Make Me Strong - Sami Yusuf

Monday, September 3, 2012

Kata-kata Indah Penyejuk Hati Merawat Duka

Rabiatul Adawiyah:



" Wahai diri, lama mana lagi kamu mahu tidur? Sampai bilakah kamu mahu melelapkan matamu? Saat itu sudah hampir tiba; Iaitu saat dimana kamu akan ditidurkan selamanya dan dipaksa bangun tika hari khiamat."

"Andai kamu tiada keinginan pada dunia, mescaya kamu tergolong dalam golongan mereka yang suci."

"Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengharapkan reda Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak reda dengan ujian Nya. Apa yang terjadi itu adalah kehendak Allah, patutkah kita sebagai hamba Nya berkeluh kesah atas ketentuan Qadak dan Qadar Nya?"

"Sekiranya ini adalah kehendak Allah dengan menurunkan penyakit ini bagi menguji diriku, apakah bisa aku berpura-pura tidak menyedari yang ini adalah kehendak Nya jua?"

Ulasan saya:

Hidup ini penuh dengan ujian serta onak dan duri. Betol kan? Sungguhpun begitu, ia juga penuh dengan nikmat dan keseronokan. Tetapi, kedua-dua perkara yang berbeza ini, bisa saja bertukar sifatnya jika salah satunya di nilai dengan cara samada penuh keimanan atau penuh nafsu (kenapa bunyi seperti ada sedikit kekeliruan yer..hehe)

Sebagai contoh, ujian kehidupan yang penuh kesakitan, bisa saja menjadi nikmat dan keseronokan jika kita mengharunginya dengan penuh keimanan dengan beramal soleh serta sentiasa mengingati akan kematian serta hari pembalasan. Begitu juga hidup yang penuh keseronokan bisa merubah menjadi ujian yang penuh dengan onak dan duri. Bagaimana ia bisa terjadi? Ia akan terjadi jika seorang insan menikmati kenikmatan dan keseronokan hidup secara keterlaluan sehingga dia tidak sedar semua itu adalah ISTIDRAJ. Akhirnya insan tersebut berada dalam kerugian.

Segala ujian maupon nikmat itu datang dari Allah. Seharusnya, kita sebagai hamba Nya sentiasa bersyukur dan ingat pada Allah di atas segala kurniaan tersebut. Tika kita bergembira dengan segala kebahagiaan, ingatlah bahawa semua itu mungkin sahaja seketika untuk kita kecapi lantas seeloknya kita kongsikannya bersama insan-insan lain yang juga membutuhkan kebahagiaan. Begitulah dengan kesengsaraan yang samada hadir lewat kekecewaan maupon kesakitan, sepatutnya kita susuli juga dengan kesyukuran kerana ia juga satu nikmat. Nikmat untuk menghapuskan segala dosa juga ujian untuk meningkatkan darjat seseorang hamba.

 Janganlahn kita keterlaluan dengan segala kebahagiaan juga kenikmatan kerana itu adalah nafsu semata-mata. Tewas kepada nafsu bermakna tercemarlah iman. Manakala saat ketika dirundung derita sentiasalah HusnuzZon dengan Yang Maha Esa kerana sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui segala hikmah dan rahsia Nya.

Perasaan saya:

Hari ini usia saya sudah pon mencecah 31 tahun. Sejak kecil, sejak saya mengenali apa itu sakit, bahagia, suka dan duka, telah banyak yang saya lalui. Tika ini, saat diuji dan kali ini adalah ujian yang terhebat, pelbagai rasa dan perkara yang saya lalui. Susah untuk disampaikan dengan kata-kata yang serba terhad tapi peritnya kadangkala menggongcangkan jiwa yang sangat rapuh dan lemah ini.

Saat ketika diri ini sangat menginginkan kekuatan, sungguh lemah sekali rasanya kerana tiada sesiapa yang memahami apa yang dilalui. Saat itulah jiwa dan sanubari merintih memanggil-manggil Dia yang Satu. Saat itu jualah nafsu yang beraja di dalam diri menghalang, menghalang stiap anggota untuk mencari Tuhannya. Menghalang mata yang penuh dosa untuk menatap sajadah cinta Nya.

Ya Allah, bagaimanakah caranya untuk hamba Mu ini berjaya dalam perjuangan jika keinginan untuk terus dibuai mimpi tidak dapat ku tawan?

Tika diri ini ingin menanam sifat-sifat mahmudah, dan membuang sifat-sifat mazmumah, betapa keseronokan dunia menjadi sungguh indah. Terlalu indah sehingga rohaniah tercemar dengan dosa dan noda. Betapa kotornya cemar itu, rohaniah tidak lagi layak menetapi tubuh ini kerana ia juga mengotori sarungnya. Ya Allah, kemanakah perginya rohaniah ku? Di tempat muliakah ia atau bersama insan muliakah ia?atau ditempat hina dan bersama makhluk hina? Ya Allah, peliharalah ia sebaik-baiknya semoga sampai saatnya ia akan kembali dalam keadaan suci dan murni.

Tuhan ku, saat hambamu dilanda sakit dan sengsara, tidak pernah terhenti keluhan demi keluhan meratapi sakitnya tubuh dan jiwaku. Betapa hamba Mu ini lupa segala sesuatu adalah kurniaan Mu jua. Betapa setiap sesuatu itu penuh dengan hikmah dan rahsia. Hina sungguh diri ini kerana dalam mengharapkan redho Mu, diri ini bersangka buruk pada Mu. Oh hinanya aku..

Ya Allah, betapa hamba mu ini alpa bahawa sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kasih dan sayang Mu mengatasi segala-galanya. Sungguhpon Engkau kurniai hamba Mu ini dengan ujian demi ujian, bukanlah kerana Engkau membenci diriku, malahan kecintaan dan kasih sayanglah diri ini diuji sebegini. Supaya nanti hamba Mu ini mengadapmu di SANA nanti suci dan murni. Ampunilah dosa-dosaku ya Allah.

video



2 comments:

zurinazakaria said...

kak mai..
tersentuh hati zrin baca entry ni..

kak mai, kak mai yg zrin kenal ialah seorang yg kuat..yg tak peduli apaa kata org..yg tau apa yg penting dlm kehidupan..

ctmy said...

terima kasih zurin...
akak sedang diuji... kekuatan itu kadang2 seakan tiada... tapi kerana kasih sayang Nya, akak mampu berhadapan dengan segala yang mendatang. alhamdulillah... doakan akak ya...