Make Me Strong - Sami Yusuf

Tuesday, May 22, 2012

Kisah Bayi dan Bahagia seorang Ibu

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu


Sumber: http://scripters.ning.com/forum/topics/perbualan-seorang-bayi-sebelum-kelahirannya-1





Monday, May 21, 2012

I LOVE THIS VIDEO....

ASSALAMUALAIKUM,

BEFOR I GO TO BED I WOULD LIKE TO SHARE THIS VIDEO... THIS IS A S A REMINDER TO NOT ONLY ME, BUT ALSO TO EVERYONE WATCHING THIS VIDEO... ESPECIALLY MY BOYS AND GIRLS...


Friday, May 18, 2012

WANITA SOLEHAH = ISTERI SOLEHAH

Salam ukhwah di pagi Jumaat.
alhamdulillah, entah mengapa hari ini hati saya berasa ceria sedikit. Jadi inginlah saya kongsikan sedikit pengetahuan buat pembaca blog ini walaupon saya tahu tidaklah seramai mana. Apa-pun jemputlah membaca ya.. :-)


Mari membaca...Eh baca sampai habis tau. Jangan skip-skip!




Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin 
Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya 
Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah al-Baqarah: 221.

Ma-Sya-Allah indahnya jika hambaMu ini Ya Allah menjadi wanita solehah. Ampunilah segala dosa-dosa hambaMu yang hina ini Ya Allah...

Mari kita teruskan membaca...... ini adalah bahagian yang paling saya sukai... Alhamdulillah...

Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. 
Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkorban jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah.
Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.

Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak:
“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
- Ya Allah jadikanlah hambaMu ini sepertimana Saidatina Khadijah.Ameen.

Sentiasa Bersih dan Kemas 
Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih.

Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:
Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. 
Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.”– Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Wassalam. 
Diharap bagi putri-putri teacher akan turut mengambil pengajaran dari artikel di atas. Semoga kita sama-sama menjadi wanita solehah. Kita hidup dalam dunia yang sedang menuju ke pengakhirannya. Tiada yang mampu menjadi benteng pertahanan kita di zaman ini melainkan Allah dan Islam yang dibawa kekasihNya, Muhammad Rasulullah. Jadi, marilah sama-sama kta berusaha menjadi wanita solehah. Jom... =)

Untuk bacaan lanjut bolehla kunjungi blog ini; http://mahatera.blogspot.com atau klik sahaja di Mai blog list di sebelah ya.. 

Selamat membaca!!

Kisah Ikan

I have been facing many mysterious emotional issues lately. I was questioning myself, what am  i feeling right now? what kind of feeling is this? what am i thinking? why am i having this? how come this happens to me? did he feel the same thing? ooh there are so many questions lingering in my head. i am confused, disoriented and dizzy.. Anyhow, this morning i woke up early eventhough i am waving the japanese flag. After enjoying the sunrise, and after buying some kuihs for breakfast, i decided to do blogwalking. so i opened this blog; http://mahatera.blogspot.com/ . The article is nice but what is interesting about this article is the last quotation inserted at the end of it. It touches my heart so deeply. It wakes me up from my own sorrow. Hence, i'd like to share this article with you all.

Please read it below....


Kisah ini berlaku ketika Nabi Muhamad SAW mengarahkan angkatan tentera seramai 300 orang untuk bersedia menghadapi musuh di sebuah kawasan berdekatan pantai. Angkatan tentera itu diketuai oleh Abu Ubaidah.

Sebelum berangkat, Nabi Muhamad SAW telah meninggalkan sekarung buah tamar buat bekalan makanan anggota tentera tersebut. Namun, belum genap lima belas hari, makanan yang mereka dapat itu telah kehabisan. Mereka terpaksa mencari jalan lain bagaimana untuk mengelak dari kelaparan dan kebuluran sedangkan mereka amat memerlukan tenaga sebagai persediaan menghadapi musuh kelak.

Ketika itu, Qais ra telah membeli tiga ekor unta daripada orang-orangnya sendiri untuk dijadikan hidangan tentera mereka setiap hari. Mereka tidak lagi kebuluran tetapi ini bermakna alat pengangkutan mereka akan berkurangan hari demi hari. Memikirkan akibat itu, Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta diberhentikan dengan serta merta.

