Make Me Strong - Sami Yusuf

Thursday, September 6, 2012

LAILAHAILLALLAH - TIADA TUHAN SELAIN ALLAH

Rasanya kebanyakan yang mengikuti blog ini sedia maklum bahawa saya tidak sehat kan. Apapun Alhamdulillah dalam keadaan saya yang tidak berapa stabil, saya masih mampu menjalankan tugas harian saya. MaSyaAllah, sayangnya Dia pada saya. Syukur Alhamdulillah.

Mesti tertanya-tanya sakit macam mana ya? Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya kerana secara kasar saya nampak 'normal'. Sebenarnya, di 'dalam' saya kurang normal. Alhamdulillah, saya masih mampu menjadi diri sendiri walaupon hanya kadang-kadang. Saya rasa cukuplah setakat disitu tentang sakit saya ya.

Kalimah di atas sangat penting bagi saya. Itulah kekuatan saya.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang  Maha Tinggi  lagi Maha Agung





Lemahnya saya rasa kadang-kadang saya sangat mengharapkan kekuatan dari 'seseorang'. Tapi, saya sedar 'seseorang' itu juga seorang makhluk yang juga mengharapkan kekuatan dari Allah SWT. Ya Allah hinanya hambamu ini kerana mengharapkan pada makhluk. Walaupon saya lemah, saya sedaya upaya mengingatkan diri sendiri bahawa hanya Allah yang memberi kekuatan. Saya akui susah untuk mempunyai keyakinan seperti itu, tapi itulah sahaja yang saya mampu lakukan. HANYA DIA YANG BERKUASA. Kerana saya tiada sesiapa. Saya hanya ada DIA. Alhamdulillah.

Sebenarnya saya selalu rasa bersalah. Saya rasa bersalah kerana tidak dapat melupakan 'seseorang'. Kadang-kadang saya jadi benci pada dia (dia tak salah dia tak tau apa-apa pun, saya yang salah sebab tak boleh kawal nafsu). Alhamdulillah perasaan itu sudah berkurangan. Saya rasa bersalah kerana apabila saya teringatkan 'seseorang' itu, saya rasa sangat berdosa. Sungguh-sungguh berdosa. Sanggup saya teringatkan 'seseorang' itu melampau-lampau yang mana seharusnya hanya untuk DIA (contoh: sebelum tidur dan ketika terjaga dari tidur mesti terfikirkan dia @rindu). ALLAH. Tapi, sungguh Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kan? Nikmat dan Rahmat Nya sungguh banyak dan hebat. MaSyaAllah.

Satu hari, seseorang bersuara pada saya; "Awak mesti cintakan Allah. Cari cinta Allah sampai lupa segalanya....."
Ya, saya akan berusaha mencari cinta NYA. Bukan kerana dia tapi kerana DIA. InsyaAllah. Cinta Allah lah yang terhebat kerana kita takkan pernah kecewa hingga ke syurga.

Di sini hari ini saya ingin kongsikan zikir hati dari Hafiz Hamidun... sangat indah, seolah-olah terbuai-buai dengan zikir. Semoga ramai yang mendapat manfaat... Jangan lupa beli CD tau lepas dengar.

video

p.s# Perkongsian saya hari ini bukanlah ingin menunjukkan saya seorang yang baik atau apa-apa. Ini adalah perjalanan yang saya lalui  sekarang ini. Sesungguhnya perjalanan ini sangatlah sukar dan penuh liku. Semoga memberi pengajaran kepada yang lain.
p.s.s# Saya tujukan kepada saudara saya Abang J. Dengar tau zikir ni. La Tahzan La Takhof...
p.p.s# Zikir ini adalah untuk 'seseorang' itu kerana tidaklah hati ini ingin membenci maupon merinduinya. hanya sekadar ingin mencintai dan mencari reda Allah sepenuhnya. Semoga Allah mengampuni saya kerana perasaan ini.


9 comments:

matdarts said...

Looks like the real thing,
Tastes like the real thing,
My fake plastic love...
But I can't help the feeling,
I could blow through the ceiling,
If I just turn and run.

beserah ja.......

tcer_mai said...

it's neither fake nor plastic. it's a true love. a true feeling. it's just that the love is not the ONLY one.
Nanti ct bagi buku tu, abg jan akan faham nanti. insyaAllah...

tcer_mai said...

the feeling is a gift from Allah. it's just a matter of how we perceive the feeling.

matdarts said...

i need a distractions...but can't do it if still here...arghhhh...what can i do....?? just stay put.... lantak la jadi apa pun... no so important for me right now to think bout it...

matdarts said...
This comment has been removed by the author.
matdarts said...

typo2....
anyway sori ganggu....
perangai dah macam ni...
jiwa kacau sikit...hehe..
bubye2...

matdarts said...

lama senyap???

ctmy said...

ada.busy dengan skul... buku tuh ct tak dan nak bagi.. ct stay kat hostel dah 2 minggu... balik kejap2 ja... next week after pmr, i'll be free.. maleh nak update...fikiran runsing sikit.
punya maleh nak sign in komen as anon..
-ct-

matdarts said...

tak jd anon pun...ok2 tak pa...saja2 ja ngacau...