baru2 ni ader berjumpa dgn 3 org bekas pelajar... mereka adalah; adenin, aisah dan fatin naimah... kitorang jumpe kat foodcourt aneka.. sdap jgak makan kat situ. bile2 bleh makan lagi kat situ...
kitorang lepak2 kat situh takdelah lame sangat tapi cukuplah nak berkongsi2 cerita...
so latest news bout those gurls are; adenin dapat pre-tesl uitm&matrix, aisah lak dapat maktab(course english+pjk) and fatin naimah dapat matrix&pharmacy uitm... hanya aisah jer yang comfirm nak gi maktab... adenin lak masih menimbangkan nak gi pre-tesl...manakala naimah tak dapat lagi wat keputusan nak gi maner (setakat yang saya tahu kali terakhir jumpa hari tuh)...
satu perkara yang menarik tentang ketiga-tiga gadis sunti ini ialah, mereka sangat minat dengan bidang pendidikan... kagum dengan semangat yang mereka ada... di harap suatu hari nanti mereka dapat menjadi pendidik yang cemerlang dan berjaya...(saya sekadar insan yang hanya mampu berkongsi ilmunya, pengetahuannya juga pengalamannya..tidak cukup cemerlang untuk menjadi pendidik)... selamat berjaya adenin, aisah juga naimah...=)
memang beruntung diorang sebab dapat 2 panggilan... dan dari apa yang saya dengar, ramai geng2 supermassive yang dapat 2 tawaran sekaligus... dapatlah diorang wat pilihan yang terbaik...
nasihat saya di sini, dalam membuat pilihan yang terbaik, fikirlah apa yang terbaik untuk diri anda.... apa yang di maksudkan dengan yang terbaik untuk diri anda itu ialah dari segi minat, kecenderungan, kemampuan, potensi diri, serta peluang di masa hadapan.
mungkin ada dikalangan kita yang sedang memilih diantara minat dan peluang di masa hadapan.. oleh itu perkara lain haruslah diambil kira . contohnya, kursus yang ditawarkan adalah yang betul2 kita minati namun kita mungkin tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mengikuti kursus itu, jadi pilihlah kursus yang memberi kita peluang yang cerah di masa hadapan. kadangkala minat dan kemampuan kita tidak sama...
begitu juga kecenderungan..sebagai contoh, kita sangat meminati bidang perubatan, tetapi kita lebih cenderung dalam bidang sains sosial(sbg contoh undang2)... jadi seeloknyalah memilih bidang yang kita lebih cenderung kerana kita lebih mahir ke arah itu...
pendek kata, jika satu sahaja pilihan yang kita ada sudah tentulah mudah segala urusan... tetapi dengan situasi untuk memilih antara dua, pilihlah sesuatu yang menjaminkan masa depan...
akhir kalam, tepuk dada tanyalah selera... adios amigos =)
No comments:
Post a Comment