Make Me Strong - Sami Yusuf

Saturday, June 9, 2012

New update??

Alhamdulillah, esok sekolah dah mula balik. MaSyaAllah betapa padatnya cuti kali nih saya hanya ada 3 hari jer duduk di rumah.  Harapnya hujung minggu ni teman tak bertugas. So dapatlah berehat cukup-cukup. Walaupon teman pergi berjalan dari Ipoh ke Banting dan akhir sekali ke Besut Terengganu, tak banyak gambaq yang teman amik sebagai kenang-kenangan. Adalah satu dua yang sempat amik.

Sebenarnya sepanjang cuti banyak yang saya nak ceritakan. Antaranya tentang ucapan Raja Nazrin Shah, makan malam di Istana Iskandariah, berkenaan debate team di HKSBP STAR Ipoh, perjalanan di Banting dan Terengganu. Erk kenapa saya rasa ayat sebelum nih tergantung ek. Takpalah teruskan saja. Disebabkan ada sesuatu yang menggangu saya, tak dapatlah saya coretkan kata-kata saya. Apapon saya sedang melalui satu proses yang mungkin akan mengubah diri saya. Doakanlah agar ia berjalan lancar dan membawa ke arah kebaikan ya.

Kalau bagi sesetengah anda yang betol-betol baca blog ini (maafla saya sedar tak ramai sebenarnya follower mahupon pembaca saya ), akhir-akhir ini saya banyak bercakap dan menulis tentang jodoh dan isteri. Betol kan? Dan pasti ada yang berfikir saya nih mungkin 'desperate'. Sebenarnya saya tidak terdesak. Saya sudah lama pasrah dengan perihal jodoh. Saya sudah lama serahkan hal ini pada Allah. Sehinggakan saya terbayang ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiah. Saya teringat kata-kata seorang anak murid yang sudah lebih dahulu melalui jalan sufi. Entah bagaimana satu hari dia datang pada saya; "Teacher, saya terbayang satu hari nanti teacher seperti Rabiatul Adawiyah". Subhanallah. Tersentak saya. Sehingga hari ini, kata-katanya terngiang-ngiang ditelinga saya.

Terus terang, memang saya sangat mengagumi Rabiatul Adawiah, seorang sufi dan wali Allah. Pernah saya bercakap-cakap dengan Ustaz Zubaid (ke ustaz osman ek). "ustaz saya nak jadi seperti Rabiatul Adawiah". Ustaz Jawab, "kalau macam tuh kenalah rajin bangun malam". Ketika itu saya sedar, susah sebenarnya nak jadi seperti beliau. Apatah lagi saya ini seorang wanita.Tapi entah mengapa suatu hari, awal tahun ini, tiba-tiba terdetik dihati saya, "ya Allah aku ingin menjadi seperti Saidatina Khadijah binti Khuwailid, Saidatina Fatimah AzZahra', Saidatina Aisha, semua isteri-isteri Rasulullah SAW. Isteri-isteri Nabi Ibrahim, Isteri Nabi Ayub dan juga Siti Hawa." (mulanya hanya saidatina Khadijah, dan Saidatina Fatima, tapi kemudian semua srikandi-srikandi hebat ini muncul di benak ku).

Satu perasaan baru muncul dalam hati saya. Saya dah tak ingat bila dan bagaimana tetapi ia bagaikan satu perasaan yang mendesak. Kalaulah nak diberikan analogi, keadaan terdesak itu seperti seseorang yang menginginkan sesuatu yang teramat sangat contohnya seperti dalam cerita A Confession of a Shoppaholic (betol ke ek tajuk die). Betapa gilakan hanya sehelai kain si karakter sanggup bebuat apa saja. Berbanding keadaan yang mendesak, bayangkan anda sedang berdiri dan dibelakang anda berbaris 100 orang lain dan 100 orang ini menolak anda kehadapan sekuat hati mereka. Mahu atau tidak anda harus juga bergerak kehadapan ataupon mungkin terpaksa berlari kerana jika tidak anda pasti jatuh berguling.

Jadi, begitulah keadaan saya sekarang. Bagaikan ada 100 orang sedang berdiri dibelakang saya memaksa saya bergerak ke depan. Ya Allah sungguh saya tidak tahu nak ceritakan. Yang pasti, saya dapat rasa masa semakin suntuk. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tapi saya sedar masa sedang berlari dengan sangat pantas dan saya harus mengejarnya sebelum terlambat. Apa pun sekarang, saya tetap pasrah kerana saya tidak tahu arah mana harus saya tuju. Ditambah keadaan kesihatan saya yang agak tidak elok, saya mesti bersabar. Seperti ada satu suara yang berkata-kata pada saya; 'siti mesti sabar, benar-benar sabar kerana sampai masanya nanti..." Ya Allah, kesabaran ini sesuatu yang paling mencabar dalam hidupku. Berilah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapinya. Sungguh hambamu ini sangat-sangat lemah.

p.s# saya tak berniat nak berbangga-banga ataupon menunjuk-nunjuk dalam entry ini hanya sekadar luahan hati. pada sesiapa yang membaca blog saya doakanlah saya ya. doa kalian sangat saya harapkan.

p.s#tengoklah gambar-gambar terbaru saya.lainkan dengan gambar kat atas header sana. itu gambar masa 20an. haha...pucatkan wajah saya..
 1.Gambar nih amik masa tengah jaga periksa.. sekejap lepas tuh pengetua lalu hehe cuak jugaklah.. :-) 
2.Gambar nih amik masa kursus kat Regency hotel Alor Setar dari 21-24/5/2012. Percaya tak esok tuh saya terus ke Star Ipoh sampai 29 hb. 



3. Gambar 3,4 dan kelima ini di ambil masa makan malam kat Istana Iskandariah. 
YTM Raja Nazrin Shah dan Puan Besar Tuanku Zara Salim berkenan menjemput kami 
bersantap bersama sempena HKSBP. Ya Allah Engkau berkatilah Raja Nazrin Shah dan isteri baginda. Ameen.

No comments: