enchanted to meet you."

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

This is me praying that
This was the very first page
Not where the story line ends
My thoughts will echo your name
Until I see you again
These are the words I held back
As I was leaving too soon
I was enchanted to meet you

Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you
Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you

This night is sparkling, don't you let it go
I'm wonderstruck, blushing all the way home
I'll spend forever wondering if you knew
This night is flawless, don't you let it go
I'm wonderstruck, dancing around all alone
I'll spend forever wondering if you knew
I was enchanted to meet you

Please don't be in love with someone else
Please don't have somebody waiting on you

p.s# i don't really listen to songs esp English currently, but i like the lyrics. But songs that really struck my heart are Malay songs especially sung by P.Ramlee, Sheila Majid, Siti Nurhaliza and some others. 
p.s.s#  exception for Sami Yusuf. i love his songs very much.
p.p.s# i wish that song was dedicated to me and if that's so; i can't wait any longer... time's running out!!

Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

DAH LAMA SAYA TAK POST APA-APA KAT BLOG... JADI SEMPENA SYAWAL INI, SAYA NAK POSTKAN GAMBAR-GAMBAR RAYA KAT SINI...

SEBELUM ITU, SAYA UCAPKAN:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN!! 











Saturday, August 11, 2012

Perkongsian

Assalamualaikum,

Sudah beberapa hari saya tak update blog. Mungkin disebabkan sibuk dengan beberapa perkara dan juga disebabkan saya tidak berapa bersemangat untuk mengemaskini blog ini. Iyalah saya kurang mempunyai idea dan motivasi pon takdak untuk menulis/menaip.

Alhamdulillah, sehingga saat ini saya berasakan Allah memang sangat-sangat sayangkan saya. Sukar untuk dijelaskan. Tapi, jika kita renungkan sedalam-dalamnya, kita akan sedar betapa Allah itu sangat menyayangi setiap hambanya baik yang kafir, munafik mahupun muslim dan mukmin. Tinggal lagi kita nak bermuhasabah diri sahaja dan melihat sedalam-dalamnya segala nikmat dan rahmat yang kita kecapi. Walaupon sekecil-kecil perkara. AllahuAkbar.

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).


MasyaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

“Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim. Marilah kita bersama-sama mencari redho-Nya.

sebelum saya akhiri penulisan ini hayatilah satu lagi hadis yang dipetik dari kitab Terjemahan Al-Azkar Imam Nawawi m/s 6 ini;

Rasulullah S.A.W bersabda: 
Ertinya:

" Setiap perbuatan berdasarkan dari niatnya, dan setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Siapa     yang hijrahnya diniatkan kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya terhitung kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya diniatkan kepada harta duniawi yang akan dia dapati atau wanita yang akan dia nikahi, maka hijrahnya terhitung kepada apa yang dia niatkan."

InsyaAllah, marilah kita sama-sama membetulkan niat kita, supaya Allah memberi redho-Nya kepada kita. Ameen.

p.s# kredit kepada: http://webhasyuda.tripod.com/harap.html
p.s.s# ditujukan kepada Kak Maryam dan Dayang. Semoga redho Allah bersama-sama kamu. Ameen.
p.p.s# semoga Allah membantu saya membetulkan mana-mana niat saya yang tidak betol. InsyaAllah.

Monday, August 6, 2012

KETAKWAAN, SEBUAH PERKONGSIAN


TAKWA DAN KETAKWAAN
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rizki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS. At Thalaq:2-3)

Pengertian Takwa            
1.Takut kepada ALLAH iaitu menjaga dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan ALLAH S.W.T .
2.Ketaatan dan ibadat iaitu taat  menjalankan dan melaksanakan perintah ALLAH S.W.T
3.Bersih hati dari dosa iaitu menjauhi segala larangan ALLAH S.W.T.

Ciri-Ciri Insan Bertakwa
1.Meninggalkan segala sesuatu yang dilarang dan mentaati perintah ALLAH S.W.T
2.Menghindarkan diri dari segala yang dapat menjauhkan diri dari ALLAH S.W.T
3.Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu.
4 Memelihara dan melaksanakan kehidupan tatacara kehidupan mengikut syariat Islam.
5 Mengikuti sunah Rasulullah didalam ucapan dan perbuatan.  

Bagaimana Menjadi Insan Bertakwa
Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam kerugian dan kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah .Taqwa merupakan kayu pengukur yang menentukan peningkatan martabat dan status manusia di sisi Allah kerana dia menilai seseorang manusia bukan dari kegagahannya,kekayaannya atau pangkat tetapi dilihat dari sifat ketaqwaannya.

Allah s.w.t berfirman maksudnya:
Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.. 
                                                                                                        surah al hujurat:13


Amalan Insan Bertakwa
1.Zikrullah iaitu sentiasa mengingati ALLAH
2.Melakukan solat-solat sunat
3.Taubat
4.Takut kepada ALLAH (al-Khauf)
5.Mujahadah iaitu memerangi nafsu
6.Muhasabah iaitu menjaga gerak geri yang mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T terhadap tujuh anggota seperti mata,telinga,lidah ,perut,kemaluan,tangan dan kaki.
7.Muraqabah iaitu sikap jiwa mengikut ahli tasauf sufi untu.k mencapai darjat rohani yang tinggi.Seseorang meyakini bahawa ALLAH S.W.T selalu melihat dan mengawasi dirinya.
8.Sabar iaitu kesabaran dalam melakukan ibadat ; Sabar dalam ujian ALLAH ; Sabar dalam kehidupan seharian dan sabar terhadap pengaruh kehidupan dunia.
9.Qanaah iaitu menerima dengan rela apa yang ada atau merasa cukup dengan apa yang dimilikinya ; Jiwa merasa lapang dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T ; Hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai ; Menerima dengan sabar segala ketentuan ALLAH ; tidak tertarik oleh tipu daya dunia ; Sentiasa bertawakal kepada ALLAH
10.Warak iaitu makan dan minum pada perkara yang halal dan bersih ; Menjaga pandangan dan pendengaran dari perkara - perkara haram dan syubhat serta sia-sia ; Sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T. ; ikhlas dalam mengerjakan sesuatu ketaatan dan perintah ALLAH S.W.T.; Bersikap pemurah,memuliakan dan mengasihi manusia ; memiliki ilmu pengetahuan yang membolehkan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. ; Tidak menggemari diri dipuji ; Bersederhana dalam soal makanan minuman dan pakaian.
11.Zuhud iaitu meninggalkan kesenangan duniawi untuk mencapai kesenangan akhirat. Zuhud juga membawa erti iaitu meninggalkan segala yang haram dan  menjauhi perkara yang makruh dan syubhat.Pengertian yang lain bagi zuhud ialah Mencari kemewahan dunia yang tidak melalaikan ibadat dan kewajipan terhadap ALLAH.
12.Tawaduk iaitu merendah diri dan taat menghambakan diri kepada ALLAH
13.Istiqamah iaitu berpegang teguh kepada ajaran alQuran dan sunah serta taat menjalankan segala perintah ALLAH dan menjauhi segala larangannya.Bersyukur dalam menerima nikmat ALLAH dan bersabar menghadapi ujian hidup.
14.Tawakal iaitu menyerahkan sepenuh hati,ikhlas dan yakin kepada ALLAH bahawa segala hukum ALLAH tetap berlaku dan takdirnya tidak dapat ditolak dan diatasi, dan menambahkan keyakinan untuk mencapai suatu cita-cita dengan izin ALLAH melalui prinsip berusaha dan berikhtiar serta bersabar menghadapi takdir ALLAH


Sunday, August 5, 2012

Perkongsian: Sunan Musafir: Cinta Fitrah

Assalamualaikum,
Saya ingin tidur tapi hati saya ingin mencoretkan sesuatu terlebih dahulu. Saya baru sahaja habis membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid(RAM); Sunan Musafir. SUBHANALLAH, sungguh indah dan penuh dakwah. Diakhir pembacaan saya, saya ingin sekali bertanya RAM, adakah cinta fitrah di dunia realiti hari ini? Wallahu aa'lam...

ada satu dua petikan ingin saya kongsi disini, jemputlah yer membacanya pendek-pendek ajer;

"Perjalanan itu adalah kesabaranmu. Penantian dan perjalanannmu itu tidaklah sia-sia, meskipun ia satu perjalanan yang sangat menyedihkan.........Kejadian itu membuka mata hatimu pada kebenaran. Sehebat manapun kebatilah pasti akan dikalahkan oleh kebenaran." RAM, Sunan Musafir, m/s 418

"Pada ketika.... kita merasakan tidak punya sesiapa, yakinlah, Allah itu sudah mencukupi segala-galanya."
RAM, Sunan Musafir, m/s 442

"Jangan marah, kerana marah itu nafas syaitan. Maka berusahalah untuk ikhlas dan redha."
".....kawal kemarahan dan ikhlaslah menerima takdir Allah." RAM, Sunan Musafir, m/s 447

- kesemua ungkapan-ungkapan di atas saya tujukan pada diri saya yang sedang dalam ujian Nya. Semoga ia menjadi iktibar pada yang lain.
-Saya sangat mengesyorkan buku ini dibaca sesiapa sahaja yang boleh membaca kerana kisahnya sarat dengan pengajaran dan pedoman. InSyaAllah tak rugi murah sahaja RM 22. Boleh dapatkan di kedai buku POPLAR dan MPH atau mana-mana sahaja yang ada jual buku nih.

Perjalanan dan Penantian + Kesabaran dan Ketabahan = Kebahagiaan





Wednesday, August 1, 2012

Trials of Life



TRIALS OF LIFE
By- Sami Yusuf 

My life is not the same
When I'm too concerned by what they say
Why should I? When I have you
To doubt you would be the worst mistake

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You
No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be
But I know I'll come out stronger in this world

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You
No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

I only want the things
You know is best for me
I'd gladly sacrifice
If that's what you decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that's what you want for me