entah kenapa malam ini saya ada sedikit mood untuk post artikel. Mungkin kerana fikiran dan hati saya sudah sedikit tenangAlhamdulillah. Walaupon ia hanya cedokan dari blog orang lain, tapi saya sangat suka isinya. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya kenapa saya tiba-tiba berubah mood, inilah jawapannya.
ISTERI SOLEHAH
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)
Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Apabila
seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan
kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu
suka". (HR Ahmad)
Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
p.s# saya bukanlah perempuan/wanita hebat lagi mulia. malahan banyak sekali dosa. suatu hari ketika berbicara dengan seorang sahabah, kami bercaakap tentang kawen. saya seperti biasa selalu berkata pasrah andai kata tidak berkahwen sampai mati. tapi sahabah saya itu bercakap, "mai jalan paling mudah untuk masuk syurga adalah kahwen". semoga Allah memudahkan saya untuk mengecap erti perkahwinan walaupon seketika kerana ia adalah jalan mudah dalam mencari redhoNya. Semoga saya mendapat suami soleh dalam menelusuri jalan itu. Juga semoga Allah membuka pintu hatinya untuk saya. InSyaAllah.
No comments:
Post a Comment