Hari ini adalah hari yang paling indah buat para guru secara amnya di seluruh Malaysia dan secara khususnya di SAINA. Alhamdulillah, hari ini sambutan Hari Guru Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2012 telah berlangsung dengan meriahnya. Maafkan saya kerana tiada gambar menyusul. InSyaAllah, saya akan letakkan gambar juga video kalau ada di blog ini setelah saya dapatkan dari Briged Bestari i_Allah.
Please allow me to write in English.
Actually i have so many things to write/talk about what happened today. It was very enjoyable and full of laughter from both teachers and students. The event was conducted successfully and joyfully. An applause to the Evolution batch for conducting such great Teacher's Day Celebration . I had never laughed that much and that loud. I was very tired mentally and emotionally lately so this event had cheered me up so much. But unfortunately, right now i have drained all of my energy that i can't afford to write anything about what happened today. I suppose i need to have an energetic mind and soul to be able to write the story. So instead i will post an interesting article about ADAM and HAWA.
p.s# to all my students/exstudents please pray for me to meet my ADAM as soon as possible...if you do this, i assume this is the best present that you've ever given to me..
p.s.s# if you have never given me any present now it's the right time! hehehe.... lawak jerrr... eh tapi betol tau...
So here goes the story.. ENJOY!!!!
Ketika Nabi Adam as. telah
diciptakan Allah SWT, ia melihat ke atas dan ke bawah, maka baginda tidak
melihat seorang pun dari jenisnya untuk dijadikan sahabat di dalam kesunyian.
Seperti diungkapkan bahawa burung terbang bersama jenisnya maka ia pun merasa
sunyi dan rindu kepada jenisnya.
Pada waktu itu ia sedang duduk, tiba tiba ia merasa
sangat mengantuk dan akhirnya tertidur. Ketika itu Allah memerintahkan kepada
Malaikat Jibril as. agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan Nabi Adam
as. tidak merasakan kesakitannya. Kemudian Allah menciptakan dari tulang rusuk
kiri Adam itu seorang wanita, yang diberi nama dengan Hawa.
Segala kecantikan, dan keindahan diletakkan oleh Allah
SWT kepada Siti Hawa hingga pada hari kiamat. Begitu juga segala kesucian dan
budi pekerti diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, kecintaan dan
kasih sayang diletakkan di dalam hati Adam as. Sehingga Siti Hawa menjadi
seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi, sedangkan Adam
as. menjadi seorang lelaki yang paling tinggi rasa cintanya di seluruh langit
dan bumi.
Kemudian Allah SWT memakaikan kepada Siti Hawa tujuh
puluh macam perhiasan Syurga, dan diberinya pula sebuah mahkota, akhirnya
didudukkan diatas singgahsana dari emas.
Setelah itu Allah SWT membangungkan Adam as. dari
tidurnya, sambil dilihatkan Siti Hawa kepadanya. Adam as. bertanya: “Siapakah
Engkau? Siti Hawa menjawab” Aku diciptakan Allah untuk dirimu. Adam berkata:
Dekatlah engkau kepadaku. Siti Hawa menjawab: Sebaiknya engkaulah yang
mendekati aku.” Adam lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Semenjak itulah
menjadi kebiasan bagi umat manusia sebagai keturunan Adam. pihak lelaki menemui
atau meminang wanita.
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin
memegang Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: “Wahai Adam, bersabarlah!, sebab
pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah.”
Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi
Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua
Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun
berkumpul di sana.
Kemudian Allah berkhutbah: “Alhamdulillah pujian
untuk-Ku, dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku,
seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat dan
penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas
kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku.”
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat
menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as.
Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as. berkata: “Ya Allah
apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata? Allah
berfirman: Bukan Wahai Adam as.”
Adam bertanya lagi: “Apakah aku harus berpuasa, solat
atau mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam
bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman: Mas
kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan
kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul.”
Allah SWT berfirman kepada
Adam as.: “Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu.
Kepada umat Muhammad Allah berfirman: “Shollu Alaihi Wasallimu’ berilah selawat
dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka
bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.
No comments:
Post a Comment