Make Me Strong - Sami Yusuf

Thursday, December 22, 2011

PEMBETULAN: KEDUDUKAN TOP 30 DAN TOP 60

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 2012. MAKLUMAT TERKINI YANG TELAH TCER DAPAT DARI SBP EXCELLENT MENUNJUKKAN ADA BEBERAPA PERUBAHAN BAGI TOP 30 DAN 60. DI BAWAH AKAN TCER SENARAIKAN NAMA2 PELAJAR KELAS 5P DAN 5S.

SENARAI NAMA PELAJAR 5PROACTIVE:

  1. FATINI SHAARI
  2. SITI NUR AMIRAH
  3. NOOR ADILAH SYAZWANI
  4. AUFA AMRI
  5. IZZAT IRFAN
  6. SITI NURAZWEEN
  7. NUR ARIFF
  8. HUSNA IZZATI
  9. NIK RAIHAN
  10. ALIF SOFI (COP)
  11. NASHRUR FAIZI (:-o)
  12. IZHAM IZZAT
  13. ALIFF ASYRAFF
  14. ZARITH AZLIN (:-o)
  15. IZZATI ROSIDI
  16. SARIFAH SALWA
  17. AHMAD SYUHAIL
  18. CHE T
  19. IZATUL AFNI
  20. HARRIS MAJDI (:-D
  21. NAFIZ NADZRI
  22. ALIA SAFFA
  23. ZAID SABIQ
  24. SYAHRIL ZAKARIA
  25. SITI KHODIJAH
  26. FARAH HANIM
  27. KHARUL AMIR
  28. NOOR AISYAH
  29. SITI AINI NABILAH
  30. AMIRAH MAHFUZAH (:-D)
SENARAI PELAJAR KELAS 5SMART:

  1. AHMAD NAIM NOOR- (now youll be much happier)
  2. SHAZRUL FIZRI
  3. ASYRAF AHMAD
  4. DANIAL FITRI
  5. ADAM AFIQ
  6. MOHD FAUZEE
  7. NUR AMIZA
  8. NABILA ALIYA
  9. HANANI MUNIR
  10. ANNAZATUL ZAIMAH
  11. AMALINA BASHIR
  12. HAZEEM HAKIMI
  13. SYED
  14. SITI NABILAH
  15. SYAZWAN KASFUL
  16. AZHAR
  17. WAN PAU
  18. ZULKARNAIN
  19. AMIRUL HAKIM
  20. NUR NAJIHAH
  21. AUZAI'E - Oh here goes annmj"s best fren
  22. NORNAZIHAH
  23. NUR NABILAH
  24. AMIN
  25. NAJIHAH HUSIN
  26. IZZUL FAIZ
  27. ASYROF WAJDI
  28. AMIRUL IRWAN
  29. NORSHUHADA ALI
  30. HARISFADHILAH
P.S# Bagi kelas E,N,A dan K, nama-nama pelajar akan disusun secara random. Itu bergantung kepada ustazah Naimah Jaafar. Sebarang kemusykilan, bolehla hubungi beliau. Hehe ada berani?
P.p.s# Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada ustazah Naimah Jaafar. Tetapi saya telah di maklumkan kelas 5P dan 5S akan mengikut kedudukan dalam tingkatan. Maknanya bagi 4 kelas yang lain tidak mengikut ranking. Semua pelajar akan bercampur kecuali 60 orang diatas.
P.p.s.s# Kedudukan top 60 hanyalah satu sistem untuk memudahkan sekolah membuat benchmark. Pelajar-pelajar lain tidak perlu risau, kerana anda akan tetap diberi tumpuan sepenuhnya oleh para guru. Usaha anda adalah penentu kejayaan anda. InSyaAllah.

KEPUTUSAN PMR, TAHNIAH SAINA

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. ITULAH UNGKAPAN YANG TCER BOLEH SEBUT DAN SEBUT. TAHNIAH PADA SEMUA SAINA PMR CANDIDATE 2011. KEJAYAAN ANDA TELAH MENYERIKAN LAGI SEKOLAH KITA. BERKAT DOA SEMUA TELAH MEMBERIKAN KEJAYAAN YANG GEMILANG. SAINA TELAH LAMA SUNYI DARI KECERIAAN SEBEGINI. TAHNIAH SEMUA.

DI SINI TCER NAK UCAPKAN TERIMA KASIH PADA SEMUA PELAJAR DAN SEMUA ORANG YANG TELAH MENDOAKAN KEJAYAAN INI. SEMOGA KITA DICERIAKAN LAGI DENGAN KEPUTUSAN SEBIGINI PADA TAHUN HADAPAN. IN-SYA-ALAH.

TAHNIAH SAINA DENGAN KEDUDUKAN NO 1 TERBAIK NEGERI KEDAH DENGAN LEBIH KURANG 86% MENDAPAT STRAIGHT As.

p.s# pada 18 orang pelajar yang tidak mendapat 8 A, jangan risau atau gundah kerana hidup anda belum berakhir malahan anda juga telah berjaya. Tahniah semua!!

Monday, December 19, 2011

PMR 2011 Result

Attention to all PMR 2011 candidates, the result will be out on 22/12/2011.
All candidates can get their result scripts at school at 10.00 o'clock in the morning. Please wear appropriate attire when you come to school as it is a formal event.
Last but not least, good luck to you all and i hope that you will be strong in facing the day. What's done, is done. Just pray to Allah for his blessing. InSyaAllah.

Thursday, December 15, 2011

Lagi Sekitar Majlis Resepsi Teacher Hehmalata





p.s# hehehe sama je.. just gambaq adam yang tambah

Sekitar Majlis Resepsi Hehmalata dan Ranjit

Hari ini, 15/12/2011 maka terasmilah Hehmalata a/p Arumugam (cikgu sejarah SAINA) menjadi Puan Ranjit. Tahniah Hema! Saya bersama rombongan guru-guru SAINA bergerak ke Dewan Wawasan Jitra pada pukul 7.45 malam dan tiba pada pukul kurang lebih 8 malam. Majlis berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran para tetamu dan juga iringan muzik ala filem Tamil. Oleh itu mari kita saksikan gambar-gambar yang diambil sekitar majlis tersebut. Mari.










Wednesday, December 14, 2011

KOD LEMAK BABI

Ketika saya dok buat blog walking, saya terserempak dengan kod-kod ini. Tapi malangnya saya tak ingat blog mana. Pada sesiapa yang tahu silalah maklumkan di ruangan komen. Terima kasih. Jadi kepada semua pembaca blog yang yang sempoi nih, salinlah kod-kod dibawah sebagai rujukan di masa hadapan agar kita tidak tersilap termakan babi. Semoga Allah memelihara kita dari najis berat ini. InSyaAllah.

Kod lemak babi

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

ATTENTION PLEASE!!

ASSALAMUALAIKUM,

ATTENTION TO ALL MY FORM 4 STUDENTS. IF YOU ARE STILL CLUELESS ABOUT YOUR PAT RESULT OR YOUR FORM RANKING, YOU MAY CONTACT ME AT MY NUMBER. IF YOU DO NOT HAVE MY PHONE NUMBER, DO CHECK IN SAINA'S DIARY OR WITH YOUR FRIENDS.

FOR YOUR INFORMATION, THERE ARE ONLY 11 MALE STUDENTS LISTED IN THE TOP 30 LISTS. APART FROM THIS, I STILL HAVE NO IDEA REGARDING FORM 5 CLASS ARRANGEMENT. ANYWAY GOOD LUCK FOR NEXT YEAR.

HERE ARE THE NUMBER OF STUDENTS FROM EACH CLASS THAT ARE ENLISTED IN THE TOP 30 LISTS:
P- 6, S- 7, E- 10, N- 3, A- 1, K- 3 = 30

ON THE OTHER HAND, TO EVERYONE WHO KNOWS ME PLEASE DO TEXT OR CALL MY NUMBER AS I HAVE LOST ALL OF MY CONTACT NUMBERS.

THANK YOU.

Tuesday, December 13, 2011

YA ALLAH PANDANGLAH HAMBAMU

Ya Allah Sudilah Memandang Kami

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu.

Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada.
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini.
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu.
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri.
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini.
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri.
Ya Rabbi, sudilah pandang aku.
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.

Aku tahu,
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri.
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah.
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya.

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya,
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan.
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu.
Pandanglah aku dengan keampunanMu.
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu,
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu. Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini, Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu?
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?

Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah,
Apabila memikirkan saat itu.
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini.
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan.
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu.
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja.

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa.
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah, aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda.
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik? Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu.
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu.

Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu.
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu,
Agar mudah jalanku ke JannahMu.
Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu.
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak.

Ya Allah, dengarkanlah rintihan dan permohonan hatiku ini.
Hadiahkanlah cahayaMu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu.
Amiin Ya Rabb..
Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah.


:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::
dipetik dari:
http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/11/ya-allah-sudilah-pandang-kami.html

Saturday, December 10, 2011

Angry...Urrgghh

Assalamualaikum....

I think all this while i have never posted anything showing my chagrin or annoyance. But today i am going to break that clean record.

Today i am going to spill out my animosity. I am so pissed off and disappointed at the same time.
For all of my students who used to see my red J108i Sony Ericson hand phone, i would like to announce that it is gone.
It's gone everyone!!




This is my second time having lost a handphone. I am so sad as i really like that hand phone. I know that it is not the most advance type one but i really like it as it looks cool. Besides i could search the internet anytime easily. I really find it accessible to use the thesaurus. Oh God i am so sad and pretty angry as well.

Im not sure how, but i suspect that it is stolen by the same person who stole my previous handphone. He is pretty lucky this time as this one is much better and not that old. I am not sure what is happening to my neighbourhood. Eventhough we know that there is a thief, we are still being forgiven for this person. Is it because we are trying to give him a chance to change for betterment or it is simply ignorant?? The latest incident is actually the forth one. Hence, what should we do to this person? Forbid him from entering my house? or just tell his parents?

Yes, that's the problem. His parents; we cant just tell his father since he is a very angry man. His father would just kill him for that. How about his mother? Oh ho, no no no... she might try to give as many excuses and stories as possible to cover the whole thing. In the end what should we do? Nothing! Nothing! Simply Nothing!!! I am not saying that my family and I are kind and nice people, but we do not have any choice just to accept the destiny or unfortunate event as it is. We know that this is just another test from Allah.. I am questioning myself; what else will he be stealing next time? May Allah forgive me for my animosity. And may Allah forgive and repay his doing fairly.




P.S# I am sorry if any of you might find reading this entry disturbing. I am so sad that i need to throw this somewhere. It's just my two cents. :-{


KUCING BUKAN NAJIS?

Kucing Bukan Najis






Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengiut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas". Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

p.s# kalau anda digigit atau dicakar oleh kucing, seeloknya suruh kucing itu atau mana-mana kucing yang ada jilat tempat luka tersebut. In-Sya-Allah luka tersebut tidak akan dijangkiti kuman.

Monday, December 5, 2011

Purdah for A.T.A

















To A.T.A

nih ader gambar seorang gadis berpurdah cantik sangat mata dia. SUBHANALLAH...
(i have no reason why i dedicate this to you haha)

kalau mata saya secantik nih, bukan muka jah, mata pon wajib tutup..

apa pon pada semua girls kat sana bersyukurlah dengan apa yang kita ada dengan memeliharanya dengan baik..

kecantikan luaran akan lebih menarik kalau dalaman pun cantik. tapi kecantikan dalaman lebih baik kerana ia lebih utuh.
jadi, pilihlah kecantikan dalaman berbanding luaran.
macamna nak tahu cantik dalaman atau luaran?
jawapan; don't judge the book by its cover...

mai's two pieces of mind

Menjawab Soalan Tentang Surat Berantai


Assalamualaikum,

Post kali nih adalah untuk menjawab soalan students saya berkenaan surat berantai.

Okaylah, untuk pengetahuan semua sejak saya sekolah menengah, masuk U dan sampai lah bekerja memang banyak jugak saya dapat surat berantai. Tetapi boleh kata 90% daripada semua surat-surat tersebut saya tak forward pon (antaranya sebab kredit takdan dan sebab lama tak bukak email hehehe =D). Alhamdulillah, hidup saya diberi Rahmat sentiasa oleh Allah SubhanahuWataala tapi Rahmat tuh bukanlah disebabkan oleh surat-surat yang saya dah forward tuh. Rahmat tuh disebabkan oleh kasih sayang Allah pada saya jua. Dan mana-mana yang saya tak forward tuh tak pulak bagi kesan negative pada saya walaupon dalam hidup saya nih memang banyak jugak musibah. Tetapi sebenarnya ia bukanlah musibah malahan ujian yang dikurniakan oleh Allah untuk meningkatkan keimanan saya dan untuk menegur saya daripada terus lalai dengan nikmat dunia.

Cuba kita fikir, tidakkah surat itu seolah-olah menghina Allah yang menguasai seluruh alam cakerawala ini dengan menyatakan kalau tak forward akan dapat bala. Takkanlah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang nak bagi bala pada hambaNya dengan hanya kerana tak forward mesej-mesej tersebut? Ada satu ketika saya dapat satu mesej berkenaan Palestine kalau tak salah, sudah agak lama saya tak ingat pasal apa; anyway, saya tetap forward tapi saya delete tang bahagian yang kalau tak di forward dalam masa bla bla bla...kerana bimbang nanti ada orang dok percaya sangat dengan tag "kalau tak forward ...". saya tetap forward bukan kerana takot tapi kerana saya rasa isi/intipati mesej tersebut ada kebaikan. Jadi apalah salahnya kita forward kalau ia dapat memberi ilmu mahupon dakwah pada orang lain.

Maksud saya di sini, janganlah kita terlalu percaya ataupon taksub dengan mesej atau surat berantai. Kerana dibimbangi ia akan merosakkan akidah kita. Bukankah sebarang Rahmat atau Musibah adalah dalam pengetahuan Allah Subhanahuwataala, kita tak tahu tentang semua ini. Seandainya kita diberi Rahmat dan Nikmat dariNya adalah kerana Allah bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Samalah juga kalau kita berhadapan dengan ujian. Bukanlah bala atau musibah tapi kasih sayang sang Pencipta sekelian alam cakerawala ini untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik dan beriman.

Surat ataupun mesej berantai tak ada kuasa apa-apa pun dalam hidup kita. Apa sahaja yang terjadi dalam hidup kita adalah dengan kekuasaan Allah jua. Cumanya kita hendaklah menggunakan nikmat akal yang diberikan untuk berfikir dan mencari hikmah disebaliknya.
Jadi pada sesiapa yang dapat mesej-mesej atau surat-surat seperti itu, usahlah takut atau bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kalau kita tak nak forward semua itu. Tidakkah ia menyusahkan kalau dapat mesej macam tuh and at the same time kredit takdak. Takkanlah Allah nak paksa kita topup semata-mata nak dapat Rahmat dari Dia? cuba pikir (eh macam ada hidden agenda kan surat dan mesej berantai ni) Tapi seandainya nak forward mesej-mesej tuh (tak kisahlah via email or mesej ker) buatlah kerana Allah dengan niat nak berkongsi ilmu dan nak berdakwah moga-moga orang lain dapat juga kebaikan. Tapi, padamlah bahagian yang ala-ala macam ugutan tuh. Sebabnya kita mestilah takmau jadi orang yang boleh menyebabkan akidah orang lain rosak kan. Niatkanlah dalam hati sekadar nak berkongsi ilmu atau nak berdakwah (selalunya surat atau pon mesej berantai isinya ala-ala dakwah atau pon doa2 yang baik). Kan berkongsi ilmu tuh satu amalan mulia. Hah kan dapat jugak pahala.

Akhir kalam, tepuk dada, betulkan niat dan padam mana yang tak patut ada.
Bye cau cin cau...

p.s# Naim noor, dah terjawab ke persoalan kamu?
p.s.s# Abdullah thanks for your answer... betol3x tcer setuju ;-D

Tuesday, November 29, 2011

LAGU BANGAU OH BANGAU - SEBUAH KIASAN KLASIK MELAYU

BANGAU OH BANGAU- SINIS ISLAMIK

Bangau Oh Bangau
Kenapa engkau kurus,
macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.

Ikan Oh Ikan,
kenapa kau tak mahu timbul,
macamana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.

Rumput Oh Rumput,
kenapa kau panjang sangat,
macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.

Kerbau Oh Kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macamana aku nak makan,
perut aku sakit.

Perut Oh Perut,
kenapa engkau sakit,
macamana aku tak sakit,
makan nasi mentah.

Nasi Oh Nasi,
kenapa engkau mentah,
macamana aku tak mentah,
kayu api basah.

Kayu Oh Kayu,
kenapa engkau basah,
macamana aku tak basah,
hujan timpa aku.

HUjan Oh Hujan,
kenapa kau timpa kayu,
macamana aku tak timpa,
katak pangil aku.

Katak Oh Katak,
kenapa kau pangil hujan,
macamana aku tak pangil,
ULAR nak makan aku.

Simbolik dari lagu ini

Bangau = Agama
Ikan = Ilmu agama yakni Ilmu Allah
Rumput = Maksiat berleluasa
Kerbau = Ulamak Dunia
Perut = Sumber kepada penyakit
Nasi Mentah = Rezeki dari apa sahaja walaupun sumbernya haram.
Kayu Api Basah = kemudahan yg ada tetapi tidak membawa faedah
Hujan = Rahmat yg di sangka tetapi bala yg diterima
Katak = seolah-olah melaungkan pada yg tidak sudi
Ular = Kisah Ular yg menolong Iblis memasuki syurga.

Jadi marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini yg telah di wariskan kepada kita yg di akhir zaman ini agar kita berfikir.

p.s# posting ini bukan karya saya. tapi maaf saya terlupa dari mana saya ambik. pada sesiapa yang tahu tolong inform di bahagian comment ya. terima kasih!

Friday, November 4, 2011

Saya Rasa Sakit Hati

macam yang anda baca kat tajuk di atas, saya rasa sangat-sangat sakit hati. Saya sedang tengok tv3 rancangan ala-ala Academy Awards matsaleh yahudi iaitu Anugerah Skrin. Saya rasa sakit hati sebab ada slot artis lelaki dan wanita nyanyi duet. pasangannya ala-ala sejoli la. kenapa saya rasa sakit hati? ini kerana ketiga-tiga pasangan menyanyi dengan penuh romantis. ntahlah saya rasa perkara2 macam nilah yang membuatkan anak remaja kita jadi terlalu asyik masyuk dengan dunia cintan cintun. bila depa dok tengok aksi-aksi romantis, mulalah depa pun nak buat. alasan macam-macamla sebab kasih la, cinta la, sayang la dan macam-macam lagi. masyarakat yang dok tengok pon kata ; ala cinta budak-budak cinta monyet ja. kalau dulu-dulu zaman tok nadak bolehla depa kata macam tuh. tapi zaman laa ni zaman it. depa cinta bukan lagi cinta monyet! tapi dah jadi cinta gorila, cinta gajah atau cinta badak. cinta depa tak mainla pegang-pegang tangan atau nyanyi-nyanyi bawah pokok ka apa, cinta depa cium-cium, raba-raba and pegang-pegang. cinta budak-budak laa nih advance! tak payah la nak buat sex education kat depa. depa siap dah tau position lagi. ish ntahlaa kami pon taktaulah. kiranya macam-macamlah yang depa tau. jadi berbalik dengan isu kenapa saya rasa sakit hati, kadang-kadang saya rasa benda2 kat tv nih macam satu motivasi (yang burukla) untuk budak2 pi dok bercinta. since budak2 nih dah advance, depa takmaulah takjat pegang2 tangan. mestilah nak wat yang lebih dahsat. jadi, dari sini saya boleh kata tv nih bukan pengaruh yang baik tapi ia mempengaruhi masyarakat terutamanya remaja dengan budaya yang tak baik. lebih teruk lagi. jadi pada semua yang dah jadi mak and bapak pantau2lah anak2 anda dengan baik. dan pada anak2 remaja, jangan mudah terpedaya and tertipu dengan apa yang ada kat tv tuh. ada paham? jadi itulah posting terkini saya yang paling sempoi. anyway bubye.

Monday, October 10, 2011

TOLERANSI UMAT ISLAM DICABAR?

sumber: http://akhzaman.blogspot.com/2011/10/mala-petaka-untuk-malaysia-bila_09.html

Mala Petaka untuk Malaysia bila toleransi umat Islam semakin dicabar


Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.
Satu kelainan bermula. Raja dan Sultan Melayu mula mengorak langkah menjadi penghulu kepada umat. Satu perubahan positif mendaulatkan Islam di negara ini dan ini akan membantu menghalangkan serangan brutal beberapa pihak terhadap kedudukan Islam dalam Persekutuan.

Islam dinodai oleh bukan Islam dan malangnya ia diizinkan oleh individu Islam yang berkepentingan.

Kemelut demi kemelut melanda Malaysia, negara yang selama ini diterima dengan penuh kesedaran sebagai sebuah negara merdeka yang bertuankan bangsa Melayu, ia diterima tanpa sebarang prejudis. Selama ini juga Islam telah diterima sebagai agama negara dengan rela oleh semua warganya. Sebelum ini semuanya berlangsung dengan baik, tiada usaha menggugat kedudukannya yang telah dinobatkan dengan rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan. Akhir ini, gugatan muncul bertali arus. Islam dinodai dengan rakus. Hal ini mewujudkan kecelaruan yang sungguh menyedihkan.

Tidak dinafikan kemelut ini bakal semarak menjadi krisis. Islam dirobek dan tidak mustahil ia bakal dinafikan terus jika ada peluang dan Melayu pula akan disama ratakan dengan bangsa pendatang. Tiada lagi kelebihan setelah dirampas haknya. Sedikit sebanyak ia menghiris hati dan menggurus perasaan suatu bangsa yang telah banyak berkorban menyerahkan sebahagian dari haknya kepada saudara dari bumi asing.

Negara kini bakal berdepan dengan pelbagai asakan luaran dan dalaman sama ada secara terbuka mahupun sebaliknya. Kecenderungan baru semakin meningkat. Semuanya membawa kepada kehancuran. Semua ingin dicorak semula termasuk perkara-perkara yang bersabit dengan agama. Segala-galanya mahu diubah kononnya atas nama demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, keterbukaan, liberalisme dan pluralisme.

Kemusnahan ummah kini akibat pencerobohan baru, berselindung si sebalik perjuangan dan kemodenan. Licik dan halus, berbeza ketika zaman lampau angkara pencerobohan Alfonso di Albuquerque, Stamford Raffles, Francis Light mahupun Yamashita.

Pencerobohan baru meliputi perlanggaran kalimah suci "Allah" sehinggalah kepada manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara. Siapa dalang disebalik semua ini?

Hakikatnya semua ini akan menjadikan Islam sebagai mangsa secara langsung atau tidak. Tujahan terhadap pemerintah diseret bersama kebencian terhadap bangsa dan agama pribumi. Sesuatu yang amat menyakitkan.

Ia telah pun berlaku. Persoalannya apakah yang perlu dilakukan selepas ini? Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan di dalam dewan besar, moden dan serba dingin tetapi di luar sana - seluruh pelosok tanah air.

Cabaran umat Islam semakin kritikal. Ekonomi orang Islam yang merupakan golongan majoriti masih jauh tertinggal dibelakang, kemiskinan terus menghantui dan menyepit, perpecahan pula menjadi-jadi dan kuasa yang ada kini semakin mendekati hujung tanduk.

Satu kongres melibatkan umat Islam dan didokong sokongan padu raja-raja Melayu telah diadakan baru-baru ini. Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Ia sesuatu yang luar biasa yang mana belum pernah Raja dan Sultan terutama Yang Di Pertuan Agung menghadiri kongres sebegini. Ini menunjukkan bahawa sesuatu yang gawat telah melanda bangsa ini. Maka kongres itu menuntut lebih banyak gerakan susulan untuk mencetuskan gelombang kesedaran baru. Kedudukan Islam harus dipelihara sebaiknya.