“Wahai sahabatku sekalian, kumpulkan semua buah tamar yang ada pada kalian. Kita perlu menjimatkan makanan kita untuk hidup,” ujar Abu Ubaidah.

Para sahabatnya yang lain tanpa berlengah mengumpulkan tamar yang tinggal di dalam satu bekas. Kemudiannya buah tamar ini dicatukan kepada sebiji untuk seorang. Bagaimana mereka dapat hidup hanya dengan sebiji buah tamar?

Walaupun cuba berdikit-dikit dengan makanan yang ada, akhirnya tamar sebiji seorang itu pun habis. Mereka sudah hampir kebuluran. Demi menyambung nyawa, mereka terpaksa memakan daun-daun kayu. Untuk mengurangkan rasa kasar dan keras daun kayu itu, mereka menyiramnya dengan air terlebih dahulu sebelum dimakan.

Allah Yang Maha Mengasihani merasa belas melihat hamba-hambanya yang sedang menderita. Apatah lagi, mereka itu sedang berjihad ke jalan-Nya. Ditakdirkan, seekor ikan yang amat besar telah terdampar di tepi pantai. Ikan besar itu bernama ‘Ambar’. Seumur hidup mereka, tidak pernah melihat ikan itu dan terdetik rasa hairan di hati masing-masing, dari mana datangnya ikan sebesar itu.

Mulai detik itu, ‘Ambar’ dijadikan hidangan dan makanan mereka selama lapan belas hari. Tiada lagi kelaparan malahan ikan itu seolah-olah tidak luak dan cukup pula untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan mereka pulang ke Madinah.

Setibanya di Madinah, cerita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda berkata,

“Ikan itu adalah bekalan yang dikurniakan Allah untuk kamu semua. Ingatlah,penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para nabi, kemudian kepada orang yang kedudukannya rendah sedikit daripada nabi dan kemudian kepada mereka yang paling baik di kalangan kaum Muslimin lainnya.”


p.s# apalah sangat penderitaan yang saya alami jika hendak di bandingkan dengan penderitaan Rasulullah, Sahabat, Waliullah, dan orang beriman lainnya. Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yang selalu leka dan alpa. Sesungguhnya, sejuta ucapan syukurku takkan mampu membalas segala nikmatmu.

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day and Kisah Adam dan Hawa

Assalamualaikum, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Hari ini adalah hari yang paling indah buat para guru secara amnya di seluruh Malaysia dan secara khususnya di SAINA. Alhamdulillah, hari ini sambutan Hari Guru Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2012 telah berlangsung dengan meriahnya. Maafkan saya kerana tiada gambar menyusul. InSyaAllah, saya akan letakkan gambar juga video kalau ada di blog ini setelah saya dapatkan dari Briged Bestari i_Allah.

Please allow me to write in English.

Actually i have so many things to write/talk about what happened today. It was very enjoyable and full of laughter from both teachers and students. The event was conducted successfully and joyfully. An applause to the Evolution batch for conducting such great Teacher's Day Celebration . I had never laughed that much and that loud. I was very tired mentally and emotionally lately so this event had cheered me up so much. But unfortunately, right now i have drained all of my energy that i can't afford to write anything about what happened today. I suppose i need to have an energetic mind and soul to be able to write the story. So instead i will post an interesting article about ADAM and HAWA.

p.s# to all my students/exstudents please pray for me to meet my ADAM as soon as possible...if you do this, i assume this is the best present that you've ever given to me..
p.s.s# if you have never given me any present now it's the right time! hehehe.... lawak jerrr... eh tapi betol tau...

So here goes the story.. ENJOY!!!!


Ketika Nabi Adam as. telah diciptakan Allah SWT, ia melihat ke atas dan ke bawah, maka baginda tidak melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian. Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya.
Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba tiba ia merasa sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan kepada Malaikat Jibril as. agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan Nabi Adam as. tidak merasakan kesakitannya. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita, yang diberi nama dengan Hawa.
Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, kecintaan dan kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam as. Sehingga Siti Hawa menjadi seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi, sedangkan Adam as. menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit dan bumi.
Kemudian Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh puluh macam perhiasan Syurga, dan diberinya pula sebuah mahkota, akhirnya didudukkan diatas singgahsana dari emas.
Setelah itu Allah SWT membangungkan Adam as. dari tidurnya, sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya. Adam as. bertanya: “Siapakah Engkau? Siti Hawa menjawab” Aku diciptakan Allah untuk dirimu. Adam berkata: Dekatlah engkau kepadaku. Siti Hawa menjawab: Sebaiknya engkaulah yang mendekati aku.” Adam lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Semenjak itulah menjadi kebiasan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam. pihak lelaki menemui atau meminang wanita.
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: “Wahai Adam, bersabarlah!, sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah.” Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.
Kemudian Allah berkhutbah: “Alhamdulillah pujian untuk-Ku, dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku, seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat dan penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku.”
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as. berkata: “Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata? Allah berfirman: Bukan Wahai Adam as.”
Adam bertanya lagi: “Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman: Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.”
Allah SWT berfirman kepada Adam as.: “Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman: “Shollu Alaihi Wasallimu’ berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.




song plays in my mind lately: Malam Ku Bermimpi - Sheila Majid



Tuesday, May 8, 2012

Self Obsessed..Gambar

Huhu since tomorrow is my birthday, i would like to post some of my pictures. Tak banyak pon..



comel tak saya masa kecik-kecik... yang paling nostalgia adalah gambar arwah abang sedang cium pipi... huhu... Al-Fatihah untuk kekanda ku...

p.s#maaf nampak pampers...malu..

Kisah Lawak sekitar SAINA

Esok besday aku yang RM3.10. So untuk menceriakan blog nih aku nak letak kisah-kisah lucu yang berlaku kat sekolah lately.

p.s# cerita nih mungkin tak lawak pada anda tapi lawak pada saya. :-p

Kisah 1: Perbualan dengan Kak Ja.

TcerMai masuk ke bilik-lepak-cikgu dan mendapati kak Ja sedang minum air. Kelihatan Cikgu Hussaini sedang membelek-belek surat habaq.

TcerMai: kak Ja buat apa tuh? kak ja dah makan?
Kak Ja: Dah. Tadi, kak Ja makan nasi yang di bungkus oleh kak Bahiyah. Mai dah makan?
TcerMai: Dah. Huhu saya jalan sorang-sorang pi kantin tadi. Nasib baiklah ada lagi lauk. Sedap ooo makan ikan keli pedas.
Kak Ja: Ya ka siannya adik kak Ja (becakap sambil muka poyos). Makan sorang ka?
TcerMai: Taklah, saya makan berdua dengan GK kita, Kak Esah.
Kak Ja: Muka terkejut yang poyos.. Wah nampaknya Mai sudah makin rapat dengan dia yaaa. Huhu.
TcerMai: Mestilah kita kena sentiasa baik dengan semua orang (bunyi innocent giler).
Kak Ja: Ker ada apa-apa? (poyos lagi)
TcerMai: Tak baik tau, kawan saya kata hati kita kena bersih tau (ngada2)
Kak Ja: Hah! (terkejut) bahaya tuh. Hati BERSIH!
TcerMai: Blur.. Apa pulak hati bersih bahaya!
Kak Ja: Iyalah Hati BERSIH bahayalah!
TcerMAi: OOO yerlah (baru paham)... hehe Hati KUNING memang bahaya huhu... Hepatitis B...
Kak Ja dan TcerMAi pon gelak kuat-kuat... kelihatan juga cikgu Hussaini tersenyum-senyum cover line.
Hehe dua orang cikgu yang pelik.



Kisah 2:

Tcermai, kak Bad dan Kak Mazla sedang lepak kat kedai roti canai santai di satu pagi yang tak berapa redup. Sambil-sambil dok tunggu roti canai telur dan sardin, kak mazla menegur TcerMai.

K.Mazla: Mai aku ada nak rekemen someone kat hang.
Kak Bad: Hah apalagi Mai baguslah. (Kak Bad senyum-senyum)
TcerMai: Alamak. Payahla.
K.Mazla: Awatnya pasai pa. Ok nih mamat nih dok KayEEl. Ada degree siap ada kedai accessori.
TcerMai diam saja dan kelihatan ragu-ragu.
Kak Bad: Majla hang dapat mana?
k.Mazla: Ada orang rekemen kat saya. (kak Mazla explainla kenapa dia takmo)...Dia tuh dulu dah bertunang, memang cun melecunla awek dia tu tahap model-model gitu. Tapi akhirnya aweks dia larilaa... mestilah dapat jerung lagi besar...so dia habaq kat mak pak dia soh cari bini ke dia... dia tak kesah dah lagu mana bini dia. dia pasrah...
Kak Bad: Tuh frust menonggeng laa......awek tuh cun aper lagi caghi hat dasat lagi lew.dia umoq berapa?
K.Mazla: 35 macam tuhla....Mai hang takmo ka.. kan hang suka umoq tara2 tu... hansem nih..
TcerMai: Huhu saya rasa dah bertemu seseorang.. muka sedih..
K.Mazla dan Kak Bad muka excited gila...serentak depa berkata, "ceritalah Mai'.
TcerMai: Tak bleh... Allah tak bagi petunjuk lagi... saya pon tak tau sapa dia... hahaha
Kak Bad dan Kak Mazla buat muka boring..
Kak Bad: Komer nih Mai, lain kali ko kena cek. dia tuh free-holder ker, share holder...
TcerMai: Hah!? Free-holder, share-holder?
K.Mazla:  pajak gadai pon boleh haih...sambil senyum-senyum
TcerMai: Huhu harap2 freeholder... tapi kena pajak pon bolehlaa... huhu...


perbualan dihentikan setelah roti sampai. sebenarnya  perbualan ini hanyalah sembang ringan-ringan ketika bosan. takder maksud aper-aper pon.


Kisah 3:


Tcer Mai sedang menjaga periksa kelas tingkatan 3. Peperiksaan bermula pukul 11.45-12.30.
Sambil duduk di meja belakang tcerMai membelek-belek buku AhlulBait dan Raja-Raja Melayu. Akhirnya, TcerMai tertidur atas buku tersebut.
Tiba-tiba...
Ok sila tengok no 40... Cikgu Nadzir melukis sesuatu di whiteboard, ini untuk C... Faham!
Terkejut berok tcerMai sebab ketika itu tengah tersembam atas meja. Senyum kambing jelah..
Masa menunjukkan pukul 12.26... kelihatan semua pelajar sedang tersembam atas meja kecuali seorang yang nampak sedang sibuk menyelak kertas soalan.
Ketika tcer sedang memikir-mikr mengejutkan mereka, pelajar yang tak tidoq datang dengan membawa kertasa soalan.
"tcer soalan no 43.." Mubassyir menunjukkan soalan tersebut..
"ok awatnya... what's wromg with it?" tcer nampak plilihan jawapan A-bozen..
"soalan nih..." jarinya menunjukkan ke pilihan jawapan..
Tcermai tengok dekat pilihan jawapan tersebut
A-Bozen
B- tak ingat
C-Tak ingat
B- Bateri
"ok awatnya" kata tcerMai...
tak puas hati Mubassyir.."nih B ada dua"..
TcerMai menahan lucu..."ooo ater kamu ni, dah sah-sah kan B yang last tuh mari lepaih C, kamu tandalah D..."
TcermaiSenyum sinis...Nasib baik somel...
Kertas pon dikutip...

#### hehe inilah cerita lawak yang tak lawak.. sebenarnya cerita-cerita ini hanya saya yang rasa lawak haha..

TIGA RINGGIT SEPULOH SEN

Assalamualaikum,

Aku teringat kisah tahun lepas. Terjadi mungkin sekitar awal bulan Mei atau dalam bulan April begitu. Kejadian ini adalah perbualan antara aku dan kak bad. Begini kisahnya:

TcerMai: kak Bad sedihnyer rasa.
Kak Bad: Aper plak yang ko sedih-sedihkan Mai oi.
TcerMai: Sedihla. Tahun nih umur dah meningkat lagi. Tapi tak jugak kawen-kawen.
Kak Bad: Kau ni lah Mai. Aku nih ok jer hepi-hepi jer.Eh ko lahir tahun aper ek.
TcerMai: Tahun Ayam. hehe.
Kak Bad: Eh komer ni buat lawak pulak.
TcerMai: hehehe1981
Kak Bad: Haaa ala demer ni mai baru tiga ringgit. Aku nih dah lima ringgit relax jer. Haha mahal tuh.
TcerMai: Huhu yerlah saya nih baru tiga ringgit. Kak Bad takperla mahal.
Kak Bad: Eh itulah aku lima ringgit boleh beli macam-macam kau tau.
hahahaha kitorang sama-sama ketawa.

So tahun ini aku dah tak sedih-sedih sangat sebab aku dah makin MAHAL. Naikla lagi sepuluh sen jadi RM3.10 harhar.Nampaknya, esok aku dah makin mahal yeeeeee haaaa.

p.s# kak bad dialog kita tuh saya ingat2 luper so kalau ada terlebih asam, garam, gula dan perasa sori yer.

Monday, May 7, 2012

GANGGUAN/ INTERRUPTION/DISTURBANCE




Assalamualaikum,

Alhamdulillah so far Allah has granted me strength and happy moments though sometime I do have hard times. Currently I am in a very complicated mood. If you have read my last posting, it is about what I feel deep inside my heart. There you can see the turbulence that I am facing or having right now.

Despite of the restless heart, I sense that there is a disturbance, or interruption from something unseen. My mission is not accomplished as I am being overwhelmed with my own emotion. This is actually a bad thing, since I am on a great mission. This mission is known only by me and Allah. I don’t like this because I am in confusion right now. I can’t think straight and my judgments go bizarre.

Hence, I need to calm myself down. I need to be on track again while clearing my wits from those interruptions and disturbances.

Please pray for me so that I will be able to reach the destination safely.

** song playing in my mind and heart –

Make Me Strong by Sami Yusuf.

Lyrics

I know I’m waiting

Waiting for something

Something to happen to me

But this waiting comes with

Trials and challenges

Nothing in life is free

I wish that somehow

You’d tell me out aloud

That on that day I’ll be ok

But we’ll never know cause

That’s not the way it works

Help me find my way



My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong

I know the road is long

Make me strong

Sometimes it just gets too much

I feel that I’ve lost touch

I know the road is long

Make me strong

I know I’m waiting

Yearning for something

Something known only to me

This waiting comes with

Trials and challenges

Life is one mystery

I wish that somehow

You’d tell me out aloud

That on that day you’ll forgive me

But we’ll never know cause

That’s not the way it works

I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong

Give me light make me strong

I know the road is long

Make me strong

Sometimes it just gets too much

I feel that I’ve lost touch

I know the road is long

Make me strong

Sunday, May 6, 2012

Salam Kebahagiaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Beberapa hari ini saya asyik terfikir-fikir untuk menulis sesuatu di blog. Setelah di belek-belek kesemua 'entries' yang lalu, hanya 2 tahun terawal saya banyak menulis. Iyalah, penulisan terus dari hati dan fikiran yang ceria. Cumanya, bermula tahun 2010, setelah mengalami beberapa perkara yang sadis, sedih dan pilu, serta satu anjakan paradigma yang telah didorong oleh Allah yang Esa, saya jarang menulis. Kalau ada pun hanyalah pendek-pendek sahaja. Selebihnya adalah yang diambil dari penulisan orang lain. Tahun itu jugalah saya mula meninggalkan banyak perkara seperti Facebook dan YM. Hobi suka membaca juga sudah berkurang sementelah buku-buku yang saya suka baca adalah bergenre Romance, jadi sudah tentulah banyak perkara lagho disitu. Kemudian, saya mula menjadi seorang blog-walker. Iya, seorang yang suka berkunjung dari blog ke blog.

Kalau di lihat dari senarai blog yang saya letakkan di sini, memang tak banyak. Tetapi kebanyakan blog tersebut mempunyai senarai blog yang banyak. Hehe itulah taktiknya. Selain itu juga saya akan bookmark blog-blog yang saya suka.

Alhamdulillah banyak yang saya dapat dari kebanyakan blog-blog tersebut. Dari bidang politik, ketenteraan, sejarah mahupon Islam semuanya saya ikuti. Syukur banyak yang saya pelajari dan akan terus begitu selagi diizinkan Allah asalkan tidak berlebih-lebihan iA.

Sebenarnya hari ini tiba-tiba saya rasa letih. Susah nak dimengertikan dan dijelaskan. Saya penat sebenarnya dengan hal-ehwal dunia. Bukan sahaja hal-hal yang berlaku disekeliling kehidupan ini tetapi juga hal-hal kehidupan sendiri. Iya, saya penat dengan kehidupan saya. Oh tidak!Tidaklah saya menyalahkan Allah SWT. Tidak sekali-kali. Saya rasa penat kerana hidup saya tidak kemana-mana. Tiada perkembangan yang positif. Dari segi ilmu, saya berasakan sangat cetek sekali samada ilmu dunia mahupon akhirat. Hubungan persahabatn juga semakin jauh kerana urusan kerja dan dunia menyebabkan saya tidak dapat berhubung selalu dengan kawan rapat. Malahan saya sudah pon berpatah arang dengan seorang kawan kerana sikapnya sendiri. Hubungan kekeluargaan Alhamdulillah baik-baik sahaja tetapi saya tidak dapat memberikan apa yang diingini ibu bapa saya. Anda rasa apa ya? Tekalah. Ya soal jodoh. Saya sedih kerana saya belom mampu untuk berkahwin. Oh bukanlah kerana kewangan tapi banyak sebab-sebab lain. Nanti saya ceritakan ya.

Satu-satu perkara yang paling saya sedihkan ialah hubungan dengan Allah sentiasa seperti 'roller coster'.
Hari ini naik esok turun. Minggu ini naik meinggu depan turun. Begitulah sentiasa ia bergerak. Sebenarnya saya dambakan hubungan yang manis, tenang dan indah bersamaNya. Ingin sekali merasai nikmat itu. Sungguh-sungguh. Saya rindu sekali perasaan itu. Dan inilah juga sebabnya saya tidak dapat nak terima sesiapa sebagai pasangan hidup.

Berkenaan pasangan hidup, saya mengimpikan seseorang yang mampu membimbing saya menuju CINTA ALLAH. Saya juga mahukan pasangan bukan sahaja di dunia malahan di syurga juga. Memang ada yang pernah cuba menyunting dari latarbelakang agama yang kukuh. Oh kalaulah semudah itu sudah tentu saya sudah bersuami sekarang ini. Kalau ramai yang mengenali saya, terutama pelajar-pelajar saya, mereka tahu saya seorang yang sangat berbeza pemikirannya. Kerisauan, obsesi saya, rasa paranoia, keinginan saya sangat berbeza sekali.

Saya risaukan tentang Bangsa Melayu dan Islam dan anak bangsanya. Saya obses dengan kisah Imam Mahdi dan mistik (alam ghaib & tasawuf). Saya paranoid dengan tanda-tanda kedatangan dajjal dan akhir zaman. Dan saya inginkan kedamaian dalam menjalani kehidupan yang sederhana dengan Menyintai Allah sepenuhnya. Dengan semua ini, saya jadi terfikir adakah saya akan bersama-sama seseorang yang langsung tidak peduli dengan semua ini.

 Oh saya tidak memilih dari segi rupa, pangkat atau hartanya. Seandainya dia hanyalah seorang petani, saya redho. Tapi iyalah, saya terlalu meminta-minta. Kata sahabat saya Zanariah, "Maizurah mintalah yang terbaik sahaja dari Allah, jangan demand". Betol juga.Seorang blogger yang saya panggil adik ada bercakap, " asalkan lelaki itu seorang yang soleh dan dapat membimbing akak.." Iya itu sahaja yang penting. Ada yang berkata, "lelaki soleh tidak bermakna dia seorang ustaz atau mesti kelihatan seperti itu. Asalkan dia mampu menjadi pemimpin dan membimbing ke jalan yang diredhoi Allah dan bersama-sama menyintai Allah." Oh inilah yang terbaik, tapi adakah saya layak untuk orang sebegitu. Kata orang lagi, kalau nak dapat lelaki yang soleh, kenalah jadi solehah. Malinda sahabat saya di KUSZA dahulu pernah kata, "anti lelaki soleh untuk wanita solehah." Jadi, nak jadi solehah kita kena kenal Allah betol-betol. Nak kenal Allah kena kenal diri dulu. Ada seorang blogger berkata dalam emailnya pada saya, "saudari kena bersihkan hati". Ya hati yang bersih dapat membawa kita mengenal Allah dengan lebih mudah. Masalahnya saya sendiri terkial-kial dalam nak mengenal diri sendiri apatah lagi nak bersihkan hatiyang diselaputi dosa dan noda. MaSyaAllah. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Inilah dilema hidup saya. Seseorang pernah menasihati,"teruskan beribadah." Ada lagi berkata, "akak kena terus sentiasa berdoa dan bertahajud". YA Allah berilah aku kekuatan untuk terus dekat padamu. Dan inilah juga cabaran bagi saya iaitu ganguan dari makhluk bernama Iblis. Benar, Iblis dan konco-konconya sudah berputus asa dengan perkara besar, jadi mereka menggunakan perkara yang lebih halus yang tidak kita sedari. Ya Allah hambamu ini masih lemah. Selalu leka sehingga sering terbawa-bawa dengan hasutan Iblis. Saya berharap sangat dipermudahkan segala urusan.

Pembaca sekalian, inilah pertama kali saya benar-benar meluahkan rasa hati. Bukan tak pernah, tapi inilah yang betol-betol bermain difikiran dan hati saya. Pada pelajar teacher semua, disebalik sikap teacher yang kadang-kadang gila-gila inilah yang teacher rasa.  Sebab itu teacher selalu bagi tazkirah. Sebab teacher risaukan kamu semua. Sedangkan teacher diuji sebegini, apatah lagi kamu nanti. Teacher minta maaf pada kamu semua kalau teacher tidak menjadi yang terbaik seperti yang kamu harapkan. Maafkan teacher. Pada semua sahabat-sahabatku, maafkan daku yang lemah ini sekiranya ada diri ini menyakiti hati kalian.

Sebenarnya banyak yang bermain dihati dan minda ini. Tapi biarlah dulu disini. Panjang umur, murah rezeki akan ku sambung lagi. InSyaAllah.

p.s# entah kenapa saya sangat berharap 'dia' membaca penulisan ini. siapa 'dia' hanya Allah yang tahu.
Wassalamualaikum.

Friday, May 4, 2012

Mencintai Kerana Allah

I don't know what happened when suddenly i began surfing my own blog. It was weird that how i have transformed so much since 2008. If any of you do read my early postings 2 years back, you can sense my language tone and my mood as well. It was probably due to the change of my age. Well of course, i am not getting any younger, so I become mature as my age gets older. It is natural for everyone. But reading my post during those years, how i miss being carefree and young.

Oh I am not going to talk about my adjustment from 20's to 30's. Huhu I am turning 31 this Wednesday.
Well during my surfing i found this heart touching story of a mother and a daughter.

Recently i have been feeling so weirdly. My heart is so restless and lonely. I miss someone i don't know.
Well i think i don't. So far. Oh gosh let's just forget it okay. Now, i would like to share this story so that we can ponder about it for a while.

p.s# song plays in my heart and mind right now; Rindu by Hijaz.

Please read the story below:

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. 

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



Dipetik:www.exmaahadian.com oleh:aishahumaira

Thursday, May 3, 2012

Mesti Baca! Resipi Mengubat Penyakit Berkaitan Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan: 

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.


Sumber: http://scripters.ning.com/forum/topics/petua-dari-tabib-cara

SEBUAH KEMAAFAN



SEBUAH KEMAAFAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sebenarnya, Tiap kali saya membaca kisah ini, tiap kali itulah saya menitiskan air mata, meskipun sudah membacanya entah yang ke berapa kali. Ya, cerita ini yang disalin dari sebuah buku adalah suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Sayydina Umar Al-Khattab. Sungguh saya tak tertahan, rasa pecah hati, terharu sangat apabila membaca cerita ini.

Dua kali aku menitiskan air mataku, adalah kerana di dalam kisah ini, ada dua tempat yang saya baca, pasti mengalirkan air mata. Justeru kawan, kalau sudah baca kisah ini, dan benar-benar menitiskan air mata, beritahulah saya. Beritahu juga bahagian yang mana membuatkan anda menangis. Yang pastinya, saya yakin ada dua tempat yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Bacalah kawan, dengan hatimu yang putih, paling bersih. Moga-moga beroleh rasa, Insya-Allah.

Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga.

Lalu Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat . Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak!. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”

Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak!!,” katanya.

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”

Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah

Ya Allah! Betapa saya tidak menitiskan airmata, berkali-kali. Cerita yang sebegini indah, yang merakamkan keagungan iman dan kasih sayang adalah satu keajaiban dalam sejarah manusia sepanjang zaman.

kita semua bagaimana?

Selain kisah ini, ada satu lagi kisah yang terjadi terhadap junjungan kecintaan kita, Rasulullah SAW saat-saat kewafatannya yang menyebabkan berkali-kali saya menitiskan air mata. Ya Rasulullah, aku merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya. “Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.

dan kini air mata ku menitis lagi...

Pautan: http://scripters.ning.com/forum/topics/aku-menangis-kerana-mu
pautan lain:
http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Buah%20Iman&id=424&kategori=6