masa sekolah dulu @ masa kecik2 aku n abang sangat suka tengok katun xmen... dan watak yang paling aku gemar ialah wolverine... era aku tgk katun nih, dragonball dah pon wujud... dan sememangnya ia adalah antara wajib ditonton setiap hujung minggu... kiranya bila movie xmen pertama kali dtayangkan,aku n arwah abang antara peminat2 yang tak sabar nak tengok... dan sememangnya kami tidak pernah terlepas siri2 exmen yang seterusnya... aku masih ingat ketika itu aku pulang bercuti semester dari Uitm shah alam. Arwah abang pula ketika itu sudah pon sakit tetapi masih kuat dan segar menjalani hidup dengan gembira.. sedang aku melepak dan menonton maraton cerita Harry Potter yang entah keberapa puluh kali, abang masuk ke rumah seteleh pulang dari kerja lalu melempar sebungkus plastik hitam ( aku pon heran kenapa kedai tuh selalu guna plastik hitam) seraya berkata, "takdak cerita lain ka nak tengok?nih cerita xmen baru..dvd." aku dengan gembiranya mengambil bungkusan itu lalu melihat isinya.. tersenyum lebar... tapi abang antiklimaks... dan dia pon kata, 'hah jangan dok tengok lagi, abang nak tengok dulu".. tidaklah kecewa tapi sedikit geram, sebab takdapat nak tgok pada masa itu juga ketika dvd tuh masih lagi panas dari kedai...
akihirnya aku dapat jugak tengok cerita xmen tuh dgn abang... hehehe... itulah antara kenangan yang aku ada dengan abang... huhuhu
sebenarnya banyak katun2 kegemaran aku yang dah jadi movie... yang belom lagi rasanya sailormoon... batman, spiderman, superman, xman, dragon ball sumernya dah di buat movie... masa kecik2 dulu suka berfikir, mamcamnalah rpanya bila katun nih jadi kenyataan(nampak real)... soo sekarang dah tengoklah..ada yang best dan ada juga yang tak berapa... tapi sebagai peminat tentulah akan tetap melayan ....
ada satu kisah tentang katun Transformers dan movie Transformers... ooo sememangnya aku gila tgk katun.... tapi transformers nih aku tak layan sangat sebab dia cerita robot yang boleh jadi kenderaan... tapi disebabkan arwah abang suka sangat tengok transformers (ini memang favourite dia, abang ada kad2 transformers, buku stickers transformers, mainan transformers dsb)so terpaksalah aku mengalah nak tengok katun lain yang aku suka pada masa tuh....
satu hari rasanya beberapa bulan sebelum abang pulang ke-Rahmatullah, masa tuh kalau tak salah ada movie baru yang akan keluar...oh ya cerita xmen terbaru...yer yang terakhir sbelum wolverine.... kebetulan pula ada katun transformers ditayangkan semula di tv2 dan sememangnya arwah abang memang tak lepas tengok...aku sambil2 memicit badan abang yang semakin uzur pun berkata, " hmm suma katun dah ada movie, transformers ja belom, bila hah depa nak kuaq movie dia?".. abang diam ja, tapi seketika kemudian dia pon cakap nanti adalah tuh zaman kan dah canggih.... dari riak wajahnya aku dapat lihat seolah-olah dia tertanya2 adakah dia sempat untuk melihat cerita tuh... dan aku rasa kalu abang dapat hidup sampai sekarang, dia mesti antara peminat yang tak akan lepas peluang tgk tranformers diterjemahkan dalam bentuk nyata...
apabila tranformers kuaq, aku antara orang yang pi beli dvd(pirated hehehe)bila tgk movie Transformers tuh, rasa sayu saja sebab teringat perbualan aku dan abang. Transformers the movie kuar selepas setahun abang pulang kepangkuan Ilahi...
Di sekolah ada sorang cekgu nih, budak2 panggil cikgu mas (takdak sebab2 istimewa, menyebut nama sekadar cerita)bunyi sms dia adalah bunyi transformers(optimus prime). Setiap kali aku terdengaq bunyi handphone dia, aku mesti teringat incident perbualan aku dengan abang...
Transformers memberi nilai sentimental dalam hidup aku...=(
No comments:
Post a Comment