Kekuatan dan perpaduan umat Islam akan melimpahkan faedah besar buat kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Ia telah dibuktikan selama puluhan tahun. Kedaulatan Islam adalah center of gravity dalam konteks keselamatan nasional.

Pada akhir titah, Raja Nazrin sebagai pemangku Sultan perak sebak selepas menitipkan doa. Kita turut terharu sambil mengenangkan kian banyak pencerobohan baru, serta apa kesudahan nasib umat Islam di tanah air ini nanti.


"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.


Ucapan penuh Raja Nazrin pada kongres ini wajar direnung bersama bagi mentafsirkan kegawatan yang melanda umat ini sekarang.

Raja Dr. Nazrin Shah menyampaikan Titah DiRaja sempena Kongres
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur,

SEGALA puji tertentu bagi Allah Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening - ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi - menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini.

Dengan segala kerendahan sifat - kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.

Selawat dan kesejahteraan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada Allah SWT sehingga ke hari kebangkitan.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi' Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini.

Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."

Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah.

Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut iaitu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja.

Menjunjung titah duli-duli yang maha mulia raja-raja, patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan duli-duli tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh patik, menyempurnakan hasrat duli-duli tuanku, untuk patik menzahirkan titah diraja atas tema 'Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah'.

Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam.

Betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan duli-duli yang maha mulia itu, sebagai pewaris kepada tujuh wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa.

Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di negeri-negeri. Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun ke-14. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka.

Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409, Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu, dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi - begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu.

Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh Allah SWT.

Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat.

Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru.

Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya.

Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan.

Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)" . Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia.

Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan.

Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak. Di Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing.

Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Di Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi.

Di pertengahan abad ke-19, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan.

Dalam abad ke-20, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak .

Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini .
Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman - lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah 'lex loci of the land'.

Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di negeri-negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

"If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya.


''In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal".

Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan-kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di negeri-negeri.

Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain, telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia.

Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.

Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah.

Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

Dalam kes Dato' Menteri Othman Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus , Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

"In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way - with less rigidity and more generosity than other Acts" (see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

"It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment."


Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja.

Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain - lawan - Fatimah Sihi dan yang lain, telah memberikan tafsiran berikut:

"... Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak.

''Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatur suai dan di hala tuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam...."

Setelah 54 tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah 13 Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah 12 kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa.

Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.

Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka.

Ummah wajib berdiri teguh - berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah.

Abdullah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Raffles pada 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah.

Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi.

Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaanCommon Law Inggeris.

Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan - satu nyanyian, satu perkhemahan - satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam - setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah - satu ceramah.

Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.

Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.

Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Raffles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael.

Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar.

Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca daripada satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut - yang semakin mereputkan ummah.

Umat Islam wajib menghayati semangat "Bersatu teguh, bercerai roboh". Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka.

Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan.

Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademik dan pelbagai organisasi, bercantum tekad - bergabung usaha, bersatu suara - bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah.

Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh akidah.

Hari ini nama suci Allah, dilaporkan telah digunapakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam - tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam - tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah.

Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

Kalimah suci Allah bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'Tuhan' walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas, Tuhan Maha Suci - Tuhan Maha Agung.

Allah adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

"Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah";

Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini.

Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian Ilahi terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja.

Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, Keesaan Ilahi, Allah yang "satu" lagi berkuasa di atas segalanya, Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam Allah mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Berpeganglah kepada kebesaran Ilahi, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar.

Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah, datangnya dari Allah, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.

Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja "mengALLAHkan" apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah.

Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa.

Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia.

Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik - langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik.

Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan.

Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi - pelbagai kebimbangan - pelbagai keresahan.
Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu.

Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap pribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai.

Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam suasana pimpinan politik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh - platform penyatuan yang bebas dari politik berparti.

Majlis Agama Islam (MAJLIS) di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat.

Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara.

Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri.

Majlis Agama Islam diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

Majlis Agama Islam Negeri berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajib secara tegas - secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam - demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya.

Majlis Agama Islam wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, 'MAJLIS' perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi.

'MAJLIS' wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

Justeru, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: Memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah. - sumber

** inginkan pembacaan selanjutnya sila ke laman ini: