Make Me Strong - Sami Yusuf

Friday, June 15, 2012

Ciptaan Allah Subhanahuwataala... Hebatnya

assalamualaikum, salam pagi Jumaat...

Ketika jari jemari ini sedang sibuk menaip-naip jam menunjukkan 9.09 am.. cewah ala-ala blogger Si Merah Silu. Keadaan saya Alhamdulillah, semakin sehat hendaknya dengan izin Nya juga walaupon tidaklah 100%. Apa pun kesihatan mental dan rohaniah saya semakin pulih... Wah macam dramatik jer kan ayat... Syukur pada Allah.

Okaylah back to the main topic seperti tertera pada tajuk, saya berhajat nak letak beberapa gambar pemandangan yang saya kira agak cantik pada pandangan saya. Tak banyak pon sebenarnya, tetapi harapan saya agar pengunjung blog ini yang tak ramai mana tuh akan menghayatinya dan berfikir sejenak tentang keEsaan Allah Subhanahuwataala dan betapa indahnya Ciptaan Nya untuk kita hayati. Jadi jemputlah tengok ya...

Kat bawah sini ok.. :-)



Cantikkan kedua-dua gambar ni. Gambar atas saya 
ambil sudah agak lama (dalam 2 minggu ke sebelan kot) 
tapi gambar kedua tu saya ambil pagi tadi. Lepas pergi beli breakfast.
Gambar ni dekat jer dengan umah saya.
Untuk pengetahuan semua, pemandangan dari lebuhraya baru Langgar ke Pokok Sena
adalah sangat cantik dan mengujakan diwaktu awal pagi dan di waktu petang atau hampir senja/maghrib.
Tak percaya, cubalah jalan-jalan kat sini pada waktu-waktu tersebut. 
MaSyaAllah sangat cantik.

p.s# pemandangan di waktu awal pagi adalah bermula antara pukul 6.30-8.30 (bergantung pada cuaca dan waktu matahari terbit)
p.s.s# pemandangan di waktu petang/hampir senja@maghrib adalah bermula seawal pukul 5.45- 7.45 (juga bergantung pada cuaca dan matahari)
p.s.s.s# untuk senang pergilah ditengah-tengah antara masa diatas. InSyaAllah, dapatlah saksikan kehebatan ciptaan Allah ini. 

Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

No comments: